Assalamualaikum sahabat semua,
   
  Berkenaan dengan Proton Persona, saya mempunyai pendapat tersendiri. Secara 
jujurnya saya mengatakan model persona ini sangatlah menarik kerana ianya model 
yang dipertingkatkan dr Gen-2 termasuklah ciri-ciri keselamatan yang juga agak 
baik.
   
  Dari sudut harga pula, ianya sgt menarik pembeli yang ingin memiliki 
kenderaan pertama seperti saya. RM45k - RM55k kira murah la tu utk sebuah 
kereta sedan 1.6 buatan tempatan.
   
  Tetapi amatlah malangnya apabila saya bertanya kepada jurujual di proton edar 
di ipoh ni berkenaan dgn kadar faedah yang dikenakan keatas pembeli yang ingin 
meminjam dr pihak institusi kewangan. Kadar faedah yang dikenakan ialah 3.99% 
utk tempoh pinjaman 9 tahun!!. Ingatkan murah tapi rupanya mahal..mengapa boleh 
jadi begini? mengapa kadar faedah yang terlalu tinggi dikenakan bagi sebuah 
kereta buatan tempatan sedangkan kereta buatan asing seperti KIA, Hyundai, 
Honda dsb boleh menawarkan kadar faedah yang jauh lebih rendah??
   
  Ini bukan nak mengalakkan rakyat Malaysia utk memiliki kereta keluaran negara 
tetapi sebenarnya akan menjauhkan lagi rakyat dgn proton. Sepatutnya kadar 
faedah yg dikenakan mestilah kurang dr 2%, ini adalah kerana persona ini 
dikilangkan di Malaysia. Mengapa perlu menindas rakyat sehingga begini? dan 
mengkayakan pihak institusi kewangan yang sememangnya sudah kaya dengan faedah2 
yang dikenakan? 
   
  Kita mohon jasa baik Kerajaan Islam Hadhari ini untuk melihat semula dan 
lebih mementingkan kebajikan rakyat daripada memenuhi nafsu sesetengah pihak. 
Bukan kita tak mau beli Persona tetapi kadar faedah tu yang membuatkan kita 
tidak mampu utk menanggungnya bulan2.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
              Bab yang neraca tu best.

  ----- Mesej Asal ----
Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Ahad, 26 Ogos, 2007 12:27:43
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Proton Persona, memang berbaloi, ini 
faktanya. Ye ke?

      Aswt,
     
      Biarlah kita bincang secara terbuka untuk sama-sama kongsi pandangan dan 
pengalaman. Apakah yang ktia harap dengan memiliki sebuah kenderaan?  Yang 
pasti ia mestilah dapat bergerak untuk membawa kita kedistinasi yang kita nak 
tujui dengan selesa. Saya juga miliki sebuah Proton, Proton Wira yang dah 
berusia 10 tahun. Baru-baru ni saya dan keluarga teringin nak ambil angin kat 
Cameron Highland. Saya sendiri dah dua tiga kali kesana tapi dah agak lama dan 
ikut jalan daripada Tapah. Saya belum pernah ikut jalan baru daripada Gua 
Musang. Pada masa yang sama ada sedikit urusan kat Teluk Intan dan Sg Siput di 
negeri Perak. Anak yang tinggal di asrama kat sebuah sekolah di pendalaman 
negeri Kelantan pun tak mau lepas peluang nak ikut serta jadi sebagai persiapan 
nak pergi kesemua distinasi ini kenalah servis sikit kereta yang dah agak tua 
itu. Saya sekadar tukar minyak injin dan yang biasa-biasa sajalah. 
   
    Jadilah kami ka Cameron Highland Khamis lepas berbekalkan sedikit doa 
kepada Allah swt agar perjalanan kami selamat dan dijauhi dari musibah. Di sana 
ada seorang kawan yang dulunya tinggal di Kelantan tapi kerana isterinya 
ditukar utk bertugas hampir dengan Cameron Highland dia pun beli rumah kat sana 
dan buat bisnes sikit dengan menyewakan sebuah kediaman dia yang lain kepada 
pengunjung.Tinggall ah kami semalaman dengan menyewa kediaman beliau itu. 
Keesokan nya terpaksa pula berpatah balik ke Gua Musang untuk hantar anak balik 
keasrama nya dan perlu pula meneruskan perjalanan untuk ke Teluk Intan dan Sg 
Siput. Alhamdulilah kami selamat tiba di Teluk Intan setelah hampir lapan jam 
berada di jalanraya dari Jeli ke Gerik dan terus ke Teluk Intan. Kami tiba dah 
hampir tengah malam maklumlah kereta dah tua mana boleh laju-laju sangat. 
   
      Keesokannya pula kami terpaksa berpatah balik ke Sg Siput dan habis saja 
urusan kami terus bertolak balik ke Kota Bharu kerana esok anak dah nak 
sekolah. Jadi saya rasa cukuplah rezeki yang Allah kurniakan walau pun hanya 
sebuah kereta buatan negara yang dah berusaia 10 tahun tapi mampu untuk membawa 
kami sekeluarga kedistinasi yang agak jauh dalam tempoh dua tiga hari dengan 
izin Allah swt. Tentang model ?Pesona tak perlu lah kita nak kondem 
habis-habisan. Saya setuju masih banyak kelemahan nya bagi orang-orang yang 
arif dengan model-model kereta ni. Apa pun kita haruslah bersikap Qanaah agar 
kita jangan sampai lupa akan nikmat yang Allah berikan. Tapi janganlah pula 
anggap semua yang dibikin oleh negara semua nya baik. Berusahalah untuk 
perbaiki yang tidak baik itu. Kita kenalah ukur dengan neraca iman bukan dengan 
neraca BN terutama hal-hal yang berkaitan dengan syahadah!! Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal
  
 
        Salam buat semua.
   
  Awal mula pertama mula, saya ingin tegaskan disini bahawa apa yang tertulis 
adalah dari aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesapa pun. Senang crita, 
pendapat peribadi. So, kalau ada yang tak berapa setuju, sila email balik kat 
aku di irwansyazmeil@ yahoo.com . Siap letak email tu..
   
  My 1st impression - I don't like the model. Simple and straight, kan? Ok, 
sure hangpa semua nak tau pasai pa, tol tak? Wokeh, nak bagi benda nie simple, 
camnilah..
   
  1. 1st sekali, Persona pada aku adalah model Gen.2 versi sedan. So, amende 
nye yang kata model baru tu? Kalau setakat nak isi barang banyak dalam bonet 
je, baik tak usah nak war-warkan lebey2. Muka depan sama, lampu blakang sama.. 
Body sama. Pada aku, Proton nie memang tak nak belajar dari sejarah lampau la. 
Dulu model Wira sedan keluar. Pastu mai pulak adik bradik dia - Wira aeroback, 
satria, putra. Muka semua sama. Beza tang panjang pendek, 2 @ 4 pintu. Nasib 
baik lampu belakang sumer lelain. At least ada gak ubah2.
   
  So, bila Persona ni kuar, pada aku Proton nak save kos barang2. Satu barang 
leh pakai kat sumer keta. Maybe ini direction yang bos kat Proton pilih kot. 
Jangan la camni. Aku nak tolong industri tempatan. Dua2 keta kat umah aku model 
Proton tau. Nak support tu. Perlu diingat, dulu Proton leh jual banyak coz 
competition tak stiff cam la ni. Pilihan tak hebat2. La ni lain. Kengkawan dan 
tenaga2 pekerja yang baru start kerja dah mula nampak model Spectra, Naza, 
Vios, Nissan.. Tak pun MyVI. Aku pun dah mula pandang model2 dari luar nih....
   
  Melalut plak. Anyway, toksah lah buat model yang lebih kurang sama je. Aku 
ingat bila keluar Gen.2 dan Neo, ada can lah aku nak tengok model yang canggih 
yang lain. Tapi, hancur harapan...
   
   
  2. Nama Persona. Awatnya pilih nama tu? Apa kelas nama tu? Dah elok2 start 
ngan nama2 power cam Gen.2 dan Neo, tetiba je buang tebiat amik nama yang burok 
nih! Awat dah takde name2 yang misteri2 yang elok ke? Bukan aku nak merendahkan 
Bahasa Melayu yea. Cuba la bukak sket buku2 sastera. Banyak lagi perkataan yang 
boleh dipilih yang melambangkan sesuatu yang mutlak lagi ampuh. Tengok apa jadi 
dengan Proton Tiara? Nama dah la feminin. La dah jadi tukun dah... Cam model 
Juara..
   
  Pada aku tak macho la nama Persona tu. Cam bapok je.
   
  3. On a serious note, model baru Proton patut merangkumi design baru. Dari 
depan, tepi, belakang hinggalah dari atas. Segala detail cam lampu depan dan 
belakang, lampu isyarat, bonet, bumper depan dan belakang, dalaman, sport rim 
dan segala2nya. You have done it well with Gen.2 dan Neo. Why stop there? 
Tukang lukih dan yang dah buat design abih idea @ idea power tapi Bos tak 
support sebab nak bodek bos lagi besaq? Come on la. Ini masa depan negara la 
woi. Diterajui oleh orang kita plak tu. Nampak sangat koman tu!!
   
  Awat risau ka nak kuarkan sparepart baru yang lain2 design? Then, if that is 
the case, don't focus into quantity. Biaq sikit tapi power. Harapkan nak sell 
idea " Ready stock, immediate delivery" tapi korban kualiti, buat hape? 
   
  Cuba tanya kalau model Toyota @ Honda, ari nie order, brape bulan leh kuar? 
Ada pernah dengaq model2 depa nie ada problem cam Proton? Tentu ada, tapi 
peratusannye? Power window dari dulu sampai sekarang pun terhegeh2 nak settle...
   
