Salam..
Itulah..tergambar sudah betapa ceteknya pemikiran pemimpin kita.
Bijak bermain politik tanpa mengkaji secara mendalam.

Kalau org kita tak pandai cakap omputeh, esok lusa nak carik makan camner?
Tengok je sekarang bila kerajaan mengambil dasar membawa lebih ramai pelajar 
antarabangsa,
terbayang tak betapa susahnya para kakitangan kerajaan yang berurusan dengan 
mereka hanya kerana mereka tidak dapat menguasai bahasa inggeris? jadi 
bagaimana kerajaan dapat mencapai wawasannya?
sekarang ni di tempat kerja saya, walau pengawal keselamatan pun diwajibkan 
belajar bahasa inggeris sebab nak cope up dengan situasi terkini.

Gapena ikut orang tanpa usul periksa.
Mmg org cina membantah penggunaan BI d sekolah, tapi itu luaran je...
lepas waktu kelas yg biasa, mereka adakan tusyen utk murid-murid bg menguasai 
BI, sebab tu diaorg pun suka kalau pemimpin melayu melaungkan anti BI, so dalam 
diam mereka akan dapat mengatasi orang melayu dalam sedikit masa lg.

Ni bukan komen berbau politik atau sebagainya, tapi inilah hakikatnya,
so pemimpin yang dikatakan nak 'mendaulatkan bahasa melayu' tu bukakle 
mata...jangan dok syok berkokok aje...
yang rugi nanti..KITA gak..

To: [email protected]
From:
Date: Wed, 24 Dec 2008 17:28:56 +0800
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu 
saman, perhimpunan 15 Februari























Assallamualaikum....

Nileh...dia Melayu yang cepat melatah tanpa melihat dulu
kejayaan
anak-anak Melayu menguasai B.Inggeris. Tambahan lagi bila
ianya
dipolitikkan oleh setengah pihak.

Hanya 3 matapelajaran saja dalam B.I ( Sains, Math & B.I )
selebihnya
dalam bahasa Melayu, Cina & Tamil . Apakah ini dikatakan
menderhaka
pada bahasa ibunda ?. Apakah dengan 3 m/pelajaran ini akan
terhapusnya
bahasa Melayu ?.
Kaum Cina menghalang dengan sekerasnya pembelajaran dalam
B.I...dan
kita pun teruja sama mengikuti langkah tersebut. Niatnya
nampak baik.....
Tapi sudahkah dikaji peratus kaum cina berbanding kaum Melayu
yang
boleh menguasai B.I dengan baik ?. Sedih sekali anak Melayu
lulusan
IPTA & IPTS bertutur dan menulis dalam B.I.
Jadi bagaimana mereka hendak bersaing dalam dunia sekarang
?.
Bagaimana mereka hendak bercakap dengan bangsa asing ?.
Dengan
bahasa Melayu ke ?.
Jadi harus ke selamanya anak Melayu terus menjadi operator
pengeluaran,
penyelia atau paling tinggi pun ketua penyelia ( dalam
industri ) ?.
Tak dapat dinafikan memang ada anak Melayu yang memang jawatan
tinggi
dalam sektor perkilangan dll, tapi berapa peratus
?.

Sepatutnya Gapena mencari jalan mendaulatkan bahasa Melayu ke
antarabangsa.
Sebagai contoh bahasa Jepun, jika nak pergi ke sana dalam
sebarang urusan mesti
menggunakan bahasa mereka . Tapi dah lebih 50 tahun merdeka,
masih takuk
lama juga malah semakin teruk kerana ada diantara warganegara
Malaysia sendiri
masih tak tahu berbahasa Melayu.

Inileh dinamakan " kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang
tahi ". Tentang
membangkang apa yang kerajaan buat walaupun hasilnya
baik...memang
tabik punya....tapi anak bangsa tersisih disebabkan kekurangan
ini mereka
tak tahu. Tak tahu disebabkan mereka tak bercampur dengan
golongan begini.
Bercampur dengan golongan elit dan kelas atasan, bercakap
tentang fakta dan
peratusan.....memang ok.
Bagaimana pula, golongan yang terdedah secara langsung dengan
bangsa asing ?.
Mereka bukan kakitangan kerajaan....
Jumlah mereka adalah lebih ramai dari kakitangan
awam.....

Fikir-fikirkan...

Wassallam









  ----- Original Message -----
  From:
  Paloma Perez
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Friday, December 26, 2008 12:13
  PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet]
  Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu saman, perhimpunan 15 Februari








        Bahasa
        Inggeris: Gapena tetap mahu saman, perhimpunan 15 Februari
        Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


        PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena)
        tetap mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika
        meneruskan dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam
        Bahasa Inggeris.


        Sehubungan itu badan tersebut menjelaskan, 31 Disember ini bukan
        bukan tarikh akhir sebenar yang diberikan kepada kerajaan berhubung
        pendiriannya.


        Ketua 1 Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, tarikh
        31 Disember bukanlah tarikh akhir badan meneruskan perancangannya
        menggunakan perundangan sebagai langkah susulan.


        "Kita masih berbincang dengan teman-teman dari bidang perundangan
        mengenai cara yang bagaimana boleh kita gunakan untuk selesaikan isu
        ini.


        "Kita juga masih tunggu keputusan kerajaan sama ada teruskan atau
        tidak dasar ini, tapi jika mereka teruskan maka kita akan tetap akan
        ambil tindakan undang-undang," katanya kepada mStar Online.


        Selasa lalu, Ketua 2 Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
        menegaskan Gapena tidak berganjak dengan ketetapannya untuk mengambil
        tindakan undang-undang sewajaranya jika Kementerian Pelajaran meneruskan
        dasar itu yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu.


        Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk
        menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada
        bahasa Malaysia.
        Ismail menjelaskan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena hari ini akan
        turut membincangkan mengenai tindakan susulan mereka bagi menangani isu
        ini.


        Ismail turut menjelaskan bahawa Gapena masih belum berpuas hati
        dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang
        akan mempertimbangkan mengenai pelaksanaan dasar tersebut.


        "Kenyataan menteri itu masih belum memuaskan kerana kami mewakili
        budayawan Melayu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.


        "Kalau hampir semua budayawan di negara ini keberatan dengan dasar
        ini, maka sudah pasti ada sesuatu yang kami dikuatiri," katanya.



        Beliau turut berharap agar kerajaan menimbangkan pandangan golongan
        budayawan yang mahukan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar
        dalam bahasa Malaysia.


        Ditanya mengenai perancangan susulan Gapena jika kerajaan menagguhkan
        untuk keputusan mengenai perkara ini, beliau berkata, gabungan itu juga
        sedang merangka untuk mengadakan satu perhimpunan khas bagi menyuarakan
        bantahan.


        "Kita rancang untuk adakan satu perhimpunan pada 15 Februari
        depan.
        "Pilihan tarikh berkenaan adalah simbolik kepada Perkara 152
        Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,"
        katanya.


        Bagaimanapun jelasnya perkara itu masih berada dalam peringkat
        perbincangan.



















_________________________________________________________________
See all the ways you can stay connected to friends and family
http://www.microsoft.com/windows/windowslive/default.aspx

Kirim email ke