Bab yang neraca tu best.
----- Mesej Asal ---- Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Dihantar: Ahad, 26 Ogos, 2007 12:27:43 Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Proton Persona, memang berbaloi, ini faktanya. Ye ke? Aswt, Biarlah kita bincang secara terbuka untuk sama-sama kongsi pandangan dan pengalaman. Apakah yang ktia harap dengan memiliki sebuah kenderaan? Yang pasti ia mestilah dapat bergerak untuk membawa kita kedistinasi yang kita nak tujui dengan selesa. Saya juga miliki sebuah Proton, Proton Wira yang dah berusia 10 tahun. Baru-baru ni saya dan keluarga teringin nak ambil angin kat Cameron Highland. Saya sendiri dah dua tiga kali kesana tapi dah agak lama dan ikut jalan daripada Tapah. Saya belum pernah ikut jalan baru daripada Gua Musang. Pada masa yang sama ada sedikit urusan kat Teluk Intan dan Sg Siput di negeri Perak. Anak yang tinggal di asrama kat sebuah sekolah di pendalaman negeri Kelantan pun tak mau lepas peluang nak ikut serta jadi sebagai persiapan nak pergi kesemua distinasi ini kenalah servis sikit kereta yang dah agak tua itu. Saya sekadar tukar minyak injin dan yang biasa-biasa sajalah. Jadilah kami ka Cameron Highland Khamis lepas berbekalkan sedikit doa kepada Allah swt agar perjalanan kami selamat dan dijauhi dari musibah. Di sana ada seorang kawan yang dulunya tinggal di Kelantan tapi kerana isterinya ditukar utk bertugas hampir dengan Cameron Highland dia pun beli rumah kat sana dan buat bisnes sikit dengan menyewakan sebuah kediaman dia yang lain kepada pengunjung.Tinggall ah kami semalaman dengan menyewa kediaman beliau itu. Keesokan nya terpaksa pula berpatah balik ke Gua Musang untuk hantar anak balik keasrama nya dan perlu pula meneruskan perjalanan untuk ke Teluk Intan dan Sg Siput. Alhamdulilah kami selamat tiba di Teluk Intan setelah hampir lapan jam berada di jalanraya dari Jeli ke Gerik dan terus ke Teluk Intan. Kami tiba dah hampir tengah malam maklumlah kereta dah tua mana boleh laju-laju sangat. Keesokannya pula kami terpaksa berpatah balik ke Sg Siput dan habis saja urusan kami terus bertolak balik ke Kota Bharu kerana esok anak dah nak sekolah. Jadi saya rasa cukuplah rezeki yang Allah kurniakan walau pun hanya sebuah kereta buatan negara yang dah berusaia 10 tahun tapi mampu untuk membawa kami sekeluarga kedistinasi yang agak jauh dalam tempoh dua tiga hari dengan izin Allah swt. Tentang model ?Pesona tak perlu lah kita nak kondem habis-habisan. Saya setuju masih banyak kelemahan nya bagi orang-orang yang arif dengan model-model kereta ni. Apa pun kita haruslah bersikap Qanaah agar kita jangan sampai lupa akan nikmat yang Allah berikan. Tapi janganlah pula anggap semua yang dibikin oleh negara semua nya baik. Berusahalah untuk perbaiki yang tidak baik itu. Kita kenalah ukur dengan neraca iman bukan dengan neraca BN terutama hal-hal yang berkaitan dengan syahadah!! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal Salam buat semua. Awal mula pertama mula, saya ingin tegaskan disini bahawa apa yang tertulis adalah dari aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesapa pun. Senang crita, pendapat peribadi. So, kalau ada yang tak berapa setuju, sila email balik kat aku di irwansyazmeil@ yahoo.com . Siap letak email tu.. My 1st impression - I don't like the model. Simple and straight, kan? Ok, sure hangpa semua nak tau pasai pa, tol tak? Wokeh, nak bagi benda nie simple, camnilah.. 1. 