Encik Leon menulis Mengapa tidak kita gunakan modus-operandi yang sama mendekati anak anak muda kita, dan kepada orang orang yang lain. Sedangkan Islam senantiasa menggalakkan penganutnya berhemah tinggi. Siapakah sebenarnya kita? Apakah kebencian menjadi senjata kita, bukan kasih sayang seperti yang diamalkan oleh nabi junjungan kita. Adakah menuding jari menjadi pegangan kita, tidak bangkit dan menjadi pengusaha kearah pencapaian matlamat itu. Are we doers or just followers?
Leon Apa tunggu lagi? Marilah kita mulakan. Atau marilah kita teruskan Mungkin juga Tuan-tuan boleh berikan sumbangan disini http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5418&start=0&sid=dbd187d79932cc786e6132399e7754e1 http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5807&start=0&sid=dbd187d79932cc786e6132399e7754e1 http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6131&sid=dbd187d79932cc786e6132399e7754e1 http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=973&start=0&sid=dbd187d79932cc786e6132399e7754e1 http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6130&sid=dbd187d79932cc786e6132399e7754e1 [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Tuan, Biarlah saya menyahut seruan untuk respon pada tulisan dibawah ini, dengan mengutarakan satu kisah bagaimana mubaligh kristian menjalankan dakwahnya dipersekitaran orang orang Muslim. Kisahnya berlaku disebuah negeri, dimana kebetulan saya tinggal berhampiran sebuah rumah kosong untuk disewakan. Tidak berapa lama, rumah itu pun disewa oleh seorang mubaligh kristian, seorang wanita muda. Beliau hidup dalam kesederhanaan kerana tiada apa yang kelihatan dalam rumahnya kecuali timbunan buku buku. Sehari harian, beliau senantiasa berbuat baik kepada jiran sekitarnya dan selalu mengajak anak anak dalam peringkat persekolahan kerumahnya. Disana mereka dibacakan cerita cerita mengenai perjuangan para para Nabi, yang dikhususkan kepada perjuangan nabi Isa a.s. Dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Apabila mereka pulang kerumah, mereka dihadiahkan pula dengan buku buku yang baik baik berkulit keras, bukan satu tetapi beberapa naskah. Begitulah caranya mereka berdakwah, lembut, berakhlak dan dermawan. 2. Apa yang menarik pula tentang kisah sipesakit aids itu, pun tidak banyak berbeda dengan tatacara dakwah mubaligh diatas. Menunjukkan keperihatinan dalam semua sudut, tidak membenci tetapi berbudi. Maka saya terfikir, mengapa ia tidak berlaku dikalangan pendakwah atau penyibar atau penganut ugama Islam sebagaimana yang diceritakan mengenai betapa payahnya sipesakit aids hendak mendapatkan bantuan itu.Mengapa tidak kita gunakan modus-operandi yang sama mendekati anak anak muda kita, dan kepada orang orang yang lain. Sedangkan Islam senantiasa menggalakkan penganutnya berhemah tinggi. Siapakah sebenarnya kita? Apakah kebencian menjadi senjata kita, bukan kasih sayang seperti yang diamalkan oleh nabi junjungan kita. Adakah menuding jari menjadi pegangan kita, tidak bangkit dan menjadi pengusaha kearah pencapaian matlamat itu. Are we doers or just followers? Leon [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Tiada sesiapakah respon terhadap cerita ini? [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Just nak share experience... kelmarin, saya dan rakan2 pergi ke rumah pasangan Islam yang menghidapi HIV. isteri adalah warganegara Indonesia, suami cina yang memeluk Islam disana banyaklah persoalan yang diaju, killer jugaklah soalan mereka tapi yang saya nak tekankan bukanlah pasangan ini, sebaliknya; 1-pasangan ini memerlukan belanja yang besar, belanja ubat, sara diri dll. bila mereka meminta bantuan sebuah badan Islam, badan ini enggan membantu, alasannya? "Isteri warga Indonesia, x layak menerima bantuan". akhirnya yang tolong mereka adalah salah sebuah tokong... 2-saya juga sering pergi ke gereja...ada waktu kami ada program waktu malam di sebuah gereja, kami bertolak selepas waktu bekerja dan sampai sana dalam waktu maghrib, alhamdulillah, pihak gereja aware dengan umat Islam, mereka menyediakan bilik yang cukup bersih dan lapang untuk kami solat... 3-malah semasa saya buat program di gereja untuk melihat upacara keagamaan mereka, mereka terlebih dahulu memberitahu kami apa yang patut kami lakukan supaya akidah kami terpelihara...iaitu supaya kami tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan akidah kami... 4-sesudah itu, ada sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak mereka. bila ditanya darimana mereka memperoleh makanan tersebut, mereka bagitau kuih "ditempah" dari mekcik melayu yang bekerja di universiti tempat kami belajar, malah mereka nak bagi no. telefon makcik tersebut untuk kami double-check...mereka amat menjaga ke'halal'an makanan kami... 5-bila kami ada sesi soal-jawab dengan mereka, walau sebodoh mana pun soalan, mereka tidak pernah memperlekehkan kami malah menjawab sebaik mungkin. ada yang siap print dan bagi kepada kami untuk buat rujukan... 6-saya juga dimaklumkan ada ramai missionary kristian bergaul dengan golongan pelacur, penagih dll. semasa bersama pasangan HIV, saya mendapati sebenarnya di sudut hati golongan seperti ini, mereka ingin menjadi muslim yang baik. tapi bila mereka melihat kita, mereka hanya menerima pandangan yang penuh dengan kehinaan dan kebencian lantaran membantutkan hasrat mereka untuk menjadi muslim yang baik saya bercerita semoga kita boleh reflect diri kita, x perlulah menunding jari ke individu/badan mana2. sebaliknya bertanya, Allah dah beri kekayaan dalam bentuk Islam, tetapi adakah kita bersedekah dengan berkongsi pada insan lan? adakah kita betul-betul dah mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w ataupun ianya hanyalah di bibir sahaja? untuk bermegah2 tetapi tidak diamalkan? wallahua'lam --------------------------------- Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell? Check out new cars at Yahoo! Autos. --------------------------------- Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik http://my.mail.yahoo.com/ --------------------------------- Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows. Yahoo! Answers - Check it out. --------------------------------- Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik http://my.mail.yahoo.com/
