Selepas pilihanraya ni, PAS kena gerakkan biro dakwahnya untuk memberi
penerangan kepada orang Islam (termasuk orang Melayu) tentang perihal
pentingnya akidah dalam memnetukan halatuju kehidupan manusia ( dalam
kontek ini, rakyat Malaysia).
Saya lihat orang Melayu terutama orang UMNO masih belum dapat melihat
hubungkait antara akidah ( i.e 2 kalimah syahadat) dengan politik
negara.
Ini kerana, rata rata pemimpin kerajaan adalah pimpinan sekular yang
menitik beratkan soal ekonomi dan pembangunan, lebih daripada soal
akidah dan halatuju kehidupan. Peranan besar PAS ialah memberi
penerangan tentang hubungkait akidah dan politik. Perkara ini bukan
mudah kerana BN telah menunjukkan prestasi yang baik selama 50 tahun ini
secara keseluruhannya membangunkan ekonomi negara ( dan membuatkan
rakyat, terutama orang Islam leka dengan pembangunan dan dunia dan tidak
peka tentang soal halatuju kehidupan).
Nota: Saya menulis seperti diatas setelah membuat perbandingan secara
kasar dengan lain lain negara didalam OIC. Saya tidak menulis secara
semberono. Saya mengatakan suasana politik disini sangat baik jika
dibandingkan dengan negara OIC lain. Orang lain mungkin tidak bersetuju
dengan saya jika tidak membuat perbandingan dengan negara OIC yang
lain.
>>> Kholid Ali 21/02/2008 09:58:41 >>>
Perjuangan PAS bukan semata-mata nak menang pilihanraya tetapi
melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar yang diperintah oleh
Allah swt. Kalau kalah dalam pilihanraya ke 12 ini apakah PAS kena
berhenti saja dan dok diam atau lari kehutan atau uzlahkan diri?? Jika
100 kali kalah pun perjuangan tetap kena diteruskan untuk menyeru umat
Islam kembali kepada ajaran Islam kerana ini adalah perintah Allah swt.
Sekalipun PAS menang masih ramai yang tetap tidak mahu kembali kepada
menerima Islam secara mutlak kadang-kadang bukan semata-mata engkar tapi
lebih kepada faktor kejahilan maka fungsi PAS tak akan selesai disitu
sahaja. PAS bukan sekadar nak selamatkan penyokong PAS tapi untuk
selamatkan seluruh umat manusia di dunia (sekurang-kurangnya berniat
begitu) tapi tentulah kena mulakan di negara sendiri dulu atau
selamatkan ahli keluarga sendiri dahulu dari api neraka sebagaimana
saranan saudara tentang ini memang baik.
Mengapa nampak stereotype buruk pada PAS saja sedangkan orang Islam
sendiri terutama puak UMNO yang stereotpye yang terus menerus memfitnah
PAS tidak nampakkah? Di semua media TV kah surat khabar kah pelbagai
fitnah mereka lakukan sedangkan mereka juga mengaku Islam!! Bunuh pun
mereka buat (berselindung disebalik kuasa kerajaan) lupakah kepada
peristiwa Memali?? Fitnah itu lebih teruk dari membunuh!! Apabila tidak
mengambil Islam sebagai cara hidup atau ambil sebahagian dan tolak
sebahagian, melaksanakan dasar amar mungkar cegah makruf yang dilakukan
UMNO itu dan apabila ditegur oleh PAS wajarkah PAS yang dianggap
berperangai buruk.?? Kalau saudara anggap itu sebagai kondem
terpulanglah tapi bagi saya ianya cara menegur yang agak agresif setelah
cara baik tidak mendatangkan hasil. Dalam Islam kita diperintah menyuruh
anak kerjakan solat bila berumur 7 tahun tapi dibolehkan merotan bila
berumur 10 tahun jika masih tidak kerjakan solat maknanya ada hadnya
untuk kita
berlaku baik.
