Aswt,
     Kita tak boleh nak golongkan semua yang dapat AIDS tu kerana kejahatan 
yang mereka dah lakukan. Ada juga kes-kes yang tidak begitu. Walau pun memang 
betul mereka telah lakukan maksiat dan terima hukuman kita perlu bantu mereka 
bagi meyelamatkan akidah mereka. Dalam kes suami isteri yang dijangkiti HIV ini 
dan dibantu oleh pihal kuil/gereja yang kita bimbang ialah akidah mereka akan 
tergadai. Dosa besar yang mungkin benar mereka lakukan masih ada peluang untuk 
bertaubat. Orang yang buat dosa besar dengan orang yang syirik/murtad atau 
tolak hukum Allah swt berbeza. Buat dosa walaupun besar masih berpeluang 
diampun oleh Allah tapi kalau syirik/murtad atau tolak hukum Allah tak ada 
peluang lagi diampun kecuali dengan mengucap (syahadah) semula dan bertaubat 
dengan taubat nasuha. Mengucap itu mudah tapi yang dibimbangi ialah ada yang 
tidak menyedari ada perbuatannya telah membatalkan syahadahnya dan dia masih 
dok ingat dia Islam. Bukankah ada hadis yang mengatakan di akhir
 zaman akan ada orang paginya Islam petangnya kafir dan ada pula paginya kafir 
petangnya Islam!! Atas dasar itulah saya rasa ada imam yang minta wali dan 
pengantin yang bakal dinikahkan mengucap kalimah syahadah semula bagi menjamin 
akad nikah mereka sah kerana bimbang mereka telah syirik/murtad.
   
      Akhlak bukan Muslim lebih baik pun saya rasa telah diperakui beberapa 
ulamak. Misalnya dari segi kebersihan dan ketepatan masa orang bukan Islam di 
negera-negera tertentu memang lebih baik dibanding dengan orang Islam. Jadi 
yang dikhuatiri ialah mereka yang lemah iman akan rasa agama mereka yang tunjuk 
akhlak baik ini pastinya benar. Pada hal tiada agama yang ajar penganutnya 
berakhlak mulia sebagaimana yang agama Islam ajar tapi sejauh mana ianya 
diamalkan? Sebab itu kebanyakan yang convert kepada Islam kata kalau dinilai 
akhlak orang Islam mereka mungkin tak masuk Islam tapi ada sebab lain yang 
mereka nilai maka mereka masuk Islam. Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED] wrote:
          Bila sebut soal akhlak ni, memang tak dinafikan, hari ini ada juga di 
kalangan mereka gagal menunjukkan akhlak yang baik. seperti saudara ceritakan. 
Penghidap HIV, AIDS, adalah orang yang dihukum oleh perbuatan keji mereka 
sendiri. Itulah..kalau dari dulu ingat cakap ulama taklah mereka jadi begitu. 
Bila dah kena, kenapa nak minta tolong pulak ??? Ha..minta tolonglah dengan 
kuman tu supaya tak serang lagi. Tapi, Allah tidak zalim. Kalau penghidap itu 
nak bertaubat.. tapi dah lewat. Pasal dah kena kuman maut tu. Cuma kita yang 
hidup ni..kena la usaha mengubat mereka. Tapi aku yakin, kalau dah ada jumpa 
ubat penyakit tu, pasti mereka seronok. Boleh buat lagi..lagi dan lagi... 

Bagi aku..kalau baik camana pun gereja ka..kuil ka.. baik mereka boleh bawa 
kita ke mana?? kalau setakat bagi makan free, minum free,duit free, akau rasa 
agama mereka tak mampu nak bawa manusia menjadi manusia yang diredhai Allah. 
Pasal Allah tak iktiraf agama mereka. Ni ada disebut dengan jelas dalam Quran 
kan. "sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam"..ini kata Allah 
dalam Quran. 

Tapi aku tengok Islam lebih toleran ..

  On 9/6/07, KholidAli <KholidAli> wrote:            
     Mungkin betul juga pandangan Sdr Leon. Masalahnya bila sebut saja orang 
Islam kat Malaysia ni kita refer kepada orang Melayulah. Betullah Melayu itu 
Islam tak relevan lagi tapi kalau tak salah saya kata perlembagaan kita orang 
Melayu adalah Islam agamanya. Tentang menangani pesakit Aids ini saya 
difahamkan masyarakat Islam di Uganda memang berjaya mengatasinya walau pun 
tidak seratus peratus. Uganda adalah antara negara yang tertinggi kes HIV. 
Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan nya ialah penglibatan para imam 
dan institusi masjid. Wallahu'alam.  
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Tuan,
   
  Tidak sukar untuk orang Islam mendampingi pesakit AIDS, tetapi yang sukar 
adalah orang Melayu. Dalam menangani perkara ini, seseorang itu mesti tulus 
hatinya, benar benar hendak menolong kerana ALLAH, jika tidak sekerat jalan 
sajalah kerjanya itu. Mungkin sudah sejuk, sesejuk tahi ayam. Apabila manusia 
telah dirasuk dan ditunggangi hawa nafsunya, apa perbuatan pun jadi. Yang 
haram, yang halal sama saja. Manusia perlu berikhtiar untuk mengatasinya, bukan 
kerana cara barat atau cara timur tetapi cara yang di redhai ALLAH. 
   
