Saya setuju dengan saudara rozmal. Mungkin rozmal org n9 tu pasal cerita
pasal org sana. Tapi hakikatnya satu malaya lebih kurang sama. Kalau
sesetengah tempat kat melaka tu siap ada joget lambak dan karaoke lagi.

Saya tak rasakan rozmal nak mengutuk tetapi sekadar menyampaikan perkara
yang berlaku depan mata. Memang pedas untuk diterima tetapi tu le
hakikatnya.

Nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam pun tak apa, bak kata org perak biar
papa asal bergaya. Tapi kalau ikut agama lagi elok, jangan membazir. Mampu?
ahh kalau dah terlebih mampu tu hulur le kat Palestin ke atau kat mana mana
org miskin kat hujung kampung tu. Lebih baik dari menunjuk-nunjuk.

Biar le org nak kata kenduri macam kena tangkap basah, bukan pujian mereka
menentukan kebahagian rumah tangga.

Wallahualam.

On Wed, Jan 7, 2009 at 1:51 PM, <NorhasimahHanafiah> wrote:

>    Saya setuju sangat dengan pendapat En. Zalie.  Rozmal jgn tau mengutuk
> je.  Kalau mahu orang berubah bukan dengan mengutuk-ngutuk.  Kita kene beri
> pendidikan dari awal lagi.  Jadi kalau rozmal dah kawin dan ada anak,
> didiklah anak dari sekarang dan kalau rozmal belum kawin yang pulak, bila
> nak kawin nanti jangan pulak rozmal buat kenduri gempak sekampung.  Atau
> adakah majlis perkahwinan si rozmal ni dulu buat kecil-kecilan aje cam orang
> kena tangkap basah tu.  Tu yang tak puas hati bila orang buat majlis
> besar-besaran tu.
>
>
>
> ------------------------------
>
> To: [email protected]
> From:
> Date: Sat, 3 Jan 2009 12:04:08 +0800
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang
> menyusahkan
>
>
>     kenapa kau kutuk org n.sembilan negeri lain tak de mcm n.sembilan
> ke...cara kau tulis buat org rasa marah...suka hati la org nak buat kenduri
> mcm mana pun...dorg tak mintak pun duit kau....agak2 sket jaga sinsitiviti
> org...kita ni org melayu bukan org putih ke org hitam ke...kalau org melayu
> dah tentu org islam...org islam tak menghina sesama sendiri...
> aku tak puas hati la cara kau bersuara...jgn tau mengutuk org je...
>
> *Razali husaini///*
> *(*zalie_brutal *)*
>
>
> --- Pada *Rab, 24/12/08, [email protected] <[email protected]>* menulis:
>
> Daripada: [email protected] <[email protected]>
> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang
> menyusahkan
> Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
> Tarikh: Rabu, 24 Disember, 2008, 9:21 PM
>
>  Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih
> sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan "simple" ,
> makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain
> negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.
>
> Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun
> pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang
> selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad
> kahwin berlapis-lapis macam-macam style.
>
> Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa
> sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin
> yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal
> belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang
> berwarna warni.
>
> Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan
> di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik,
> tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya
> khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi
> kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA
> KHAABAAR ? Baru dengar.
>
> Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau
> dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra
> dengan tetamu dan sanak saudara.
>
> Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri
> kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila
> bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.
>
> Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni
> yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.
>
> Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh
> MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang
> bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.
>
> ************ ********* ********* *
> Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
> Utusan Malaysia 24 Dis 08
> JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan
> seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan
> keuntungan.
>
> Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis
> perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar
> diadakan majlis itu.
>
> Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau
> memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan
> pengantin bagi mengelakkan fitnah.
>
> Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan
> untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan
> keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.
>
> Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya
> mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.
>
> "Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya
> dengan penuh kesederhanaan.
>
> "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan
> pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.
>
> http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 1224&pub=
> Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= 
> dn_12.htm<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm>
>
>
> ------------------------------
> Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon.
> Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru.
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/messenger/maxwell/*http://my.messenger.yahoo.com/>
>
>
>
> ------------------------------
> check out the rest of the Windows Live™. More than mail–Windows Live™ goes
> way beyond your inbox. More than 
> messages<http://www.microsoft.com/windows/windowslive/>
>  
>

Kirim email ke