1st sekali, Persona pada aku adalah model Gen.2 versi sedan. So, amende nye yang kata model baru tu? Kalau setakat nak isi barang banyak dalam bonet je, baik tak usah nak war-warkan lebey2. Muka depan sama, lampu blakang sama.. Body sama. Pada aku, Proton nie memang tak nak belajar dari sejarah lampau la. Dulu model Wira sedan keluar. Pastu mai pulak adik bradik dia - Wira aeroback, satria, putra. Muka semua sama. Beza tang panjang pendek, 2 @ 4 pintu. Nasib baik lampu belakang sumer lelain. At least ada gak ubah2. So, bila Persona ni kuar, pada aku Proton nak save kos barang2. Satu barang leh pakai kat sumer keta. Maybe ini direction yang bos kat Proton pilih kot. Jangan la camni. Aku nak tolong industri tempatan. Dua2 keta kat umah aku model Proton tau. Nak support tu. Perlu diingat, dulu Proton leh jual banyak coz competition tak stiff cam la ni. Pilihan tak hebat2. La ni lain. Kengkawan dan tenaga2 pekerja yang baru start kerja dah mula nampak model Spectra, Naza, Vios, Nissan.. Tak pun MyVI. Aku pun dah mula pandang model2 dari luar nih.... Melalut plak. Anyway, toksah lah buat model yang lebih kurang sama je. Aku ingat bila keluar Gen.2 dan Neo, ada can lah aku nak tengok model yang canggih yang lain. Tapi, hancur harapan... 2. Nama Persona. Awatnya pilih nama tu? Apa kelas nama tu? Dah elok2 start ngan nama2 power cam Gen.2 dan Neo, tetiba je buang tebiat amik nama yang burok nih! Awat dah takde name2 yang misteri2 yang elok ke? Bukan aku nak merendahkan Bahasa Melayu yea. Cuba la bukak sket buku2 sastera. Banyak lagi perkataan yang boleh dipilih yang melambangkan sesuatu yang mutlak lagi ampuh. Tengok apa jadi dengan Proton Tiara? Nama dah la feminin. La dah jadi tukun dah... Cam model Juara.. Pada aku tak macho la nama Persona tu. Cam bapok je. 3. On a serious note, model baru Proton patut merangkumi design baru. Dari depan, tepi, belakang hinggalah dari atas. Segala detail cam lampu depan dan belakang, lampu isyarat, bonet, bumper depan dan belakang, dalaman, sport rim dan segala2nya. You have done it well with Gen.2 dan Neo. Why stop there? Tukang lukih dan yang dah buat design abih idea @ idea power tapi Bos tak support sebab nak bodek bos lagi besaq? Come on la. Ini masa depan negara la woi. Diterajui oleh orang kita plak tu. Nampak sangat koman tu!! Awat risau ka nak kuarkan sparepart baru yang lain2 design? Then, if that is the case, don't focus into quantity. Biaq sikit tapi power. Harapkan nak sell idea " Ready stock, immediate delivery" tapi korban kualiti, buat hape? Cuba tanya kalau model Toyota @ Honda, ari nie order, brape bulan leh kuar? Ada pernah dengaq model2 depa nie ada problem cam Proton? Tentu ada, tapi peratusannye? Power window dari dulu sampai sekarang pun terhegeh2 nak settle... Ushar sket Perodua. Apsal la nie depa boleh jentik Proton sampai Proton tergagap2? Cuba tengok model2 depa. Start dari Kancil, Rusa, Kembara, sampailah model baru lepas MYVI. Sori, aku tak ingat model tu nama apa. Point is, ada nampak persamaan dari setiap model tu? Takde kan.. Cukup susah depa nak bina impak. La ni senang2 je tibai Proton. Kaler keta Perodua pun lawa2 dari Proton. Bila dapat feedback dari clients yang bumper belakang tak comel, terus tukaq sporty look!! Huiyo.. Power tu. Anyway, bukan pasal depa tukaq design bumper tu yang penting, tapi effort tu. Listen to customers' voices. Wahai Proton (esp those who make decisions), ubah la cara berfikir tu. Kang tak pasal2 kena hentam ngan ex PM lagi. Go to the root. Think what public masses wants. Be radical once in a while. Test market. Buat survey la pe2 yang patut. Tanya apa kami nak. Jgn survey org2 lama je. Survey sama profile yang lenlain. At the end of the day, kalau engkorang pernah pegang market dulu, engkorang boleh pegang balik. Kalau tak, engkorang akan hilang customer. Customer macam aku... Keta aku nak abis bayar lagi setahun. Aku dah start perati keta2 luaq dah.. Niat aku nak tunggu model baru Proton yang nie... keluar plak Persona yang langsung tak Persona. Naya sungguh. Ikhlas. UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote: Saya setuju dengan pandangan di bawah. Saya sempat mendapat pandangan pertama Pesona di Kuantan hari Khamis