kat bawah ni adalah artikel yg aku paste dari harian
metro tentang laporan berkenaan kata2 seorg pemimpin
UMNO. yg buat aku konfius, mcm mana plak org yg bagi
hutang tu yg berdosa???? sefaham aku, org yg berhutang
la yg berdosa kalau dia tak bayar, tambah2 kalau dia
dah mati tapi hutang belum langsai. tapi kalau kata
pemimpin UMNO nie diguna pakai oleh semua institusi
kewangan sama ada bank2 atau PTPTN dan lain2 yg
sewaktu dgnnya .... alhamdulillah.... boleh la kita
buat hutang byk2, tak payah bayar ... bila mati nanti,
diorg akan lupuskan pasal kalau tak ... diorg yg
berdosa ... hahahaha..... hidup UMNO!!!! hahahah!!!!
Lupus hutang
Oleh Nazarali Saeril
[EMAIL PROTECTED]
SHAH ALAM: Berdosa kita jika tidak menghapuskan
hutang pekebun kecil yang meninggal dunia. Mereka ini
turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi serta
pembangunan negara, kata Datuk Seri Abdul Aziz
Shamsuddin, mengenai cadangan menghapuskan tunggakan
hutang pekebun kecil seluruh negara berjumlah
kira-kira RM141 juta.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata,
cadangan menghapuskan hutang berkenaan bertujuan
meringankan beban pekebun kecil yang mana sebahagian
besar daripada mereka sudah lanjut usia dan tidak
berupaya lagi untuk bekerja atau sudah meninggal
dunia.
Bagaimanapun, ia masih dalam peringkat cadangan dan
Lembaga Pengarah Risda perlu mengemukakan permohonan
rasmi terlebih dulu bagi mendapatkan kelulusan
kerajaan.
Pekebun kecil banyak meningkatkan ekonomi negara
menerusi pengeluaran getah yang mereka tanam dan
hasilnya kini dinikmati generasi muda negara.
Jasa mereka sangat besar kepada negara dan kita mahu
mereka menerima faedah daripada apa yang mereka
lakukan untuk masa kini termasuk cadangan memansuhkan
tunggakan hutang, katanya selepas melancarkan Teman
Usahawan Risda Selangor, di sini, semalam.
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