Maasya Allah ! Sdr masih belum tahu mengenai Khilafah, ke ? Untuk pengetahuan 
sdr, dakwah mengenainya sangat popular dikalangan gerakan Islam diluar sana, 
terutama di Timur Tengah, hinggakan Amerika juga turut berminat untuk 
menjalankan kajian mengenainya justeru khuatir akan kebangkitannya, lalu 
memburuk-burukkannya melalui lisan-lisan pemimpin mereka dalam ceramah politik 
disana-sini.

Tak pa lah, insyallah, saya jelaskan mengenainya di sini seringkas mungkin.

Menurut Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani dalam karyanya Al-Khilafah, “Khilafah 
adalah kepimpinan umum kaum muslimin seluruh dunia untuk menerap, memelihara 
dan mengembang Islam keseluruh dunia”. Maksudnya, Khilafah adalah sebuah entiti 
pentadbiran (kiyan tanfizi) bagi Islam, yang menzahirkan Islam sebagai ‘the way 
of life’. Boleh juga sdr lihat dari aspek politik, Khilafah adalah satu-satunya 
sistem politik Islam yang tidak bergaul/digaul dengan sistem politik asing 
seperti yang kedapatan diseluruh dunia pada hari ini.

Khilafah itu bercirikan kepada 2 (dua) hal;
Diterapkan didalam wilayahnya syari’ah (peraturan-peraturan Islam) sahaja
Keamanan berada ditangan Islam, yakni pemimpin Negara (entity) tersebut adalah 
muslim yang menjalankan 3 fungsinya seperti yang disebutkan dalam definisi 
Syeikh Taqiyuddin (rah. ‘alaih).

Kedua-dua ciri tersebut tidak boleh digugurkan, kerana keguguran salah satunya 
menyebabkan kesahihannya gugur sebagai sebuah entiti pentadbiran Islam iaitulah 
Khilafah.

Khilafah yang juga disebut sebagai Daulah Islamiyyah didirikan oleh Rasulullah 
SAW dan para sahabat di Yastrib a.k.a. Madinah pada tahun 1 Hijriah. Baginda 
memimpin Khilafah selama lebih kurang 10 tahun, kemudian diteruskan 
kepimpinannya oleh para khulafa’ ar-rasyidin, kemudian bermula era kekhilafahan 
Umayyah, Abbasiyyah dan terakhir Uthmaniyyah. Khilafah diruntuhkan secara rasmi 
setelah penggulingan Sultan Abdul Mejid V pada tanggal 3 Mac 1924. Beliau 
merupakan Khalifah Islam yang terakhir dibai’at secara sah, dan digulingkan 
oleh Mustafa Kamal Attartuk laknatullahi ‘alaih di Istanbul Turki.

Banyak channel yg sdr blh dpt maklumat mengenai Khilafah ni, antaranya adalah 
dengan mendapatkannya secara langsung dari syabab Hizbut Tahrir. Di Malaysia, 
mereka boleh dihubungi dari laman web www.mykhilafah.com atau mereka boleh 
ditemui dimasjid-masjid pada hari Jumaat ketika mengedar selebaran Sautun 
Nahdhah.

Sdr juga blh melawati laman2 web yang lain,

www.hizb.uk.org
www.khilafah.com

dan lain-lain yang sdr dptkan pautan (links) dalam website www.mykhilafah.com.
Khilafah adalah Negara kita. Menegakkanya semula adalah kewajipan yang 
dibebankan atas bahu kita. Untuk menegakkannya kita wajib menyampaikannya 
(berdakwah) kepada seluruh umat Islam dan umat manusia. Banyak dalil-dalil yang 
berkaitan tentang kewajipannya blh sdr temui dalam website dan kitab-kitab yang 
diterbitkan oleh Hizbut Tahrir. Saya sedang mentelaahnya, dan saya dapati ianya 
amat baik. Apakata sdr pula memberi peluang pada diri sdr sendiri mentelaahnya 
? Tak rugi pun, bahkan bertambah pula ilmu dan amal.. insyallah.

Wassalam



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, March 8, 2007 8:57:55 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca

defina what is DAULAH KHILAFAH, maybe people will understand.


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Wednesday, March 7, 2007 4:22:50 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca


Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti meleleh dari tadi. Dada pulak 
asyik sebak je. Kat tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran HT 
Malaysia. SN 111 – MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB.

Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri, tak berguna dan 
macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju 
semua orang ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat dapat tegakkan 
semula DAULAH KHILAFAH.

Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas realiti yang ada. Oh…..aku 
duk kat Malaysia rupanya. Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma parti-parti 
politik periuk nasik . Yang masing-masing pentingkan agenda politik sendiri. 
Ada yang membela BANGSA – YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada pulak yang 
membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri supaya boleh masuk dengan 
keadaan sekarang. Yang kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun tak 
akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu sendiri. Sebabnya…..remote control 
untuk setiap negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan kafir-kafir Amerika , 
Britain dan Yahudi. Jadi kalau berkuasa mana-mana parti pun berani ke sorang 
diri sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan Sunah????Besar mana la 
sangat Malaysia ni. Dah la tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak.

Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya orang ‘Islam’, tak habis-habis 
ber’perang’ satu sama lain menegakkan kebodohan sendiri sambil diperhatikan 
oleh kafir-kafir dalam dan luar negara. Maka bertepuk tangan dan ketawa 
bergulung-guling la kafir-kafir ni tengok acara ‘perang’ antara umat ‘Islam’ 
ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik telah menjalankan ubatnya 
keseluruh urat saraf umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan jahil 
tegar.

Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba mengangkat dan menjunjung 
Mufti-mufti kesukaan masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti dengan 
isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad, nak intip orang khalwat dan 
macam-macam lagi.

Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya tanggungjawab Mufti ni pada 
umat. Keja dia bukannya membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah 
dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti yang ada sekarang ni 
benar-benar menjunjung Islam dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara 
maksiat akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana.

Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah yang datang yang sebenarnya 
berpunca dari sistem buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah yang 
akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu sawatnya tak diganti. Kita 
sekarang sedang mengubat penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah dengan 
sistem buatan manusia yang ada, bukan mencegah dengan menukar kepada sistem 
yang telah Allah turunkan, SYARIAT ISLAM.

Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai pulak yang kena serangan 
darah tinggi. Aku sendiri pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya 
cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai untuk berlindung. Aku 
takut mati lebih-lebih lagi kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah.

Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasullullah mengatakan, 
“Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan 
menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan 
di pundaknya tidak ada bai’ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati 
jahilliyah” (HR Muslim).


Get your own web address.
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.





Sucker-punch spam with award-winning protection.
Try the free Yahoo! Mail Beta.




____________________________________________________________________________________
Be a PS3 game guru.
Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games.
http://videogames.yahoo.com/platform?platform=120121

Kirim email ke