Salam buat semua.
Awal mula pertama mula, saya ingin tegaskan disini bahawa apa yang tertulis
adalah dari aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesapa pun. Senang crita,
pendapat peribadi. So, kalau ada yang tak berapa setuju, sila email balik kat
aku di [EMAIL PROTECTED] . Siap letak email tu..
My 1st impression - I don't like the model. Simple and straight, kan? Ok,
sure hangpa semua nak tau pasai pa, tol tak? Wokeh, nak bagi benda nie simple,
camnilah..
1. 1st sekali, Persona pada aku adalah model Gen.2 versi sedan. So, amende
nye yang kata model baru tu? Kalau setakat nak isi barang banyak dalam bonet
je, baik tak usah nak war-warkan lebey2. Muka depan sama, lampu blakang sama..
Body sama. Pada aku, Proton nie memang tak nak belajar dari sejarah lampau la.
Dulu model Wira sedan keluar. Pastu mai pulak adik bradik dia - Wira aeroback,
satria, putra. Muka semua sama. Beza tang panjang pendek, 2 @ 4 pintu. Nasib
baik lampu belakang sumer lelain. At least ada gak ubah2.
So, bila Persona ni kuar, pada aku Proton nak save kos barang2. Satu barang
leh pakai kat sumer keta. Maybe ini direction yang bos kat Proton pilih kot.
Jangan la camni. Aku nak tolong industri tempatan. Dua2 keta kat umah aku model
Proton tau. Nak support tu. Perlu diingat, dulu Proton leh jual banyak coz
competition tak stiff cam la ni. Pilihan tak hebat2. La ni lain. Kengkawan dan
tenaga2 pekerja yang baru start kerja dah mula nampak model Spectra, Naza,
Vios, Nissan.. Tak pun MyVI. Aku pun dah mula pandang model2 dari luar nih....
Melalut plak. Anyway, toksah lah buat model yang lebih kurang sama je. Aku
ingat bila keluar Gen.2 dan Neo, ada can lah aku nak tengok model yang canggih
yang lain. Tapi, hancur harapan...
2. Nama Persona. Awatnya pilih nama tu? Apa kelas nama tu? Dah elok2 start
ngan nama2 power cam Gen.2 dan Neo, tetiba je buang tebiat amik nama yang burok
nih! Awat dah takde name2 yang misteri2 yang elok ke? Bukan aku nak merendahkan
Bahasa Melayu yea. Cuba la bukak sket buku2 sastera. Banyak lagi perkataan yang
boleh dipilih yang melambangkan sesuatu yang mutlak lagi ampuh. Tengok apa jadi
dengan Proton Tiara? Nama dah la feminin. La dah jadi tukun dah... Cam model
Juara..
Pada aku tak macho la nama Persona tu. Cam bapok je.
3. On a serious note, model baru Proton patut merangkumi design baru. Dari
depan, tepi, belakang hinggalah dari atas. Segala detail cam lampu depan dan
belakang, lampu isyarat, bonet, bumper depan dan belakang, dalaman, sport rim
dan segala2nya. You have done it well with Gen.2 dan Neo. Why stop there?
Tukang lukih dan yang dah buat design abih idea @ idea power tapi Bos tak
support sebab nak bodek bos lagi besaq? Come on la. Ini masa depan negara la
woi. Diterajui oleh orang kita plak tu. Nampak sangat koman tu!!
Awat risau ka nak kuarkan sparepart baru yang lain2 design? Then, if that is
the case, don't focus into quantity. Biaq sikit tapi power. Harapkan nak sell
idea " Ready stock, immediate delivery" tapi korban kualiti, buat hape?
Cuba tanya kalau model Toyota @ Honda, ari nie order, brape bulan leh kuar?
Ada pernah dengaq model2 depa nie ada problem cam Proton? Tentu ada, tapi
peratusannye? Power window dari dulu sampai sekarang pun terhegeh2 nak settle...
Ushar sket Perodua. Apsal la nie depa boleh jentik Proton sampai Proton
tergagap2? Cuba tengok model2 depa. Start dari Kancil, Rusa, Kembara, sampailah
model baru lepas MYVI. Sori, aku tak ingat model tu nama apa. Point is, ada
nampak persamaan dari setiap model tu? Takde kan.. Cukup susah depa nak bina
impak. La ni senang2 je tibai Proton. Kaler keta Perodua pun lawa2 dari Proton.
