Mereka-mereka yang dok kata yang dok lompat katak kat Perak tu sama saja dengan apa yang Anwar nak buat dulu untuk jayakan misi 916. Golongan ni Allah beri akal tapi tak mau fikir maka mereka main ikut-ikut saja, mereka tak mau guna akal yang Allah beri dan tak mau melihat dengan mata yang Allah beri. Macam kita bila sedang memandu dan jumpa sekawan lembu bila ada sekor melintas yang lain pun ikut melintas lah. Yang ikut tu tak peduli dah nak kena langgar kereta ka lori ka. Manusia pun ada juga yang gitu. Bila Nabi ajak kepada Islam mereka kata mereka percaya apa yang nenek moyang mereka percaya biarlah agama nenek moyang mereka itu langsung tak masuk akal. Macam di zaman Nabi Ibrahim yang dok sembah berhala yang tak bernyawa yang tak boleh buat apa-apa sampai Nabi Ibrahim ketok patah tangan patah tengkok pun mereka percaya juga berhala tu tuhan mereka. Mereka kata itu yang diajar datuk nenek mereka macam tu juga hari ini puak yang mengatakan apa kurang nya yang Anwar nak buat nak beli orang-orang UMNO/BN untuk misis 916 dulu sebab mereka dok dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN cakap macam tu. Pada hal tak ada pula kita dengan BPR tangkap puak Anwar dok rasuah nak beli orang-orang UMNO/BN. Yang kat Perak dok lompat tu entah berapa kali punya rasuah pun tak tau. Tapi biarlah BPR siasat masalah nya BPR pun tak berani siasat, dah kalau Najib kata jangan siasat berani ka nak siasat ??!! "Siasat yang orang lain beri masa jadi EXCO cukuplah tapi la ni depa dah jadi orang kami, siasatlah yang tu sikit-sikit !! Jangan siasat yang aku beri sudahlah !!? " agak nya macam tu la kut arahan Najib. Katanya SPRM yang baru ditubuh lebih diharap nak benteras rasuah pun dua kali lima saja !! Jadi eloklah kita guna akal sikit buat perbandingan betul-betul jangan dok main ikut-ikut saja apa pemimpin UMNO kata, jangan jadi macam lembu. Lembu pun ada juga kadang-kadang payah nak heret ke satu satu tempat dia tak mau ikut. Puas berentap. Paling tidak pun kalau tak mau pikir jadilah lembu yang macam tu !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Mon, 2/9/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Monday, February 9, 2009, 11:59 PM Nampak macam sama tapi tak serupa.. Misinya utk mengubah kerajaan, tumpuannya ahli2 DUN atau PARLIMEN utk melompat parti, sama ada yg menggerakkan oleh Anwar di bawah bendera Pakatan Rakyat, mahupun Najib di bawah bendera Barisan Nasional.. Yang tak serupanya, semasa Anwar Ibrahim dengan misi 16 Septembernya, dia cuba lakukan dengar cara yg berhemah..(terpulan g pada pandangan masing2 dari kenyataan ini)...iaitu misi ingin dicapai, undang-undang dipatuhi, tanpa rasuah yg nyata dan tersembunyi, tanpa culik menculik, dan juga tanpa kekalutan dan kegawatan rakyatnya..mungkin ramai antara kita terlupa kronologi pembabitan Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi 916 tersebut..: 1) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, menyatakan Pakatan Rakyat sudah cukup korum untuk memerintah. Justeru itu, beliau memanggil Pak Lah untuk berunding tentang pertukaran kerajaan. Tapi tak berjaya...langkah seterusnya; 2) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, mendesak agar diadakan sidang khas parlimen dimana undian tidak percaya akan dijalankan. Malangnya surat tidak dijawab. Malah semua ahli MP BN telah 'diculik' ke Taiwan. Melihatkan perbezaan di atas, adalah amat jelas apa yg cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim, ingin memastikan pertukaran kerajaan mengikut lunas undang2 dan peraturan yang sedia ada. Selagi mana ada ruang perubahan yang diperlukan demi kesejahteraan rakyat, saya yakin dan percaya Pakatan Rakyat amat menitik beratkan soal kepatuhan kepada undang2 dan juga mengelakkan kekacauan di kalangan rakyat. Walaupun kita maklum dengan 'tidak berjayanya' (bukan GAGAL) plan 916 tersebut, semuanya tetap akur dengan perkembangan tersebut. Tidak pula timbul utk menggunakan cara, seperti mana yang Najib amalkan sekarang ini. Mula-mula melobi, lepas tu merasuah, selebihnya menculik, lepas tu mengugut, menggunakan kuasa dan apa saja ruang utk dieksploitasi termasuk SPR yg tidak menerima diadakan pilihanraya kecil walaupun sahih telah mendapat pengesahan dari speaker dewan undangan negeri. Apa lagi? berlindung di sebalik kuasa sultan, dan sekarang beragenda di sebalik peranan media songsang buangan rakyat menayangkan eksploitasi murahan yg dimainkan setiap hari di media perdana kununnya YAB Nizar penderhaka. Kita hanya melihat cerita dan mengulas pengakhiran cerita tapi lupa tentang senario keseluruhan cerita. macam ada penyakit 'Daya Ingatan Singkat'. Habis je cerita, terus puji Hero a.k.a Malaun, lupa tentang watak2 penting yg lain. Aduhai...~ BUKAN SOAL BOLEH BUAT ATAU TAK BOLEH BUAT..MASALAHNYA ORANG BUAT FILEM UNTUK ORANG BERFIKIR, BUKAN BUAT FILEM BODOH DAN INGAT BOLEH BODOHKAN RAKYAT. "abu samah" Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com 02/10/2009 06:19 AM Please respond to hidayah...@yahoogro ups.com To "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN Assallamualaikum. .. Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya " kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin ye tak ?. Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun dari parti mana, jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama ( sama sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( semestinya duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja. Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN. Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.... .Jika perancangan Anwar untuk mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, apakah ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?. Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?. Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di Perak sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh Anwar semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( mungkin duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan segelintir nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu. Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan siapa sekarang ? Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH " Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu dulu, PR MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa dah jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu tak sampai pulak saman menyaman.... Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa atas perlantikkan MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di dunia aje ) dah halau dah... esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi muka Sultan...tak malu ke ?. Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP. Inileh akibatnya jika berkawan dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka . Sepertimana negara Arab bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh SAUDARA SEAGAMA, mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata. ....asyik- asyik nak berbincang sedangkan dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi perbincangan. Lagi buruk berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka. Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN . Jangan jadi seperti perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR YANG MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG TAHI ". Wassallam ----- Original Message ----- From: amirul rahman To: Ikhwanul Muslimun Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN Salam, Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN tu, kita rasakan mungkin mereka agenda mereka tersendiri. Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP, sementelah dia adalah Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP menjadi calon bebas. Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan prinsipnya, tidak seperti ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai agenda tersendiri.. Sesiapa boleh komen? To: hidayah...@yahoogro ups.com From: Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800 Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT oleh TokBatin Oleh tantawi08 " Iklim politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut pula di pusat lelongan pasar borong Gombak . Cukup jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa karaahiyatul maut . Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana . Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] PAKATAN RAKYAT . Tatkala kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan suci bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam sistem politik negara ini , jua membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengan dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di atas landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosa dan harmoni . Malah kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk mereka keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahan zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama . Biarpun tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita , namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentuk iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata - rata rakyat mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita . Alhamdulillah kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbir oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahun yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yang singkat . Ya .... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakah kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantas kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadap amanah dan mandat rakyat . Ujian ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yang kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yang tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak , hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antara kriteria yang mesti dimiliki semua kita . Gopoh , tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pula adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasai diri dan minda kita . Realiti yang perlu diteliti Mazmumah adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerang dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya. Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat dan pudar sejurus dijangkiti virus mazmumah ini . Sebaliknya , jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesan jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa . Pastinya vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampu menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik atau pemakainya hebat dan kuat anti body . Kita tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui oleh Kerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri dengan kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musim ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir . Lebih getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanya dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusi tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ] pada masa itu . Pelbagai helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaan pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Cara baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan oleh UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosa dan neraka . Berbekalkan kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamat musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan . Keupayaan dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan , tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukar dilunturkan oleh virus mazmumah . Saya masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengan kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yang ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgit itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadai maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkan Kerajaan negeri Kelantan . Tawaran setengah juta di tolak ? Apakah Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya ... seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUN Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengan tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [ sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti . Sekalung tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahu harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia . Sikap dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MP PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali . Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwara politik murahan yang memualkan . Bayangkanlah , betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agar menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepada PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak atau kuat cacangnya . Ingatlah , kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuah negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah guna kuasa . Matlamat yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yang kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai muka diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanya bermula dari episode sebuah pengkhianatan . Iklim politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut pula di pusat lelongan pasar borong Gombak . Cukup jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa karaahiyatul maut ."