Apa pun PAS tidak penting yang penting ialah Islam tapi apabila
komitmen PAS lebih serius kearah membawa kita kembali kepada Islam maka
kita tiada pilihan melainkan menyokong PAS. Kadang-kadang kita sayang
juga dengan UMNO ni tapi apabila mereka mengetepikan Islam agama yang
Allah reda maka kita tiada pilihan kecuali meletakkan Islam jauh lebih
tinggi mengatasi UMNO. Menolak sebahagian sistem Islam dan bawa Islam
Hadhari kalaulah di zaman Saidina Abu Bakar ra atau Saidina Umar ra saya
rasa jawabnya ialah pedang saja.
Tuduhan saudara mengatakan PAS membangkang 24 jam tidak tepat, Dalam
usaha kerajaan UMNO/BN buat apa yang dikatakan koridor ekonomi Pantai
Timur atau ?ECER, MB Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sokong !!!
Soal nak suruh keritik membina 24 jam pun dah banyak dibuat samada oleh
pemimpin PAS, para Mufti dan pendakwah bebas dah lama dok kritik tapi
mereka tetap tak boleh terima . Yang menyedihkan kritikan dari Mufti pun
mereka tak boleh terima bahkan seorang Menteri UMNO ejek pula Mufti
tersebut!! Sekarang bukan dah masa nak keritik membina UMNO tapi ruang
untuk tukar UMNO/BN kepada parti lain memerintah sudah terbuka maka apa
salah nya tukar dengan baik bukan nak memberontak atau nak rampas kuasa
dengan kekerasan tapi kuasa memilih yang diizinkan oleh Seri Paduka Yang
Dipertuan Agong dan Perlembagaan.
Jika tidak menang pun PAS telah melaksanakan tanggungjawabnya tapi
jika UMNO kalah mereka mungkin akan rampas kuasa dengan kekerasan atau
minta tolong Bush yang reda denga Islam Hadhari!!! Apa yang berlaku di
Palestine ialah Bush tolong Fatah yang sebulu dengan nya dan berusaha
hapuskan HAMAS walaupun HAMAS menang pilihanraya. Bush akan pertahankan
Islam Hadhari. PAS bukan lawan UMNO/BN sahaja tapi PAS kena lawan
kerajaan Malaysia (jentera kerajaan tetap diperalatkan UMNO) dan
Presiden Bush. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
Sudah 11 kali gagal dalam pilihanraya dan tidak dapat menbentuk
kerajaan. Selepas pilihanraya ini ( dimana BN akan menang kembali -
kalau ikut adatnya), parti Islam perlu cari formula baru untuk
mendapat
sokongan dari rakyat marhain. Perkara pertama yang parti Islam perlu
lakukan ialah menjauhkan stereotype yang buruk yang telah melekat
lama
pada parti Islam. Ini bukan kerja senang. Pertama sekali ahli parti
Islam perlu ubah sikap dari membangkang 24 jam kepada kritik membina
24
jam.
Masalah asyik membangkang 24 jam ni ialah, tabiat ini sebenarnya
tidak
meletakkan seseorang itu menjadi pemimpin dalam hala tuju dalam semua
perkara. i.e. orang yang asyik membangkang tidak boleh memimpin
sesiapa
( melainkan ahlinya sendiri) dalam sesuatu arahtuju. Ahli parti Islam
kena cipta ruang sendiri untuk mencipta arahtuju dalam semua perkara
tanpa perlu mengkritik atau menyokong apa yang kerajaan buat
sekarang.
Mereka boleh buat satu gerakan besar besaran diseluruh negara untuk
meningkatkan tahap pengetahuan dan penerimaan orang Melayu/Islam dalm
akidah dengan mengadakan bengkel, kelas, seminar, ceramah, forum,
etc.
Juga mengadakan kem bina semangat kepada remaja, dll. Mereka juga
boleh
mengadakan hubungan dengan universiti tempatan ( kalau boleh) tanpa
apa
apa kritikan kepada parti pemerintah. Buat masa sekarang kalau boleh
jangan menyentuh langsung tentang perihal parti pemerintah, orang
ramai
sendiri akan menilai prestasi parti Islam dimasa akan datang.
Juga jangalah kita meletakkan diri kita sebagai "Aku Sajalah Champion
Dalam Bab Islam Dinegara Ini"
OK lah. Saya tahu. Cakap memang senang, tapi kalau buat baru tahu
susah
senangnya. Apa kata kita mulakan dengan keluarga dan jiran sendiri
dulu.
