Assallamualaikum....

Nileh...dia Melayu yang cepat melatah tanpa melihat dulu kejayaan
anak-anak Melayu menguasai B.Inggeris. Tambahan lagi bila ianya
dipolitikkan oleh setengah pihak.

Hanya 3 matapelajaran saja dalam B.I ( Sains, Math & B.I ) selebihnya 
dalam bahasa Melayu, Cina & Tamil . Apakah ini dikatakan menderhaka 
pada bahasa ibunda ?. Apakah dengan 3 m/pelajaran ini akan terhapusnya
bahasa Melayu ?.
Kaum Cina menghalang dengan sekerasnya pembelajaran dalam B.I...dan
kita pun teruja sama mengikuti langkah tersebut. Niatnya nampak baik.....
Tapi sudahkah dikaji peratus kaum cina berbanding kaum Melayu yang
boleh menguasai B.I dengan baik ?. Sedih sekali anak Melayu lulusan
IPTA & IPTS bertutur dan menulis dalam B.I.
Jadi bagaimana mereka hendak bersaing dalam dunia sekarang ?.
Bagaimana mereka hendak bercakap dengan bangsa asing ?. Dengan
bahasa Melayu ke ?.
Jadi harus ke selamanya anak Melayu terus menjadi operator pengeluaran,
penyelia atau paling tinggi pun ketua penyelia ( dalam industri ) ?. 
Tak dapat dinafikan memang ada anak Melayu yang memang jawatan tinggi
dalam sektor perkilangan dll, tapi berapa peratus ?.

Sepatutnya Gapena mencari jalan mendaulatkan bahasa Melayu ke antarabangsa.
Sebagai contoh bahasa Jepun, jika nak pergi ke sana dalam sebarang urusan mesti
menggunakan bahasa mereka . Tapi dah lebih 50 tahun merdeka, masih takuk
lama juga malah semakin teruk kerana ada diantara warganegara Malaysia sendiri
masih tak tahu berbahasa Melayu.

Inileh dinamakan " kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi ". Tentang 
membangkang apa yang kerajaan buat walaupun hasilnya baik...memang 
tabik punya....tapi anak bangsa tersisih disebabkan kekurangan ini mereka 
tak tahu. Tak tahu disebabkan mereka tak bercampur dengan golongan begini.
Bercampur dengan golongan elit dan kelas atasan, bercakap tentang fakta dan
peratusan.....memang ok.
Bagaimana pula, golongan yang terdedah secara langsung dengan bangsa asing ?.
Mereka bukan kakitangan kerajaan....
Jumlah mereka adalah lebih ramai dari kakitangan awam.....

Fikir-fikirkan...

Wassallam








  ----- Original Message ----- 
  From: Paloma Perez 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Friday, December 26, 2008 12:13 PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu 
saman, perhimpunan 15 Februari


        Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu saman, perhimpunan 15 Februari 
        Oleh ARIFFUDDIN ISHAK




        PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tetap mahu 
mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika meneruskan dasar 
pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.




        Sehubungan itu badan tersebut menjelaskan, 31 Disember ini bukan bukan 
tarikh akhir sebenar yang diberikan kepada kerajaan berhubung pendiriannya.




        Ketua 1 Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, tarikh 
31 Disember bukanlah tarikh akhir badan meneruskan perancangannya menggunakan 
perundangan sebagai langkah susulan.




        "Kita masih berbincang dengan teman-teman dari bidang perundangan 
mengenai cara yang bagaimana boleh kita gunakan untuk selesaikan isu ini.




        "Kita juga masih tunggu keputusan kerajaan sama ada teruskan atau tidak 
dasar ini, tapi jika mereka teruskan maka kita akan tetap akan ambil tindakan 
undang-undang," katanya kepada mStar Online.




        Selasa lalu, Ketua 2 Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar 
menegaskan Gapena tidak berganjak dengan ketetapannya untuk mengambil tindakan 
undang-undang sewajaranya jika Kementerian Pelajaran meneruskan dasar itu yang 
dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu.




        Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk 
menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa 
Malaysia.

        Ismail menjelaskan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena hari ini akan 
turut membincangkan mengenai tindakan susulan mereka bagi menangani isu ini.




        Ismail turut menjelaskan bahawa Gapena masih belum berpuas hati dengan 
kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan 
mempertimbangkan mengenai pelaksanaan dasar tersebut.




        "Kenyataan menteri itu masih belum memuaskan kerana kami mewakili 
budayawan Melayu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.




        "Kalau hampir semua budayawan di negara ini keberatan dengan dasar ini, 
maka sudah pasti ada sesuatu yang kami dikuatiri," katanya.





        Beliau turut berharap agar kerajaan menimbangkan pandangan golongan 
budayawan yang mahukan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar dalam 
bahasa Malaysia.




        Ditanya mengenai perancangan susulan Gapena jika kerajaan menagguhkan 
untuk keputusan mengenai perkara ini, beliau berkata, gabungan itu juga sedang 
merangka untuk mengadakan satu perhimpunan khas bagi menyuarakan bantahan.




        "Kita rancang untuk adakan satu perhimpunan pada 15 Februari depan.

        "Pilihan tarikh berkenaan adalah simbolik kepada Perkara 152 
Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," 
katanya.




        Bagaimanapun jelasnya perkara itu masih berada dalam peringkat 
perbincangan.


       



   

Kirim email ke