wassalam. kami faham, kenapa tuan terasa hati. tapi tolong jangan 
mempertikaikan fatwa ini. kerana ulama' pewaris nabi. mereka lebih tahu tentang 
hukum hakam ini. tolong jangan salahkan mereka. siapa lagi yang kita nak rujuk 
hukum hakam yang tak jelas, klu bukan mufti2 yang sedia ada.
  

"Jet Li (m)"@yahoo.com wrote:
            Assalamualaikum dan selamat Sejahtera Semua
  Selamat menyambut hari keputeraan Baginda
  Rasulullah SAW.
   
  Beberapa minggu lepas, kita didedahkan oleh akhbar
  tempatan serta majalah tempatan tentang pelaburan
  internet adalah Haram.

Harian Metro 18 Mac pula beria-ria, seolah-olah 
  bertepuk kedua-dua tangan apabila kononnya Jawatankuasa
  Fatwa Negeri Perlis mengatakan pelaburan internet adalah 
  HARAM. Saya tidak membaca lapuran tersebut,
  tetapi bagi saya, adalah tidak adil dengan hanya 
  mengatakan semua pelaburan internet adalah haram,
   
  Kalu betul sudah ada keputusan Majlis Fatwa Ulama, 
  sepatutnya mesti memberitahu dengan jelas, pelaburan dari 
  dari syarikat yang mana satu, dengan menyebut satu persatu
  dan bukannya main sebut "semua pelaburan internet adalah 
  haram".
   
  Harian Metro pula melaporkan ada beberapa orang pelabur
  yang  kononnya menyesal kerana memakan duit haram
  hasil dari pelaburan haram ini, saya ingin mengucapkan
  tahniah kepada yang betul2 menyesal ini, diharap mereka
  sudah bertaubat. 

H.Metro menulis di muka hadapan iaitu "SAHAM NERAKA"
 
  Saya dapat merasakan begitu terkedu hati pelabur2 internet
  ini pada masa itu apabila dihentam oleh kawan2 di pejabat
  yang tidak membuat pelaburan internet (sebab mereka tidak 
  ada duit).

Apa yang menjadi kemusykilan saya disini ialah begini;
  1. Adalah menjadi sangat tidak adil, sekiranya pada masa
  yang sama kita dan anak bini kita sedang memakan dari 
  hasil yang haram lalu kita menghentam orang lain dan mengutuk
  orang lain yang membuat pelaburan haram di internet.

Yang paling jelas, saya lihat di Harian Metro ada mengiklankan
  keputusan LOTERI, TOTO, 4D dan sebagainya. Bagi saya
  Loteri, Toto dan seangkatan dengannya ini sudah wujud sebelum
  pelaburan internet lagi, jadi sudah lama H Metro ini telah 
  menerima dan bersubahat dengan syarikat perjudian haram ini.
   
  Hasil daripada bayaran dari syarikat perjudian dari duit haram 
  inilah yang digunakan sebahagiannya untuk membayar
  gaji atau bonus kepada pekerja-pekerja mereka, termasuklah
  penulis-penulis ruangan agama di akhbar mereka, semuanya
  makan duit haram dan bakal di bakar di Neraka bersama-sama.
   
  Ini tak termasuk lagi saham Harian Metro laburkan, adakah
  semuanya bertepatan dengan syariah.....

Kalau ulama yang betul ikhlas, menulislah dimana2 akhbar
  namun untuk menerima bayaran tidak sama sekali. Kalau 
  mereka menulis ruangan agama, tetapi menerima bayaran 
  dari duit haram ini juga... bagi pendapat saya adalah 2 x 5 
  jugak.........

Beberapa akhbar serta majalah tempatan menunjukkan 
  yang mereka begitu alim menghentam pelaburan di internet 
  kononnya haram dan riba, maka rakyat Malaysia menjadi 
  keliru kononya HANYA pelaburan yang diiktirafkan oleh 
  kerajaan sahaja adalah HALAL. Sepatutnya ULAMAK 
  serta persatuan-persatuan Islam juga tidak berhenti-henti 
  memberitahu di surat khabar bahawa pelaburan seperti di 
  ASB juga Haram, saya pernah terbaca beberapa bulan dahulu 
  di laman web zaharudin.com. ASB adalah HARAM, Bank-bank 
  di Malaysia yang mengamalkan sistem perbankan konvensional 
  juga HARAM, Pinjaman peribadi, kereta, rumah juga melibatkan 
  RIBA. Kenapa akhbar2  seperti Harian Metro atau Kosmo tidak 
  bising2 tentang benda HARAM ini.
   
