Aswt,
Sememangnya sukar untuk orang Islam mendampingi para pesakit AIDS ini.
Saya adalah seorang daripada AJK sebuah NGO di Kelantan yang khusus
menjadikan masalah HIV ini sebagai satu agenda yang perlu diberi keutamaan.
Saya telah beberapa kali berhasrat untuk menarik diri namun bila difikirkan
tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk tidak meminggirkan mereka yang hidap
HIV dan untuk berusaha kembalikan mereka kejalan yang diredhai Allah maka saya
lupakan saja hasrat saya itu. Dan yang lebih penting ialah untuk jadikan
pendekatan Islam sebagai cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit tersebut.
NGO ini dipengerusikan oleh seorang yang agak terkenal kerana beliau adalah
bekas orang besar PDRM dan juga Penjara Malaysia sebelum bersara. Beliau
nampaknya memberi sokongan kearah pendekatan secara Islam walaupun ada dari ajk
kami adalah dari kalangan penyokong UMNO dan lebih gemar untuk ambil pendekatan
selaras dengan polisi Majlis Aids Malaysia (MAC) yang dulunya diterajui oleh
anak perempuan bekas PM, Tun Mahathir. Pendekatan sebelum ini lebih mirip
kepada pendekatan Barat. Pernah ketika menghadhiri sebuah bengkel seorang
penceramah yang juga seorang ahli perubatan minta penggunaan kondom yang diberi
percuma diamalkan. Apabila kami utarakan pertanyaan bukankah ini akan
menggalakkan perzinaan? Beliau menyatakan hujah bagi mengjustifikasi amalan
tersebut dengan mengatakan "biarlah kalau mereka tidak takut kepada Tuhan
(untuk berzina) tapi sekurang-kurang nya mereka takut kepada virus HIV ini
(dengan memakai kondom!!!) . Bukankah ini sasuatu yang mengajak kepada
syirik apabila diajak untuk lebih takut kepada virus HIV lebih daripada takut
kepada Allah swt?? Bagaimana pun MAC kini diletakkan dibawah pimpinan baru dan
saya tidak pasti dasar pendekatannya secara jelas kerana sekarang saya tidak
begitu aktif sangat. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Tiada sesiapakah respon terhadap cerita ini?
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Just nak share experience...
kelmarin, saya dan rakan2 pergi ke rumah pasangan Islam yang menghidapi HIV.
isteri adalah warganegara Indonesia, suami cina yang memeluk Islam
disana banyaklah persoalan yang diaju, killer jugaklah soalan mereka
tapi yang saya nak tekankan bukanlah pasangan ini, sebaliknya;
1-pasangan ini memerlukan belanja yang besar, belanja ubat, sara diri dll. bila
mereka meminta bantuan sebuah badan Islam, badan ini enggan membantu,
alasannya? "Isteri warga Indonesia, x layak menerima bantuan". akhirnya yang
tolong mereka adalah salah sebuah tokong...
2-saya juga sering pergi ke gereja...ada waktu kami ada program waktu malam di
sebuah gereja, kami bertolak selepas waktu bekerja dan sampai sana dalam waktu
maghrib, alhamdulillah, pihak gereja aware dengan umat Islam, mereka
menyediakan bilik yang cukup bersih dan lapang untuk kami solat...
3-malah semasa saya buat program di gereja untuk melihat upacara keagamaan
mereka, mereka terlebih dahulu memberitahu kami apa yang patut kami lakukan
supaya akidah kami terpelihara...iaitu supaya kami tidak melakukan sesuatu yang
boleh membatalkan akidah kami...
4-sesudah itu, ada sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak mereka.
bila ditanya darimana mereka memperoleh makanan tersebut, mereka bagitau kuih
"ditempah" dari mekcik melayu yang bekerja di universiti tempat kami belajar,
malah mereka nak bagi no. telefon makcik tersebut untuk kami
double-check...mereka amat menjaga ke'halal'an makanan kami...
5-bila kami ada sesi soal-jawab dengan mereka, walau sebodoh mana pun soalan,
mereka tidak pernah memperlekehkan kami malah menjawab sebaik mungkin. ada yang
siap print dan bagi kepada kami untuk buat rujukan...
6-saya juga dimaklumkan ada ramai missionary kristian bergaul dengan golongan
pelacur, penagih dll. semasa bersama pasangan HIV, saya mendapati sebenarnya di
sudut hati golongan seperti ini, mereka ingin menjadi muslim yang baik. tapi
bila mereka melihat kita, mereka hanya menerima pandangan yang penuh dengan
kehinaan dan kebencian lantaran membantutkan hasrat mereka untuk menjadi muslim
yang baik
saya bercerita semoga kita boleh reflect diri kita, x perlulah menunding jari
ke individu/badan mana2. sebaliknya bertanya, Allah dah beri kekayaan dalam
bentuk Islam, tetapi adakah kita bersedekah dengan berkongsi pada insan lan?
adakah kita betul-betul dah mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah
s.a.w ataupun ianya hanyalah di bibir sahaja? untuk bermegah2 tetapi tidak
diamalkan?
wallahua'lam
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.