Perkara pertama yang dilakukan ialah jangan terus mengumpat/kondem
apa
yang kerajaan buat, tapi terus buat cadangan apa perlu dibuat untuk
Islam. Untuk permulaan, ini adalah langkah yang baik...
>>> Kholid Ali 17/02/2008 16:38:29 >>>
Jangan salah faham. Bukan sokong pembangkang dengan harapan satu
hari Allah swt beri telaga minyak. Matlamat kita ialah nak jadi orang
Mukmin. Kita dihidupkan didunia ini agar kita menjadi manusia yang
beriman tapi sapa-sapa pun boleh ngaku kata dia beriman tapi apakah
Allah akan percaya dan terima bulat-bulat? Maka untuk mengesahkan
seseorang itu beriman rujuklah kepada surah al Ankabut (ayat 2) yang
bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja
mengatakan "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji?
Maka bentuk ujian itu bermacam-macamlah mungkin sedikit kesusahan
dan kepayahan atau kesakitan dalam hidup. Kalau dari sudut politik
mereka yang berjuang untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam akan
sedikit sebanyak terjejaslah. Untuk dapat bantuan anak belajar pun
macam-macam manupulasi terpaksa dihadapi. Yang belajar disekolah
agama
rakyat ditarik bantuannya dan macam-macam lagilah. Bagi yang diberi
kuasa sebagai pemimpin pula juga sedang diuji apakah tanggungjawabnya
sebagai pemimpin dilaksanakan mengikut lunas-lunas Islam? Tak kiralah
samada mereka dari parti Islam atau cuma seorang yang mengaku Islam
dan
mengaku beriman dengan Allah swt tetapi bukan dari parti Islam.
Pokoknya setiap orang yang mengaku beriman mestilah
membuktikannya
dengan amalan bukan dengan lidah sahaja (ngaku beriman) jika ingin
selamat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Soal rezeki itu
ditambah
atau tidak adalah hak Allah, kita hendaklah bersyukur dalam apa jua
keadaan. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
Abd Mutalib [EMAIL PROTECTED] wrote: Ya
betul tu.
Mula mula kita cerita ada orang nak minyak free dari kerajaan.
Kemudian kita cerita kalau bagi minyak free, minyak akan lagi cepat
habis.
Sekarang kita cerita kita patut bersyukur pulak supaya harap harap
negara kita jumpa minyak lagi preferably di negeri yg pembangkang
memerintah.
Soalan saya:
Kemana arah tuju kita ni?
Apa yang kita nak?
>>> Kholid Ali 12/02/2008 08:24:40 >>>
"Kalau kamu bersyukur nescaya aku tambah rezeki mu". Itulah janji
Allah. InsyaAllah minyak tak akan habis kalau pun diberi free kepada
rakyat syaratnya kita kena bersyukurlah kepada Nya. Syukur dalam
erti
kata yang sebenar bukan takat mulut saja yang dok kata Alhamdulilah
tapi
sebahagian hukum dan peraturan yang Allah tetapkan
dibaklulsampahkan!!!
Mungkin lepas Terengganu giliran Kelantan pula jadi Kuwait Malaysia
berkat kesabaran rakyat dan pemimpinnya yang dinafikan pelbagai
haknya
oleh Pusat. Cuma harap rakyat Kelantan terus bertahan dibawah
kepimpinan
ulamak jangan dok dengar pujukan Najib. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
Abd Mutalib [EMAIL PROTECTED] wrote:
negara kita banyak minyak.
tapi tak lama lagi habis lah minyak kita.
kalau bagi free lagi cepat habis...minyak kita.
>>> Azizul Salehudin 10/02/2008 05:14 >>>
Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma
ASHGABAT 9 Feb. * Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan
pemberian
minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan.
Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori,
traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala
penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.
Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan,
Neutral Turkmenistan.
"Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak
mengisi secara percuma di stesen minyak," lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had
yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga
pasaran.
Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak,
mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi
negara
di kawal oleh kerajaan pusat.
* AFP
__________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of
this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and
delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group")
shall
be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by
law.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of
this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and
delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall
be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.