Saya setuju dengan pendapat Rozmal dan zainolkhair, memang rata-rata kita 
tengok banyak pembaziran masa kenduri kahwin..dah macam membebankan.  Buat 
macam2, yang kaya...kebanyakkannya peniaga2 yang bukan beragama Islam sebab 
pengeluar kebanyakkannye adalah orang bukan Islam....kita ni kebanyakkannye 
pengguna je...  Sudah tiba lah masanye kita insaf dan mengikut sunah...Jangan 
membazir!!!  Siapa yang terasa tu janganlah melenting...kita patut bersyukur 
alhamdulillah masih ada yang sedarkan kita.....


--- On Mon, 1/12/09, zainorkhair [email protected] <zainorkhair 
[email protected]> wrote:
From: zainorkhair [email protected] <zainorkhair [email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, January 12, 2009, 2:17 AM










    
            Saya setuju dengan saudara rozmal. Mungkin rozmal org n9 tu pasal 
cerita pasal org sana. Tapi hakikatnya satu malaya lebih kurang sama. Kalau 
sesetengah tempat kat melaka tu siap ada joget lambak dan karaoke lagi.

Saya tak rasakan rozmal nak mengutuk tetapi sekadar menyampaikan perkara yang 
berlaku depan mata. Memang pedas untuk diterima tetapi tu le hakikatnya. 


Nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam pun tak apa, bak kata org perak biar 
papa asal bergaya. Tapi kalau ikut agama lagi elok, jangan membazir. Mampu? ahh 
kalau dah terlebih mampu tu hulur le kat Palestin ke atau kat mana mana org 
miskin kat hujung kampung tu. Lebih baik dari menunjuk-nunjuk.


Biar le org nak kata kenduri macam kena tangkap basah, bukan pujian mereka 
menentukan kebahagian rumah tangga.

Wallahualam.

On Wed, Jan 7, 2009 at 1:51 PM,  <NorhasimahHanafiah> wrote:

















    
            


Saya setuju sangat dengan pendapat En. Zalie.  Rozmal jgn tau mengutuk je.  
Kalau mahu orang berubah bukan dengan mengutuk-ngutuk.  Kita kene beri 
pendidikan dari awal lagi.  Jadi kalau rozmal dah kawin dan ada anak, didiklah 
anak dari sekarang dan kalau rozmal belum kawin yang pulak, bila nak kawin 
nanti jangan pulak rozmal buat kenduri gempak sekampung.  Atau adakah majlis 
perkahwinan si rozmal ni dulu buat kecil-kecilan aje cam orang kena tangkap 
basah tu.  Tu yang tak puas hati bila orang buat majlis besar-besaran tu.




 





To: hidayah...@yahoogro ups.com
From: 
Date: Sat, 3 Jan 2009 12:04:08 +0800
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan












kenapa kau kutuk org n.sembilan negeri lain tak de mcm n.sembilan ke...cara kau 
tulis buat org rasa marah...suka hati la org nak buat kenduri mcm mana 
pun...dorg tak mintak pun duit kau....agak2 sket jaga sinsitiviti org...kita ni 
org melayu bukan org putih ke org hitam ke...kalau org melayu dah tentu org 
islam...org islam tak menghina sesama sendiri...

aku tak puas hati la cara kau bersuara...jgn tau mengutuk org je...


Razali husaini///
(zalie_brutal )

--- Pada Rab, 24/12/08, roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> menulis:


Daripada: roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com>

Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Tarikh: Rabu, 24 Disember, 2008, 9:21 PM





Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. 
Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan "simple" , makanannya 
sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang 
kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.


Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun 
pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang 
selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin 
berlapis-lapis macam-macam style.


Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. 
Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak 
sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada 
ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.


Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di 
rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada 
Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. 
Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin 
kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru 
dengar.


Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah 
bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan 
tetamu dan sanak saudara.

Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin 
anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri 
kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.


Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang 
buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.

Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB 
Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah 
untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.


************ ********* ********* *
Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan 
seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis 
perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar 
diadakan majlis itu.

Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau 
memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan 
pengantin bagi mengelakkan fitnah.


Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan 
untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan 
keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai 
kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.


"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan 
penuh kesederhanaan.

"Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula 
boros berlebihan sehingga membazir," katanya.


http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 1224&pub= 
Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_12.htm 





Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon.
Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru. 

 





check out the rest of the Windows Live™.
More than mail–Windows Live™ goes way beyond your inbox.
 More than messages

      

    
    
        
        
        
        


        


        
        
        
        
        




      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke