sebenarnya, bank2 di malaysia mmg nak sokong kereta
asing. nak bagi daya saing yg lebih terhadap kereta
kebangsaan walaupun pada hakikatnya kereta kebangsaan
yg memerlukan perhatian dan pertolongan. agaknya mmg
minda org2 bank mmg mcm tu kot ... terutama lepas 50
tahun kita merdeka ......

p/s: rasa mcm belum merdeka jee bila difikirkan hal2
mcm ni ..... 

--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum sahabat semua,
>    
>   Berkenaan dengan Proton Persona, saya mempunyai
> pendapat tersendiri. Secara jujurnya saya mengatakan
> model persona ini sangatlah menarik kerana ianya
> model yang dipertingkatkan dr Gen-2 termasuklah
> ciri-ciri keselamatan yang juga agak baik.
>    
>   Dari sudut harga pula, ianya sgt menarik pembeli
> yang ingin memiliki kenderaan pertama seperti saya.
> RM45k - RM55k kira murah la tu utk sebuah kereta
> sedan 1.6 buatan tempatan.
>    
>   Tetapi amatlah malangnya apabila saya bertanya
> kepada jurujual di proton edar di ipoh ni berkenaan
> dgn kadar faedah yang dikenakan keatas pembeli yang
> ingin meminjam dr pihak institusi kewangan. Kadar
> faedah yang dikenakan ialah 3.99% utk tempoh
> pinjaman 9 tahun!!. Ingatkan murah tapi rupanya
> mahal..mengapa boleh jadi begini? mengapa kadar
> faedah yang terlalu tinggi dikenakan bagi sebuah
> kereta buatan tempatan sedangkan kereta buatan asing
> seperti KIA, Hyundai, Honda dsb boleh menawarkan
> kadar faedah yang jauh lebih rendah??
>    
>   Ini bukan nak mengalakkan rakyat Malaysia utk
> memiliki kereta keluaran negara tetapi sebenarnya
> akan menjauhkan lagi rakyat dgn proton. Sepatutnya
> kadar faedah yg dikenakan mestilah kurang dr 2%, ini
> adalah kerana persona ini dikilangkan di Malaysia.
> Mengapa perlu menindas rakyat sehingga begini? dan
> mengkayakan pihak institusi kewangan yang
> sememangnya sudah kaya dengan faedah2 yang
> dikenakan? 
>    
>   Kita mohon jasa baik Kerajaan Islam Hadhari ini
> untuk melihat semula dan lebih mementingkan
> kebajikan rakyat daripada memenuhi nafsu sesetengah
> pihak. Bukan kita tak mau beli Persona tetapi kadar
> faedah tu yang membuatkan kita tidak mampu utk
> menanggungnya bulan2.
> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>               Bab yang neraca tu best.
> 
>   ----- Mesej Asal ----
> Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> Kepada: Ikhwanul Muslimun
> <[email protected]>
> Dihantar: Ahad, 26 Ogos, 2007 12:27:43
> Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Proton
> Persona, memang berbaloi, ini faktanya. Ye ke?
> 
>       Aswt,
>      
>       Biarlah kita bincang secara terbuka untuk
> sama-sama kongsi pandangan dan pengalaman. Apakah
> yang ktia harap dengan memiliki sebuah kenderaan? 
> Yang pasti ia mestilah dapat bergerak untuk membawa
> kita kedistinasi yang kita nak tujui dengan selesa.
> Saya juga miliki sebuah Proton, Proton Wira yang dah
> berusia 10 tahun. Baru-baru ni saya dan keluarga
> teringin nak ambil angin kat Cameron Highland. Saya
> sendiri dah dua tiga kali kesana tapi dah agak lama
> dan ikut jalan daripada Tapah. Saya belum pernah
> ikut jalan baru daripada Gua Musang. Pada masa yang
> sama ada sedikit urusan kat Teluk Intan dan Sg Siput
> di negeri Perak. Anak yang tinggal di asrama kat
> sebuah sekolah di pendalaman negeri Kelantan pun tak
> mau lepas peluang nak ikut serta jadi sebagai
> persiapan nak pergi kesemua distinasi ini kenalah
> servis sikit kereta yang dah agak tua itu. Saya
> sekadar tukar minyak injin dan yang biasa-biasa
> sajalah. 
>    
>     Jadilah kami ka Cameron Highland Khamis lepas
> berbekalkan sedikit doa kepada Allah swt agar
> perjalanan kami selamat dan dijauhi dari musibah. Di
> sana ada seorang kawan yang dulunya tinggal di
> Kelantan tapi kerana isterinya ditukar utk bertugas
> hampir dengan Cameron Highland dia pun beli rumah
> kat sana dan buat bisnes sikit dengan menyewakan
> sebuah kediaman dia yang lain kepada
> pengunjung.Tinggall ah kami semalaman dengan menyewa
> kediaman beliau itu. Keesokan nya terpaksa pula
> berpatah balik ke Gua Musang untuk hantar anak balik
> keasrama nya dan perlu pula meneruskan perjalanan
> untuk ke Teluk Intan dan Sg Siput. Alhamdulilah kami
> selamat tiba di Teluk Intan setelah hampir lapan jam
> berada di jalanraya dari Jeli ke Gerik dan terus ke
> Teluk Intan. Kami tiba dah hampir tengah malam
> maklumlah kereta dah tua mana boleh laju-laju
> sangat. 
>    
>       Keesokannya pula kami terpaksa berpatah balik
> ke Sg Siput dan habis saja urusan kami terus
> bertolak balik ke Kota Bharu kerana esok anak dah
> nak sekolah. Jadi saya rasa cukuplah rezeki yang
> Allah kurniakan walau pun hanya sebuah kereta buatan
> negara yang dah berusaia 10 tahun tapi mampu untuk
> membawa kami sekeluarga kedistinasi yang agak jauh
> dalam tempoh dua tiga hari dengan izin Allah swt.
> Tentang model ?Pesona tak perlu lah kita nak kondem
> habis-habisan. Saya setuju masih banyak kelemahan
> nya bagi orang-orang yang arif dengan model-model
> kereta ni. Apa pun kita haruslah bersikap Qanaah
> agar kita jangan sampai lupa akan nikmat yang Allah
> berikan. Tapi janganlah pula anggap semua yang
> dibikin oleh negara semua nya baik. Berusahalah
> untuk perbaiki yang tidak baik itu. Kita kenalah
> ukur dengan neraca iman bukan dengan neraca BN
> terutama hal-hal yang berkaitan dengan syahadah!!
> Wallahua'lam.
>    
>   ibnuAli
>   kota jembal
>   
>  
>         Salam buat semua.
>    
>   Awal mula pertama mula, saya ingin tegaskan disini
> bahawa apa yang tertulis adalah dari aku sendiri
> tanpa dipengaruhi oleh sesapa pun. Senang crita,
> pendapat peribadi. So, kalau ada yang tak berapa
> setuju, sila email balik kat aku di irwansyazmeil@
> yahoo.com . Siap letak email tu..
>    
>   My 1st impression - I don't like the model. Simple
> and straight, kan? Ok, sure hangpa semua nak tau
> pasai pa, tol tak? Wokeh, nak bagi benda nie simple,
> camnilah..
>    
>   1. 1st sekali, Persona pada aku adalah model Gen.2
> versi sedan. So, amende nye yang kata model baru tu?
> Kalau setakat nak isi barang banyak dalam bonet je,
> baik tak usah nak war-warkan lebey2. Muka depan
> sama, lampu blakang sama.. Body sama. Pada aku,
> Proton nie memang tak nak belajar dari sejarah
> lampau la. Dulu model Wira sedan keluar. Pastu mai
> pulak adik bradik dia - Wira aeroback, satria,
> putra. Muka semua sama. Beza tang panjang pendek, 2
> @ 4 pintu. Nasib baik lampu belakang sumer lelain.
> At least ada gak ubah2.
>    
>   So, bila Persona ni kuar, pada aku Proton nak save
> kos barang2. Satu barang leh pakai kat sumer keta.
> Maybe ini direction yang bos kat Proton pilih kot.
> Jangan la camni. Aku nak tolong industri tempatan.
> Dua2 keta kat umah aku model Proton tau. Nak support
> tu. Perlu diingat, dulu Proton leh jual banyak coz
> competition tak stiff cam la ni. Pilihan tak hebat2.
> La ni lain. Kengkawan dan tenaga2 pekerja yang baru
> start kerja dah mula nampak model Spectra, Naza,
> Vios, Nissan.. Tak pun MyVI. Aku pun dah mula
> pandang model2 dari luar nih....
>    
>   Melalut plak. Anyway, toksah lah buat model yang
> lebih kurang sama je. Aku ingat bila keluar Gen.2
> dan Neo, ada can lah aku nak tengok model yang
> canggih yang lain. Tapi, hancur harapan...
>    
>    
>   2. Nama Persona. Awatnya pilih nama tu? Apa kelas
> nama tu? Dah elok2 start ngan nama2 power cam Gen.2
> dan Neo, tetiba je buang tebiat amik nama yang burok
> nih! Awat dah takde name2 yang misteri2 yang elok
> ke? Bukan aku nak merendahkan Bahasa Melayu yea.
> Cuba la bukak sket buku2 sastera. Banyak lagi
> perkataan yang boleh dipilih yang melambangkan
> sesuatu yang mutlak lagi ampuh. Tengok apa jadi
> dengan Proton Tiara? Nama dah la feminin. La dah
> jadi tukun dah... Cam model Juara..
>    
>   Pada aku tak macho la nama Persona tu. Cam bapok
> je.
>    
>   3. On a serious note, model baru Proton patut
> merangkumi design baru. Dari depan, tepi, belakang
> hinggalah dari atas. Segala detail cam lampu depan
> dan belakang, lampu isyarat, bonet, bumper depan dan
> belakang, dalaman, sport rim dan segala2nya. You
> have done it well with Gen.2 dan Neo. Why stop
> there? Tukang lukih dan yang dah buat design abih
> idea @ idea power tapi Bos tak support sebab nak
> bodek bos lagi besaq? Come on la. Ini masa depan
> negara la woi. Diterajui oleh orang kita plak tu.
> Nampak sangat koman tu!!
>    
>   Awat risau ka nak kuarkan sparepart baru yang
> lain2 design? Then, if that is the case, don't focus
> into quantity. Biaq sikit tapi power. Harapkan nak
> sell idea " Ready stock, immediate delivery" tapi
> korban kualiti, buat hape? 
>    
>   Cuba tanya kalau model Toyota @ Honda, ari nie
> order, brape bulan leh kuar? Ada pernah dengaq
> model2 depa nie ada problem cam Proton? Tentu ada,
> tapi peratusannye? Power window dari dulu sampai
> sekarang pun terhegeh2 nak settle...
>    
> 
=== message truncated ===



      
____________________________________________________________________________________
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search
http://search.yahoo.com/search?fr=oni_on_mail&p=graduation+gifts&cs=bz

Kirim email ke