assalam saudara razali husaini (sedap nama tu..) maafkan saya kerana menyampuk..saudara jangan cepat melatah..saudara rozmal sekadar memberikan pendapat dan itu adalah kenyataan yang dilaluinya..
saya sendiri adalah berasal dari negeri sembilan..memang tidak semua yang begitu tapi kebanyakannya adalah begitu..tujuannya hanya sekadar memperingatkan kita semua termasuklah diri beliau sendiri supaya 'tidak membazir'..cubalah ambil 'positive'nya..kita kena selalu banyak bersabar (ingatan buat diri saya juga) kalau saudara nak tau saudara rozmal tu 'waghih kito' juga..cuba lawati blognya http://waghih. blogspot.com saya tidak mengenali beliau tapi nama beliau antara yang kerap/active dalam group ini.. hidup kita ini entahkan esok, lusa atau tulat Tuhan nak ambil nyawa, kenapa kita nak nak 'stress'..kasihanilah jantung kita dia bekerja kuat kan bila kita marah..? nanti tiba2 dia berhenti macamana? ..dan lagi satu di zaman yang dah nak akhir zaman ni "melayu belum tentu islam" kerana ada melayu yang dah murtad dan nak murtad..astarafirullahhallazhim!! Wassalam bersamalah kita hayati kata2 di bawah.. Sikap rendah hati bisa menimbulkan kekuatan hati nurani. Karena sikap rendah hati mengandung 3 hal. 1. Orang yg memiliki sikap rendah hati akan mampu melupakan hal-hal yang telah berlalu.. pengalaman2 buruk yg pernah menimpanya. Dg kemampuan melupakan pengalaman buruk tsb akan membuat pikiran dan hati nuraninya bersih/tdk stres sehingga hatinyatdk jadi Pendendam. 2. Sikap rendah hati akan mampu menjalani/menghadap i permasalahan dengan sabar. Bagaimanapun masalah yg kita hadapi, jalani dengan senang hati dan ikhlas, tdk ngedumel. Para Pakar Psikolog mengatakan”Kekuatan berpikir seseorang mampu menimbulkan kenyataan”. Maka hadapi permasalahan dengan kekuatan berpikir yg positif, InsyaAllah Allah akan meridhoi. 3. Sikap rendah hati dalam menghadapi permasalahan selalu semangat, dan Pasrah bagaimanapun hasilnya. Karena kalah-menang, berhasil-tidak berhasil semua itu ada yg mengatur, yg penting kita harus berusaha semaksimal mungkin. Bila tidak berhasil lepaskan! ..Terimalah dengan ikhlas!..dan Pasrah! Waahh..alangkah indahnya hati kita bila bisa bersikap rendah hati, hati kita akan tentram, damai, tidak pendendam, tidak sakit, kita tidak serakah, tidak sewenang-wenang, kita akan mampu membatasi keinginan yg berlebihan dan tentunya kita akan mampu menghormati hak-hak orang lain..indahnya hidup ini. Inilah kekuatan hati nurani. Dalam buku yang ditulis oleh Bapak Letjen TNI Harseno (Purn.) yang berjudul “Kekuatan Hati Nurani” (nota: seperti yang pernah di kirim oleh seorang sahabat di dlm group ini) ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Saturday, January 3, 2009 12:04:08 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan kenapa kau kutuk org n.sembilan negeri lain tak de mcm n.sembilan ke...cara kau tulis buat org rasa marah...suka hati la org nak buat kenduri mcm mana pun...dorg tak mintak pun duit kau....agak2 sket jaga sinsitiviti org...kita ni org melayu bukan org putih ke org hitam ke...kalau org melayu dah tentu org islam...org islam tak menghina sesama sendiri... aku tak puas hati la cara kau bersuara...jgn tau mengutuk org je... Razali husaini/// (zalie_brutal ) --- Pada Rab, 24/12/08, roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> menulis: Daripada: roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Tarikh: Rabu, 24 Disember, 2008, 9:21 PM Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik. Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style. Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni. Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar. Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara. Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan. Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau. Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan. ************ ********* ********* * Jangan dikomersialkan kenduri kahwin Utusan Malaysia 24 Dis 08 JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan. Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah. Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu. Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah. "Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya. http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 1224&pub= Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_12.htm ________________________________ Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon. Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru.
