Pepatah Melayu ada menyatakan: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak 
berguna lagi.” Acapkali di dalam hidup seseorang insan dia akan menempuh 
situasi penyesalan setelah segala-galanya terlambat dan tidak mampu dirubah 
lagi. Namun begitu apa yang sepatutnya kita semua fikirkan secara mendalam 
adalah penyesalan pada hari penghitungan ketika berada di Padang Mahsyar di 
mana segala amalan semasa kita hidup di dunia akan dihisab dan kemudian 
ditentukan sama ada kita akan ke syurga mahupun neraka. Ya, apabila ditunjukkan 
kepada seseorang hamba ALLAH segala keburukan ketika di dunia dahlu, maka akan 
timbul penyesalan kerana takutkan balasan yang pedih di neraka, maka terdetik 
di hatinya agar dilewatkan ajalnya ataupun dia dihidupkan semula ke dunia 
supaya dapat dia bertaubat atas segala kesilapannya dahulu. Namun sayang seribu 
kali sayang, penyesalannya itu hanya sia-sia kerana ketika di Padang Mahsyar 
pintu taubat telah tertutup rapat. Maka akan
 timbul dibenak fikirannya alangkah baik sekiranya aku di dunia dahulu tidak 
melakukan segala dosa-dosa tersebut. Namun begitu tiada apa lagi yang mampu 
hendak dilakukan melainkan menanti sahaja hukuman serta azab ALLAH S.W.T. atas 
kesilapannya yang lalu. Senario sedemikian rupa telah dirakamkan di dalam 
al-Qur’an melalui firman-NYA:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada 
kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka 
dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai TUHANku! Alangkah 
baiknya kalau ENGKAU lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang 
sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi 
dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali akan 
melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai 
ajalnya; dan ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan-NYA mengenai segala yang kamu 
kerjakan. – al-Munaafiquun [63] : 10-11

Bagi seseorang manusia yang banyak melakukan dosa seboleh-bolehnya pasti akan 
meminta untuk dilewatkan ajalnya walaupun hanya seketika demi untuk bertaubat 
kepada ALLAH S.W.T. dan mengerjakan amal-amal soleh tatkala hadirnya Malaikat 
Maut untuk mencabut nyawanya. Namun begitu permintaan tersebut tentunya akan 
ditempelak oleh Malaikat Maut kerana waktu datangnya ajal itu telah ditetapkan 
oleh ALLAH S.W.T. tanpa awal mahupun lewat walaupun sesaat.

APA ITU TAUBAT?

APAKAH KEUTAMAAN BERTAUBAT?

DOA YANG TERBAIK DALAM MEMOHON KEAMPUNAN?

ADAKAH ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT HAMBANYA YANG BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT?

Untuk bacaan selanjutnya sila ke alamat

http://akob73.blogspot.com/2008/11/mari-bertaubat.html



Kirim email ke