  Ushar sket Perodua. Apsal la nie depa boleh jentik Proton sampai Proton 
tergagap2? Cuba tengok model2 depa. Start dari Kancil, Rusa, Kembara, sampailah 
model baru lepas MYVI. Sori, aku tak ingat model tu nama apa. Point is, ada 
nampak persamaan dari setiap model tu? Takde kan.. Cukup susah depa nak bina 
impak. La ni senang2 je tibai Proton. Kaler keta Perodua pun lawa2 dari Proton. 
Bila dapat feedback dari clients yang bumper belakang tak comel, terus tukaq 
sporty look!! Huiyo.. Power tu. Anyway, bukan pasal depa tukaq design bumper tu 
yang penting, tapi effort tu. Listen to customers' voices. 
   
  Wahai Proton (esp those who make decisions), ubah la cara berfikir tu. Kang 
tak pasal2 kena hentam ngan ex PM lagi. Go to the root. Think what public 
masses wants. Be radical once in a while. Test market. Buat survey la pe2 yang 
patut. Tanya apa kami nak. Jgn survey org2 lama je. Survey sama profile yang 
lenlain. At the end of the day, kalau engkorang pernah pegang market dulu, 
engkorang boleh pegang balik. 
   
  Kalau tak, engkorang akan hilang customer. Customer macam aku... Keta aku nak 
abis bayar lagi setahun. Aku dah start perati keta2 luaq dah.. Niat aku nak 
tunggu model baru Proton yang nie... keluar plak Persona yang langsung tak 
Persona. Naya sungguh.
   
   
  Ikhlas.
   
   UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:
        Saya setuju dengan pandangan di bawah.  Saya sempat mendapat pandangan 
pertama Pesona di Kuantan hari Khamis lepas.  Secara umumnya, ianya nampak 
bagus.
   
  Pada saya Proton tidak beri penekanan dalam aspek customer service sebelum 
ni.  Kalau adapun ianya setakat melepaskan batuk di tangga sahaja.  Walaupun 
kereta dlm tempoh warranti, bukan main susah nak dapat ganti barang2 kereta.  
Di Malaysia ni kalau tak de kabel besar & tak pergi tunduk kat org dalam memang 
tak jalan keja.  Ini jauh berbeza dgn dasar yg diamalkan oleh Toyota dan Honda. 
 No question asked when it comes to warranty claim dan saya sendiri pernah 
merasainya baru2 ni.
   
  Kalau Proton betul2 ingin maju, perkhidmatan pelanggan yg bagus selepas 
jualan mesti diutamakan.  Diharapkan kenyataan MD Proton baru2 ni yg cuba utk 
memulakan perjalanan baru Proton dgn mementingkan Customer Care tidak tinggal 
hangat2 tahi ayam saje.  Ianya telah banyak kali di war2kan sebelum ni tapi 
walhasil balik asal juga.  Sama2 lah kita ikuti episod Hang Proton versi ...
   
  Saya pernah bertekak dgn kawan saya yg bertugas di bhg R&D Proton wrt kenapa 
rakyat Malaysia dah muak dgn kereta proton.  Jadi saya berikan hujah saya spt 
diatas; dan beliaupun tak dapat menyangkal sbb diapun pernah dengar juga dari 
golongan luar.
   
  Saya pun berminat juga utk dapatkan Pesona sbg kenderaan kedua saya tapi kena 
tunggu feedback customer service dulu.  

[EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:
      Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa
model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan
membaca “car review” atau kajian yang dilakukan oleh
pengkritik kereta yang professional sekiranya ada
teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan
tempatan atau luar negeri. Antara “car review” yang
terbaik ialah di http://paultan. org . Paultan akan
memberikan gambaran awal model sesebuah kereta
berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan
professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang
baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan
katakan tidak.

Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu
berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan,
reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan
lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah
harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari
segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari
lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala
tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi
dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan
tertinggi dibanding dengan lain-lain B model.

Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya
juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam
dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan
enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa
pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan
tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan
kecil.

Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan
yang dipanggil “glove box” yang tidak terdapat pada
model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas
baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan.

Pendek kata model Proton Persona ini banyak
kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang
berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta
sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai.

Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen
untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat
Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi
untuk dibeli atau “value for money”. Jadi kenapa model
Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena
tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat
meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin
vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi
untuk survival mereka dan survival Proton, juga
survival negara.

Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton
menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu,
kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan
anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat
berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita
menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita
sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC
agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton ,
menggunakan modal mereka sendiri.

Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak
kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang
baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik.
Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita
katakan tidak baik.

Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di
sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton.
Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh
hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atai
di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun
Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 ,
06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana
pengedar seluruh negara.

Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga
dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya.

Syarak Mengata , Adat Menurut 

Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih. blogspot. com

Laman web Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpale stin.com


____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the 
tools to get online.
http://smallbusines s.yahoo.com/ webhosting 



    
---------------------------------
  Be smarter than spam. See how smart SpamGuard is at giving junk email the 
boot with the All-new Yahoo! Mail   




    
---------------------------------
  
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.   




    
---------------------------------
  Pinpoint customers who are looking for what you sell.     
---------------------------------
  Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us.   






  
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/  

                         

       
---------------------------------
Got a little couch potato? 
Check out fun summer activities for kids.

Kirim email ke