Salam semua,

Rasanya ada cara yg lebih mudah utk tingkatkan kemahiran bahasa
Inggeris bagi SELURUH rakyat M'sia.
Kerajaan tak perlu belanja extra satu sen pun (malah mungkin
menjimatkan duit lagi.)

Keluarkan arahan supaya semua stesen TV (kalau tak berani sangat,
suruh TV1 & TV2 pun dah cukup rasanya) siarkan rancangan TV berbahasa
Inggeris tanpa SUBTITLE !

Berapa juta rakyat M'sia yg menonton CSI contohnya?
Berapa jam kanak2, remaja dan dewasa menonton TV setiap hari ?
Nah, sediakan kamus dan buku nota semasa menonton TV.
Kan boleh dijadikan aktiviti kekeluargaan. Tidak lah 'passive' semata2.

Kalau nakkan kesan yg lebih baik lagi, semua drama2 selain berbahasa
Inggeris bolehlah di SUBTITLED kan ke dalam bahasa Inggeris. Bukan
sahaja penonton boleh mempelajari'vocab'2 baru setiap hari, malah
filem/drama kita pun lebih mudah nak di ekspot keluar negeri (kalau
ceritanya berkualiti mestilah orang nak beli, betul tak?)

Kalau tanya bangsa lain mestilah mereka suka bahasa Inggeris dijadikan
bahasa pengantar.
Tanyalah Cikgu2 di sekolah2 kebangsaan, sebenarnya pengajaran
Matematik dan Sains dlm bahasa Inggeris ni banyak baik ke buruk ?

Anda percaya kah dengan keputusan peperiksaan yg diumumkan di TV tu ?
Rasa-rasanya berapakah markah yg anak2 kita perlu dapat dlm Sains dan
Matematik utk mendapatkan gred A ? 80%, 60%, 40% atau 20% ?
Macam nana nak tahu, dah skema pembahagian gred ini dirahsiakan, betul
tak ?

Nak kata semua bangsa yg maju menggunakkan bahasa Inggeris, pembohong
sangat lah kan ?
Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Iceland,
Israel, Italy, Japan, Luxembourg, Norway, Portugal, Spain, Sweeden &
Switzerland tak guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pun.
(refer: IMF Developed Country and Advanced Economy List)

-----------------------------------------------------------------------------------------
(sent on January 10, 2009)



Kirim email ke