Bila dapat feedback dari clients yang bumper belakang tak comel, terus tukaq
sporty look!! Huiyo.. Power tu. Anyway, bukan pasal depa tukaq design bumper tu
yang penting, tapi effort tu. Listen to customers' voices.
Wahai Proton (esp those who make decisions), ubah la cara berfikir tu. Kang
tak pasal2 kena hentam ngan ex PM lagi. Go to the root. Think what public
masses wants. Be radical once in a while. Test market. Buat survey la pe2 yang
patut. Tanya apa kami nak. Jgn survey org2 lama je. Survey sama profile yang
lenlain. At the end of the day, kalau engkorang pernah pegang market dulu,
engkorang boleh pegang balik.
Kalau tak, engkorang akan hilang customer. Customer macam aku... Keta aku nak
abis bayar lagi setahun. Aku dah start perati keta2 luaq dah.. Niat aku nak
tunggu model baru Proton yang nie... keluar plak Persona yang langsung tak
Persona. Naya sungguh.
Ikhlas.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya setuju dengan pandangan di bawah. Saya sempat mendapat
pandangan pertama Pesona di Kuantan hari Khamis lepas. Secara umumnya, ianya
nampak bagus.
Pada saya Proton tidak beri penekanan dalam aspek customer service sebelum
ni. Kalau adapun ianya setakat melepaskan batuk di tangga sahaja. Walaupun
kereta dlm tempoh warranti, bukan main susah nak dapat ganti barang2 kereta.
Di Malaysia ni kalau tak de kabel besar & tak pergi tunduk kat org dalam memang
tak jalan keja. Ini jauh berbeza dgn dasar yg diamalkan oleh Toyota dan Honda.
No question asked when it comes to warranty claim dan saya sendiri pernah
merasainya baru2 ni.
Kalau Proton betul2 ingin maju, perkhidmatan pelanggan yg bagus selepas
jualan mesti diutamakan. Diharapkan kenyataan MD Proton baru2 ni yg cuba utk
memulakan perjalanan baru Proton dgn mementingkan Customer Care tidak tinggal
hangat2 tahi ayam saje. Ianya telah banyak kali di war2kan sebelum ni tapi
walhasil balik asal juga. Sama2 lah kita ikuti episod Hang Proton versi ...
Saya pernah bertekak dgn kawan saya yg bertugas di bhg R&D Proton wrt kenapa
rakyat Malaysia dah muak dgn kereta proton. Jadi saya berikan hujah saya spt
diatas; dan beliaupun tak dapat menyangkal sbb diapun pernah dengar juga dari
golongan luar.
Saya pun berminat juga utk dapatkan Pesona sbg kenderaan kedua saya tapi kena
tunggu feedback customer service dulu.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa
model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan
membaca car review atau kajian yang dilakukan oleh
pengkritik kereta yang professional sekiranya ada
teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan
tempatan atau luar negeri. Antara car review yang
terbaik ialah di http://paultan.org . Paultan akan
memberikan gambaran awal model sesebuah kereta
berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan
professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang
baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan
katakan tidak.
Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu
berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan,
reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan
lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah
harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari
segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari
lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala
tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi
dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan
tertinggi dibanding dengan lain-lain B model.
Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya
juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam
dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan
enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa
pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan
tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan
kecil.
Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan
yang dipanggil glove box yang tidak terdapat pada
model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas
baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan.
Pendek kata model Proton Persona ini banyak
kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang
berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta
sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai.
Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen
untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat
Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi
untuk dibeli atau value for money. Jadi kenapa model
Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena
tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat
meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin
vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi
untuk survival mereka dan survival Proton, juga
survival negara.
Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton
menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu,
kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan
anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat
berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita
menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita
sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC
agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton ,
menggunakan modal mereka sendiri.
Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak
kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang
baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik.
Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita
katakan tidak baik.
Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di
sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton.
Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh
hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atai
di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun
Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 ,
06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana
pengedar seluruh negara.
Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga
dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya.
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
Laman web Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
__________________________________________________________
Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the
tools to get online.
http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting
---------------------------------
Be smarter than spam. See how smart SpamGuard is at giving junk email the
boot with the All-new Yahoo! Mail
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.