Perjuangan PAS bukan semata-mata nak menang pilihanraya tetapi melaksanakan
tuntutan amar makruf nahi mungkar yang diperintah oleh Allah swt. Kalau kalah
dalam pilihanraya ke 12 ini apakah PAS kena berhenti saja dan dok diam atau
lari kehutan atau uzlahkan diri?? Jika 100 kali kalah pun perjuangan tetap kena
diteruskan untuk menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam kerana ini
adalah perintah Allah swt. Sekalipun PAS menang masih ramai yang tetap tidak
mahu kembali kepada menerima Islam secara mutlak kadang-kadang bukan
semata-mata engkar tapi lebih kepada faktor kejahilan maka fungsi PAS tak akan
selesai disitu sahaja. PAS bukan sekadar nak selamatkan penyokong PAS tapi
untuk selamatkan seluruh umat manusia di dunia (sekurang-kurangnya berniat
begitu) tapi tentulah kena mulakan di negara sendiri dulu atau selamatkan ahli
keluarga sendiri dahulu dari api neraka sebagaimana saranan saudara tentang ini
memang baik.
Mengapa nampak stereotype buruk pada PAS saja sedangkan orang Islam sendiri
terutama puak UMNO yang stereotpye yang terus menerus memfitnah PAS tidak
nampakkah? Di semua media TV kah surat khabar kah pelbagai fitnah mereka
lakukan sedangkan mereka juga mengaku Islam!! Bunuh pun mereka buat
(berselindung disebalik kuasa kerajaan) lupakah kepada peristiwa Memali??
Fitnah itu lebih teruk dari membunuh!! Apabila tidak mengambil Islam sebagai
cara hidup atau ambil sebahagian dan tolak sebahagian, melaksanakan dasar amar
mungkar cegah makruf yang dilakukan UMNO itu dan apabila ditegur oleh PAS
wajarkah PAS yang dianggap berperangai buruk.?? Kalau saudara anggap itu
sebagai kondem terpulanglah tapi bagi saya ianya cara menegur yang agak agresif
setelah cara baik tidak mendatangkan hasil. Dalam Islam kita diperintah
menyuruh anak kerjakan solat bila berumur 7 tahun tapi dibolehkan merotan bila
berumur 10 tahun jika masih tidak kerjakan solat maknanya ada hadnya untuk kita
berlaku baik.
Apa pun PAS tidak penting yang penting ialah Islam tapi apabila komitmen PAS
lebih serius kearah membawa kita kembali kepada Islam maka kita tiada pilihan
melainkan menyokong PAS. Kadang-kadang kita sayang juga dengan UMNO ni tapi
apabila mereka mengetepikan Islam agama yang Allah reda maka kita tiada pilihan
kecuali meletakkan Islam jauh lebih tinggi mengatasi UMNO. Menolak sebahagian
sistem Islam dan bawa Islam Hadhari kalaulah di zaman Saidina Abu Bakar ra atau
Saidina Umar ra saya rasa jawabnya ialah pedang saja.
Tuduhan saudara mengatakan PAS membangkang 24 jam tidak tepat, Dalam usaha
kerajaan UMNO/BN buat apa yang dikatakan koridor ekonomi Pantai Timur atau
?ECER, MB Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sokong !!! Soal nak suruh
keritik membina 24 jam pun dah banyak dibuat samada oleh pemimpin PAS, para
Mufti dan pendakwah bebas dah lama dok kritik tapi mereka tetap tak boleh
terima . Yang menyedihkan kritikan dari Mufti pun mereka tak boleh terima
bahkan seorang Menteri UMNO ejek pula Mufti tersebut!! Sekarang bukan dah masa
nak keritik membina UMNO tapi ruang untuk tukar UMNO/BN kepada parti lain
memerintah sudah terbuka maka apa salah nya tukar dengan baik bukan nak
memberontak atau nak rampas kuasa dengan kekerasan tapi kuasa memilih yang
diizinkan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Perlembagaan.
Jika tidak menang pun PAS telah melaksanakan tanggungjawabnya tapi jika
UMNO kalah mereka mungkin akan rampas kuasa dengan kekerasan atau minta tolong
Bush yang reda denga Islam Hadhari!!! Apa yang berlaku di Palestine ialah Bush
tolong Fatah yang sebulu dengan nya dan berusaha hapuskan HAMAS walaupun HAMAS
menang pilihanraya. Bush akan pertahankan Islam Hadhari. PAS bukan lawan
UMNO/BN sahaja tapi PAS kena lawan kerajaan Malaysia (jentera kerajaan tetap
diperalatkan UMNO) dan Presiden Bush. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote: Sudah 11
kali gagal dalam pilihanraya dan tidak dapat menbentuk
kerajaan. Selepas pilihanraya ini ( dimana BN akan menang kembali -
kalau ikut adatnya), parti Islam perlu cari formula baru untuk mendapat
sokongan dari rakyat marhain. Perkara pertama yang parti Islam perlu
lakukan ialah menjauhkan stereotype yang buruk yang telah melekat lama
pada parti Islam. Ini bukan kerja senang. Pertama sekali ahli parti
Islam perlu ubah sikap dari membangkang 24 jam kepada kritik membina 24
jam.
