Hutang atau pinjaman, dari pandangan syarak, ada dua keadaan;
   
  1)  Harus atau halal.
   
  2)  Ditegah atau haram.
   
  Rasulullah s.a.w.dan para sahabat juga berhutang. Pernah diriwayatkan 
Rasulullah pernah berhutang dengan seorang yahudi. Selama mana tiada RIBA atau 
unsur riba, dan jelas
  tiada shubhah, dan tujuan hutang untuk benda yang diharuskan maka ianya 
dibenarkan syarak.
   
  Sudah menjadi lumrah dalam mana-mana masyarakat mengambil atau memberi hutang.
  Dalam masyarakat kita, hutang atau pinjaman dengan pelbagai bentuk, sudah 
banyak diperkenalkan.
   
  Memberi pinjaman dalam membantu masyarakat sangat-sangat digalakkan malah 
menjadi ibadah, jika mengikut apa yang digariskan. Tetapi jika pinjaman atau 
pemberian hutang tersebut berunsurkan RIBA, maka ianya sangat terlarang, 
sehingga tergolong dalam DOSA BESAR. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan 
bahawa RIBA, membunuh, dan zina adalah sama tarafnya.  
   
  Dalam al Quran, Allah mengisytiharkan perang dengan mereka yang berurusan 
dengan riba. 
   
  Biarlah siapa yang memberi pinjaman atau hutang, tapi sekiranya urusan itu 
melibatkan kaedah yang tidak syari'e, iaitu ada unsur riba, maka ianya 
tertolak. Jahat dan kejinya RIBA itu dapat kita rasai dengan penegasan Allah 
s.n.t. dalam kitab sucinya. Banyak hadis-hadis yang menjelaskan hinanya RIBA 
dan orang yang menguruskannya dan ancaman pada mereka.
   
  Realiti pada hari ini, masyarakat Islam sudah begitu lumrah mengunyah 
larangan Allah ini sehingga hampir-hampir tiada manusia yang tidak terkena 
palitan RIBA.
  Namun adakah kita mahu  terus selesa berada dalam kemurkaan Allah atau 
keadaan  "terpaksa" ini?  Di mana ertinya terpaksa jika kita terus merasa 
tenteram dan tidak berusaha meningalkannya?  Adakah kita terpaksa mengambil 
RIBA dalam keadaan ada banyak pilihan  lain?  Bukankah dunia Allah ini luas ? 
Dan jika sekiranya terpaksa atau "DARURAT" sekalipun takkanlah kita makan 
daging khinzir sehingga seekor, atau sehinga kenyang ! Bukankah darurat itu 
sekadar usaha mengelak kematian, menyelamatkan nyawa atau agama ? 
   
  Lumrahnya kita dengan riba, sehingga sanggup kita berbincang dengan kawan 
tentangnya (pinjaman bank, dan insuran) tidak kira tempat. Kita berbincang di 
kedai kopi atau pun surau secara terbuka, malah tok imam pun datang mesjid guna 
kereta yang dibeli dengan pinjaman RIBA.
  Bapa boleh suruh anaknya atau dia sendiri ambil loan (RIBA) untuk keselesaan 
anaknya.
  Tidak terasa berdosa masuk ke Institusi RIBA,  sebab di dalamnya ada kaunter 
dan hawa dingin. Tidak terasa malu berurusan untuk pinjaman peribadi atau 
pinjaman perkahwinan dengan pegawai bertugas sebab institusi itu berdaftar dan 
berlesen. Semua itu adalah mengikut pandangan manusia. 
  Mungkin ramai yang marah jika saya nyatakan, saya baru balik dari institusi 
zina kerana bertanya harga tentang servis mereka di situ. Tapi kita tidak 
merasa apa-apa pun bila melakukan transaksi RIBA, yang di sisi Allah sama 
tarafnya kan ? 
   
  Allah amat mengasihi hambaNya.  Sesuatu ketetapanNya adalah untuk kebaikan 
makhlukNya. Allah Yang Bijaksana, menciptakan kita dan mengetahui kelemahan dan 
kelebihan kita. Dijadikan peraturan yang jelas menolak RIBA, dan menghalalkan 
jual beli.
  Mustahil Allah dan RasulNya akan mengisytiharkan perang jika RIBA itu sesuatu 
yang kecil kesannya pada individu dan masyrakat seluruhnya. 
   
  Wassalam w.w.
   
   
   
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          kat bawah ni adalah artikel yg aku paste dari harian
metro tentang laporan berkenaan kata2 seorg pemimpin
UMNO. yg buat aku konfius, mcm mana plak org yg bagi
hutang tu yg berdosa???? sefaham aku, org yg berhutang
la yg berdosa kalau dia tak bayar, tambah2 kalau dia
dah mati tapi hutang belum langsai. tapi kalau kata
pemimpin UMNO nie diguna pakai oleh semua institusi
kewangan sama ada bank2 atau PTPTN dan lain2 yg
sewaktu dgnnya .... alhamdulillah.... boleh la kita
buat hutang byk2, tak payah bayar ... bila mati nanti,
diorg akan lupuskan pasal kalau tak ... diorg yg
berdosa ... hahahaha..... hidup UMNO!!!! hahahah!!!!

Lupus hutang
Oleh Nazarali Saeril
[EMAIL PROTECTED]

SHAH ALAM: “Berdosa kita jika tidak menghapuskan
hutang pekebun kecil yang meninggal dunia. Mereka ini
turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi serta
pembangunan negara,” kata Datuk Seri Abdul Aziz
Shamsuddin, mengenai cadangan menghapuskan tunggakan
hutang pekebun kecil seluruh negara berjumlah
kira-kira RM141 juta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata,
cadangan menghapuskan hutang berkenaan bertujuan
meringankan beban pekebun kecil yang mana sebahagian
besar daripada mereka sudah lanjut usia dan tidak
berupaya lagi untuk bekerja atau sudah meninggal
dunia.

Bagaimanapun, ia masih dalam peringkat cadangan dan
Lembaga Pengarah Risda perlu mengemukakan permohonan
rasmi terlebih dulu bagi mendapatkan kelulusan
kerajaan.

“Pekebun kecil banyak meningkatkan ekonomi negara
menerusi pengeluaran getah yang mereka tanam dan
hasilnya kini dinikmati generasi muda negara.

“Jasa mereka sangat besar kepada negara dan kita mahu
mereka menerima faedah daripada apa yang mereka
lakukan untuk masa kini termasuk cadangan memansuhkan
tunggakan hutang,” katanya selepas melancarkan Teman
Usahawan Risda Selangor, di sini, semalam.

__________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. 
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 



                         

       
---------------------------------
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Inbox.

Kirim email ke