  Semua pekerja-pekerja mereka juga sepatutnya menyesal 
  dan bertaubat kerana telah melakukan perkara terkutuk ini dah 
  bertahun-tahun menerima hasil ini dan diberi makan untuk anak 
  bini dan menjadi darah daging mereka, semua ini bakal di BAKAR 
  api neraka. Kerajaan mempromosikan ASB begitu hebat suatu 
  ketika dahulu, asb adalah Amanah Saham Bumiputera yang 
  dikhaskan untuk kaum bumiputera yang majoritinya melayu dan 
  Islam, tetapi kerajaan mempromosikan dan menyediakan benda 
  HARAM kepada rakyatnya.

Yang paling menyedihkan sekali bagi saya adalah pinjaman 
  pelajaran, bagi pelajar2 yang hendak melanjutkan pelajaran ke
  IPTA, dahulu masa zaman saya, ada pinjaman dari MARA atau JPA
  tanpa interest, tetapi sekarang itu semuanya dah tak ada bahkan 
  diganti dengan PTPTN yang menetapkan interest sebanyak 4% 
  setahun. Bagi saya interest itu dalam Bahasa Inggeris, tetapi kalau 
  dalam Bahasa Melayu adalah BUNGA dan ia adalah RIBA. Saya tidak 
  mahir sangat dari segi bahasa ni, tapi saya rasa hukummya sama 
  dengan RIBA dan sama-sama bakal memakan daging busuk diakhirat 
  nanti. 

Yang terbaru pulak nih adalah KWSP buat pelaburan HARAM
  seperti yang di dalam attachment dari ahli kita di hidayahnet.
  Kerajaan tidak boleh memberi alasan kononnya ada yang 
  pencarum bukan Islam dalam KWSP. Tidak semestinya kalau
  ada pencarum bukan Islam maka kita kena melabur ditempat
  haram. Kerajaan kita yang menentukan, walaupun sedikit dan terhad
  tapi HALAL, itu lebih berkat.
   
  Ada pula pekerja2 bank yang tahu bekerja di institusi yang 
  mengamalkan RIBA adalah Haram tetapi masih tetap bekerja 
  disana dan memakan hasil yang haram kerana kononnya
  mereka berkata "DARURAT". Bagi saya, selagi kita yang tinggal
  di Malaysia adalah bukan darurat, lainlah kalau kita tinggal di 
  negara yang diperintah oleh orang-orang Kafir seperti Amerika,
  Jepun, dan lain2. Kita dibawah pemerintahan yang mengaku
  beragama ISLAM, bahkan bukan hanya Islam, tetapi ISLAM HADHARI
  lagi. Kerajaan kita boleh mengubah sistem pemerintah yang 
  bagaimana, kerajaan boleh menentukan sama ada yang halal atau
  yang haram untuk rakyatnya. Kalau kerajaan tak mampu memilih
  yang mana satu haram atau halal, maka rakyat sebenarnya
  BOLEH memilih jenis kerajaan yang bagaimana yang kita mahu.
   
  Saya cuma nak mengingatkan kepada saya sendiri, bekerja, 
  berdakwah, atau menulis ruangan agama biarlah ikhlas dan 
  konsisten. Bukan bermusim dan pilih kasih, biar adil kepada 
  semua. Semoga apa yang kita buat menjadi ibadah dan diterima
  oleh Allah. 
   
  Wassalam
  *Saya sedia ditegur, sekiranya coretan saya ini mengandungi
  kenyataan yang tidak benar.
   
  Dari Hamba yang Daif
-- 
Your Partner In Success
NeverGiveUp
Jet Li(m)
Secret Millionaire 
  

         

 
---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.

Kirim email ke