  Leon.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Aswt,
     Sememangnya sukar untuk orang Islam mendampingi para pesakit AIDS ini. 
Saya  adalah seorang daripada  AJK sebuah NGO di Kelantan yang khusus 
menjadikan masalah HIV ini sebagai satu agenda yang perlu diberi keutamaan. 
Saya telah beberapa kali berhasrat untuk menarik diri namun bila difikirkan 
tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk tidak meminggirkan  mereka yang hidap 
HIV dan untuk berusaha kembalikan mereka kejalan yang diredhai Allah maka saya 
lupakan saja hasrat saya itu. Dan yang lebih penting ialah untuk jadikan 
pendekatan Islam sebagai cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit tersebut. 
   
    NGO ini dipengerusikan oleh seorang yang agak terkenal kerana beliau adalah 
bekas orang besar PDRM dan juga Penjara Malaysia sebelum bersara. Beliau 
nampaknya memberi sokongan kearah pendekatan secara Islam walaupun ada dari ajk 
kami adalah dari kalangan penyokong UMNO dan lebih gemar untuk ambil pendekatan 
selaras dengan polisi Majlis Aids Malaysia (MAC) yang dulunya diterajui oleh 
anak perempuan bekas PM, Tun Mahathir. Pendekatan sebelum ini lebih mirip 
kepada pendekatan Barat.  Pernah ketika menghadhiri sebuah bengkel seorang 
penceramah yang juga seorang ahli perubatan minta penggunaan kondom yang diberi 
percuma diamalkan. Apabila kami utarakan pertanyaan bukankah ini akan 
menggalakkan perzinaan? Beliau menyatakan hujah bagi mengjustifikasi amalan 
tersebut dengan mengatakan "biarlah kalau mereka tidak takut kepada Tuhan 
(untuk berzina) tapi sekurang-kurang nya mereka takut kepada virus HIV ini  
(dengan memakai kondom!!!) . Bukankah ini sasuatu yang mengajak kepada
 syirik apabila diajak untuk lebih takut kepada virus HIV lebih daripada takut 
kepada Allah swt?? Bagaimana pun MAC kini diletakkan dibawah pimpinan baru dan 
saya tidak pasti dasar pendekatannya secara jelas kerana sekarang saya tidak 
begitu aktif sangat. Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
      Tiada sesiapakah respon terhadap cerita ini?

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:       Just nak share experience... 

kelmarin, saya dan rakan2 pergi ke rumah pasangan Islam yang menghidapi HIV. 
isteri adalah warganegara Indonesia, suami cina yang memeluk Islam

disana banyaklah persoalan yang diaju, killer jugaklah soalan mereka 

tapi yang saya nak tekankan bukanlah pasangan ini, sebaliknya;

1-pasangan ini memerlukan belanja yang besar, belanja ubat, sara diri dll. bila 
mereka meminta bantuan sebuah badan Islam, badan ini enggan membantu, 
alasannya? "Isteri warga Indonesia, x layak menerima bantuan". akhirnya yang 
tolong mereka adalah salah sebuah tokong... 

2-saya juga sering pergi ke gereja...ada waktu kami ada program waktu malam di 
sebuah gereja, kami bertolak selepas waktu bekerja dan sampai sana dalam waktu 
maghrib, alhamdulillah, pihak gereja aware dengan umat Islam, mereka 
menyediakan bilik yang cukup bersih dan lapang untuk kami solat... 

3-malah semasa saya buat program di gereja untuk melihat upacara keagamaan 
mereka, mereka terlebih dahulu memberitahu kami apa yang patut kami lakukan 
supaya akidah kami terpelihara ...iaitu supaya kami tidak melakukan sesuatu 
yang boleh membatalkan akidah kami...

4-sesudah itu, ada sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak mereka. 
bila ditanya darimana mereka memperoleh makanan tersebut, mereka bagitau kuih 
"ditempah" dari mekcik melayu yang bekerja di universiti tempat kami belajar, 
malah mereka nak bagi no. telefon makcik tersebut untuk kami 
double-check...mereka amat menjaga ke'halal'an makanan kami... 

5-bila kami ada sesi soal-jawab dengan mereka, walau sebodoh mana pun soalan, 
mereka tidak pernah memperlekehkan kami malah menjawab sebaik mungkin. ada yang 
siap print dan bagi kepada kami untuk buat rujukan...

6-saya juga dimaklumkan ada ramai missionary kristian bergaul dengan golongan 
pelacur, penagih dll. semasa bersama pasangan HIV, saya mendapati sebenarnya di 
sudut hati golongan seperti ini, mereka ingin menjadi muslim yang baik. tapi 
bila mereka melihat kita, mereka hanya menerima pandangan yang penuh dengan 
kehinaan dan kebencian lantaran membantutkan hasrat mereka untuk menjadi muslim 
yang baik 

saya bercerita semoga kita boleh reflect diri kita, x perlulah menunding jari 
ke individu/badan mana2. sebaliknya bertanya, Allah dah beri kekayaan dalam 
bentuk Islam, tetapi adakah kita bersedekah dengan berkongsi pada insan lan?

adakah kita betul-betul dah mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah 
s.a.w ataupun ianya hanyalah di bibir sahaja? untuk bermegah2 tetapi tidak 
diamalkan?

wallahua'lam
    
---------------------------------
  Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.   




    
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/   




    
---------------------------------
  Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.     
---------------------------------
  Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.   





    
---------------------------------
  Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.   




  
  
---------------------------------
  Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search.  
  
---------------------------------
  Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.   
  
  






  

         

       
---------------------------------
Got a little couch potato? 
Check out fun summer activities for kids.
       
---------------------------------
Don't let your dream ride pass you by.    Make it a reality with Yahoo! Autos. 

Kirim email ke