Assallamualaikum...

Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya
" kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak
menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin
ye tak ?.

Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun 
dari parti mana,  jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama ( sama
sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( semestinya
duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja.
Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH
PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN.

Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin
bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.....Jika perancangan Anwar untuk
mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, apakah
ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?.
Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?.
Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu
yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di 
Perak 
sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh Anwar
semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( 
mungkin
duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan segelintir
nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah
beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu.
Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan siapa 
sekarang ?
Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN
PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH "

Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu dulu, PR
MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa dah
jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu tak 
sampai
pulak saman menyaman....Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa atas 
perlantikkan
MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di dunia aje )  dah 
halau dah...
esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi muka 
Sultan...tak malu
ke ?. 
Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP. Inileh akibatnya 
jika berkawan
dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka . Sepertimana 
negara Arab
bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh SAUDARA SEAGAMA,
mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata.....asyik-asyik nak berbincang 
sedangkan 
dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi perbincangan. Lagi 
buruk
berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka.

Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN . Jangan jadi 
seperti
perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR YANG 
MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG 
TAHI ".

Wassallam
 




  ----- Original Message ----- 
  From: amirul rahman 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM
  Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan 
MP dari PAKATAN


  Salam, 

  Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN tu, kita rasakan 
mungkin mereka agenda mereka tersendiri.
  Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP, sementelah dia adalah 
Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP menjadi calon bebas. 
  Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan prinsipnya, tidak seperti 
ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai agenda tersendiri..

  Sesiapa boleh komen?




------------------------------------------------------------------------------
  To: [email protected]
  From: 
  Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN


  SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN
  Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT oleh TokBatin 
  Oleh tantawi08

  "
  Iklim
  politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
  pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
  sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
  pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

  Cukup
  jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
  diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
  karaahiyatul maut .

  Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha 
Perkasa lagi Maha Bijaksana .

  Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] 
PAKATAN RAKYAT .

  Tatkala
  kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan suci
  bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam
  sistem politik negara ini ,

  jua
  membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengan
  dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di atas
  landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosa
  dan harmoni .

  Malah
  kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk mereka
  keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahan
  zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .

  Biarpun
  tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita
  , namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentuk
  iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata - rata rakyat
  mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita .

  Alhamdulillah
  kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbir
  oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahun
  yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yang
  singkat .

  Ya
  .... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakah
  kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai
  pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantas
  kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadap
  amanah dan mandat rakyat .

  Ujian
  ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yang
  kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yang
  tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak ,
  hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antara
  kriteria yang mesti dimiliki semua kita .

  Gopoh
  , tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pula
  adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasai
  diri dan minda kita .

  Realiti yang perlu diteliti

  Mazmumah
  adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerang
  dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya.
  Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat dan pudar sejurus
  dijangkiti virus mazmumah ini .

  Sebaliknya
  , jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesan
  jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa .

  Pastinya
  vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampu
  menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik atau
  pemakainya hebat dan kuat anti body .

  Kita
  tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui oleh
  Kerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri dengan
  kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musim
  ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir .

  Lebih
  getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanya
  dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusi
  tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ]
  pada masa itu .

  Pelbagai
  helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaan
  pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Cara
  baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan oleh
  UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosa
  dan neraka .

  Berbekalkan
  kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamat
  musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi
  Dewan Undangan Negeri Kelantan .

  Keupayaan
  dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan
  , tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukar
  dilunturkan oleh virus mazmumah .

  Saya
  masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengan
  kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yang
  ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgit
  itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadai
  maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkan
  Kerajaan negeri Kelantan .

  Tawaran setengah juta di tolak ? 

  Apakah
  Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya ...
  seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUN
  Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengan
  tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [
  sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal 
dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti .

  Sekalung
  tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahu
  harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia .

  Sikap
  dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MP
  PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali .
  Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwara
  politik murahan yang memualkan .

  Bayangkanlah
  , betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agar
  menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepada
  PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak atau
  kuat cacangnya .

  Ingatlah
  , kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi
  memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu
  penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuah
  negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas
  rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah
  guna kuasa .

  Matlamat
  yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yang
  kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai muka
  diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanya
  bermula dari episode sebuah pengkhianatan .

  Iklim
  politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
  pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
  sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
  pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

  Cukup
  jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
  diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
  karaahiyatul maut ." 



  

Kirim email ke