lepas. Secara umumnya, ianya nampak bagus. Pada saya Proton tidak beri penekanan dalam aspek customer service sebelum ni. Kalau adapun ianya setakat melepaskan batuk di tangga sahaja. Walaupun kereta dlm tempoh warranti, bukan main susah nak dapat ganti barang2 kereta. Di Malaysia ni kalau tak de kabel besar & tak pergi tunduk kat org dalam memang tak jalan keja. Ini jauh berbeza dgn dasar yg diamalkan oleh Toyota dan Honda. No question asked when it comes to warranty claim dan saya sendiri pernah merasainya baru2 ni. Kalau Proton betul2 ingin maju, perkhidmatan pelanggan yg bagus selepas jualan mesti diutamakan. Diharapkan kenyataan MD Proton baru2 ni yg cuba utk memulakan perjalanan baru Proton dgn mementingkan Customer Care tidak tinggal hangat2 tahi ayam saje. Ianya telah banyak kali di war2kan sebelum ni tapi walhasil balik asal juga. Sama2 lah kita ikuti episod Hang Proton versi ... Saya pernah bertekak dgn kawan saya yg bertugas di bhg R&D Proton wrt kenapa rakyat Malaysia dah muak dgn kereta proton. Jadi saya berikan hujah saya spt diatas; dan beliaupun tak dapat menyangkal sbb diapun pernah dengar juga dari golongan luar. Saya pun berminat juga utk dapatkan Pesona sbg kenderaan kedua saya tapi kena tunggu feedback customer service dulu. [EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote: Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan membaca “car review” atau kajian yang dilakukan oleh pengkritik kereta yang professional sekiranya ada teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan tempatan atau luar negeri. Antara “car review” yang terbaik ialah di http://paultan. org . Paultan akan memberikan gambaran awal model sesebuah kereta berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan katakan tidak. Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan tertinggi dibanding dengan lain-lain B model. Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan kecil. Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan yang dipanggil “glove box” yang tidak terdapat pada model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan. Pendek kata model Proton Persona ini banyak kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai. Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi untuk dibeli atau “value for money”. Jadi kenapa model Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi untuk survival mereka dan survival Proton, juga survival negara. Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu, kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton , menggunakan modal mereka sendiri. Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik. Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan tidak baik. Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton. Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atai di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 , 06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana pengedar seluruh negara. Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya. Syarak Mengata , Adat Menurut Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih. blogspot. com Laman web Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net Yayasan Aman Palestin http://www.amanpale stin.com ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _ Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online. http://smallbusines s.yahoo.com/ webhosting Be smarter than spam. See how smart SpamGuard is at giving junk email the boot with the All-new Yahoo! Mail Real people. Real questions. Real answers. Share what you know. Pinpoint customers who are looking for what you sell. Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel and lay it on us. ________________________________________________________ Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik http://my.mail.yahoo.com/
