Saya setuju sangat dengan pendapat En. Zalie.  Rozmal jgn tau mengutuk je.  
Kalau mahu orang berubah bukan dengan mengutuk-ngutuk.  Kita kene beri 
pendidikan dari awal lagi.  Jadi kalau rozmal dah kawin dan ada anak, didiklah 
anak dari sekarang dan kalau rozmal belum kawin yang pulak, bila nak kawin 
nanti jangan pulak rozmal buat kenduri gempak sekampung.  Atau adakah majlis 
perkahwinan si rozmal ni dulu buat kecil-kecilan aje cam orang kena tangkap 
basah tu.  Tu yang tak puas hati bila orang buat majlis besar-besaran tu.




To: [email protected]: Date: Sat, 3 Jan 2009 12:04:08 
+0800Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan








kenapa kau kutuk org n.sembilan negeri lain tak de mcm n.sembilan ke...cara kau 
tulis buat org rasa marah...suka hati la org nak buat kenduri mcm mana 
pun...dorg tak mintak pun duit kau....agak2 sket jaga sinsitiviti org...kita ni 
org melayu bukan org putih ke org hitam ke...kalau org melayu dah tentu org 
islam...org islam tak menghina sesama sendiri...
aku tak puas hati la cara kau bersuara...jgn tau mengutuk org je...
Razali husaini///
(zalie_brutal )--- Pada Rab, 24/12/08, [email protected] <[email protected]> 
menulis:
Daripada: [email protected] <[email protected]>Subjek: Help Palestine 
[hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkanKepada: "Ikhwanul 
Muslimun" <[email protected]>Tarikh: Rabu, 24 Disember, 2008, 9:21 PM


Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. 
Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya 
sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang 
kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.Khemahnya pula cukup 
canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur 
harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak 
ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam 
style.Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa 
sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin 
yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal 
belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang 
berwarna warni.Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter 
Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. 
Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, 
bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi 
kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA 
KHAABAAR ? Baru dengar.Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara 
yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak 
beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri 
Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata 
nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok 
Guru dah tunjukkan.Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai 
orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.Senang saja Datuk 
, suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan 
ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin 
daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.************ ********* ********* 
*Jangan dikomersialkan kenduri kahwinUtusan Malaysia 24 Dis 08JOHOR BAHRU 23 
Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi 
satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.Penasihat Majlis 
Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar 
diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis 
itu.Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau 
memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan 
pengantin bagi mengelakkan fitnah.Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai 
tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara 
serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan 
itu.Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya 
mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah."Bagaimanapun, dalam apa 
pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh 
kesederhanaan."Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan 
jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.http://www.utusan. 
com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 1224&pub= Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ 
Negeri&pg= dn_12.htm

Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon.Kini segalanya boleh dengan Yahoo! 
Messenger terbaru.






_________________________________________________________________
More than messages–check out the rest of the Windows Live™.
http://www.microsoft.com/windows/windowslive/

Kirim email ke