Assalamualaikum.... Kenyataan lompat parti itu semua hanya kempen perang saraf aje nak tengok jugak siapa yang melatah nanti tiba2 BN pulak yg menunjukan budaya lompat parti jadi kenyataan. Sekarang apa dah jadi.....siapa yang termakan umpan Anwar. Untuk Negeri baik di bubar kan parlimen adakan sekali lagi pilihanraya supaya semua rasa puas hati. Biarlah rakyat yang menentukan dalam pilihanraya. Sepatut nya tuan punya negeri berbuat begitu barulah di kata tuan yang adil. Wassalam
To: [email protected]: Date: Sat, 7 Feb 2009 09:51:01 +0800Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN Assallamualaikum... Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya " kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin ye tak ?. Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun dari parti mana, jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama ( sama sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( semestinya duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja. Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN. Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.....Jika perancangan Anwar untuk mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, apakah ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?. Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?. Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di Perak sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh Anwar semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( mungkin duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan segelintir nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu. Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan siapa sekarang ? Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH " Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu dulu, PR MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa dah jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu tak sampai pulak saman menyaman....Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa atas perlantikkan MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di dunia aje ) dah halau dah... esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi muka Sultan...tak malu ke ?. Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP. Inileh akibatnya jika berkawan dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka . Sepertimana negara Arab bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh SAUDARA SEAGAMA, mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata.....asyik-asyik nak berbincang sedangkan dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi perbincangan. Lagi buruk berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka. Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN . Jangan jadi seperti perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR YANG MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG TAHI ". Wassallam ----- Original Message ----- From: amirul rahman To: Ikhwanul Muslimun Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN Salam, Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN tu, kita rasakan mungkin mereka agenda mereka tersendiri.Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP, sementelah dia adalah Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP menjadi calon bebas. Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan prinsipnya, tidak seperti ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai agenda tersendiri..Sesiapa boleh komen? To: [email protected]: Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATANDilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT oleh TokBatin Oleh tantawi08"Iklimpolitik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan olehpengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sanasini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayutpula di pusat lelongan pasar borong Gombak .Cukupjijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai padadiri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wakaraahiyatul maut .Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] PAKATAN RAKYAT .Tatkalakita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan sucibersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalamsistem politik negara ini ,juamembasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengandalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di ataslandasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosadan harmoni .Malahkita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk merekakeluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahanzalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .Biarpuntidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita, namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentukiklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata - rata rakyatmula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita .Alhamdulillahkita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbiroleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahunyang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yangsingkat .Ya.... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakahkita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagaipentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantaskita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadapamanah dan mandat rakyat .Ujianini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yangkuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yangtabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak ,hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antarakriteria yang mesti dimiliki semua kita .Gopoh, tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pulaadalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasaidiri dan minda kita .Realiti yang perlu ditelitiMazmumahadalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerangdan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya.Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat dan pudar sejurusdijangkiti virus mazmumah ini .Sebaliknya, jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesanjangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa .Pastinyavaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampumenghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik ataupemakainya hebat dan kuat anti body .Kitatentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui olehKerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri dengankelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musimekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir .Lebihgetir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanyadimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusitersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ]pada masa itu .Pelbagaihelah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaanpimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Carabaik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan olehUMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosadan neraka .Berbekalkankelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamatmusim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusiDewan Undangan Negeri Kelantan .Keupayaandan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan, tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukardilunturkan oleh virus mazmumah .Sayamasih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengankelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yangditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgititu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadaimaruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkanKerajaan negeri Kelantan .Tawaran setengah juta di tolak ? ApakahCikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya ...seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUNPasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengantawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti .Sekalungtahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahuharga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia .Sikapdan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MPPAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali .Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwarapolitik murahan yang memualkan .Bayangkanlah, betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agarmenyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepadaPAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak ataukuat cacangnya .Ingatlah, kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagimemperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satupenyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuahnegara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebasrasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salahguna kuasa .Matlamatyang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yangkelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai mukadiludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanyabermula dari episode sebuah pengkhianatan .Iklimpolitik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan olehpengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sanasini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayutpula di pusat lelongan pasar borong Gombak .Cukupjijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai padadiri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wakaraahiyatul maut ." _________________________________________________________________ NEW! Get Windows Live FREE. http://www.get.live.com/wl/all