Masalah asyik membangkang 24 jam ni ialah, tabiat ini sebenarnya tidak
meletakkan seseorang itu menjadi pemimpin dalam hala tuju dalam semua
perkara. i.e. orang yang asyik membangkang tidak boleh memimpin sesiapa
( melainkan ahlinya sendiri) dalam sesuatu arahtuju. Ahli parti Islam
kena cipta ruang sendiri untuk mencipta arahtuju dalam semua perkara
tanpa perlu mengkritik atau menyokong apa yang kerajaan buat sekarang.
Mereka boleh buat satu gerakan besar besaran diseluruh negara untuk
meningkatkan tahap pengetahuan dan penerimaan orang Melayu/Islam dalm
akidah dengan mengadakan bengkel, kelas, seminar, ceramah, forum, etc.
Juga mengadakan kem bina semangat kepada remaja, dll. Mereka juga boleh
mengadakan hubungan dengan universiti tempatan ( kalau boleh) tanpa apa
apa kritikan kepada parti pemerintah. Buat masa sekarang kalau boleh
jangan menyentuh langsung tentang perihal parti pemerintah, orang ramai
sendiri akan menilai prestasi parti Islam dimasa akan datang.
Juga jangalah kita meletakkan diri kita sebagai "Aku Sajalah Champion
Dalam Bab Islam Dinegara Ini"
OK lah. Saya tahu. Cakap memang senang, tapi kalau buat baru tahu susah
senangnya. Apa kata kita mulakan dengan keluarga dan jiran sendiri dulu.
Perkara pertama yang dilakukan ialah jangan terus mengumpat/kondem apa
yang kerajaan buat, tapi terus buat cadangan apa perlu dibuat untuk
Islam. Untuk permulaan, ini adalah langkah yang baik...
>>> Kholid Ali 17/02/2008 16:38:29 >>>
Jangan salah faham. Bukan sokong pembangkang dengan harapan satu
hari Allah swt beri telaga minyak. Matlamat kita ialah nak jadi orang
Mukmin. Kita dihidupkan didunia ini agar kita menjadi manusia yang
beriman tapi sapa-sapa pun boleh ngaku kata dia beriman tapi apakah
Allah akan percaya dan terima bulat-bulat? Maka untuk mengesahkan
seseorang itu beriman rujuklah kepada surah al Ankabut (ayat 2) yang
bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja
mengatakan "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji?
Maka bentuk ujian itu bermacam-macamlah mungkin sedikit kesusahan
dan kepayahan atau kesakitan dalam hidup. Kalau dari sudut politik
mereka yang berjuang untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam akan
sedikit sebanyak terjejaslah. Untuk dapat bantuan anak belajar pun
macam-macam manupulasi terpaksa dihadapi. Yang belajar disekolah agama
rakyat ditarik bantuannya dan macam-macam lagilah. Bagi yang diberi
kuasa sebagai pemimpin pula juga sedang diuji apakah tanggungjawabnya
sebagai pemimpin dilaksanakan mengikut lunas-lunas Islam? Tak kiralah
samada mereka dari parti Islam atau cuma seorang yang mengaku Islam dan
mengaku beriman dengan Allah swt tetapi bukan dari parti Islam.
Pokoknya setiap orang yang mengaku beriman mestilah membuktikannya
dengan amalan bukan dengan lidah sahaja (ngaku beriman) jika ingin
selamat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Soal rezeki itu ditambah
atau tidak adalah hak Allah, kita hendaklah bersyukur dalam apa jua
keadaan. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
Abd Mutalib [EMAIL PROTECTED] wrote: Ya
betul tu.
Mula mula kita cerita ada orang nak minyak free dari kerajaan.
Kemudian kita cerita kalau bagi minyak free, minyak akan lagi cepat
habis.
Sekarang kita cerita kita patut bersyukur pulak supaya harap harap
negara kita jumpa minyak lagi preferably di negeri yg pembangkang
memerintah.
Soalan saya:
Kemana arah tuju kita ni?
Apa yang kita nak?
>>> Kholid Ali 12/02/2008 08:24:40 >>>
"Kalau kamu bersyukur nescaya aku tambah rezeki mu". Itulah janji
Allah. InsyaAllah minyak tak akan habis kalau pun diberi free kepada
rakyat syaratnya kita kena bersyukurlah kepada Nya. Syukur dalam erti
kata yang sebenar bukan takat mulut saja yang dok kata Alhamdulilah
tapi
sebahagian hukum dan peraturan yang Allah tetapkan
dibaklulsampahkan!!!
Mungkin lepas Terengganu giliran Kelantan pula jadi Kuwait Malaysia
berkat kesabaran rakyat dan pemimpinnya yang dinafikan pelbagai
haknya
oleh Pusat. Cuma harap rakyat Kelantan terus bertahan dibawah
kepimpinan
ulamak jangan dok dengar pujukan Najib. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
Abd Mutalib [EMAIL PROTECTED] wrote:
negara kita banyak minyak.
tapi tak lama lagi habis lah minyak kita.
kalau bagi free lagi cepat habis...minyak kita.
>>> Azizul Salehudin 10/02/2008 05:14 >>>
Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma
ASHGABAT 9 Feb. * Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan
pemberian
minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan.
Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori,
traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala
penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.
Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan,
Neutral Turkmenistan.
"Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak
mengisi secara percuma di stesen minyak," lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had
yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga
pasaran.
Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak,
mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi
negara
di kawal oleh kerajaan pusat.
* AFP
__________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of
this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and
delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall
be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.