Nampak macam sama tapi tak serupa..
Misinya utk mengubah kerajaan, tumpuannya ahli2 DUN atau PARLIMEN utk 
melompat parti, sama ada yg menggerakkan oleh Anwar di bawah bendera 
Pakatan Rakyat, mahupun Najib di bawah bendera Barisan Nasional..

Yang tak serupanya, semasa Anwar Ibrahim dengan misi 16 Septembernya, dia 
cuba lakukan dengar cara yg berhemah..(terpulang pada pandangan masing2 
dari kenyataan ini)...iaitu misi ingin dicapai, undang-undang dipatuhi, 
tanpa rasuah yg nyata dan tersembunyi, tanpa culik menculik, dan juga 
tanpa kekalutan dan kegawatan rakyatnya..mungkin ramai antara kita terlupa 
kronologi pembabitan Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi 916 tersebut..:

1) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, menyatakan Pakatan 
Rakyat sudah cukup korum untuk memerintah. Justeru itu, beliau memanggil 
Pak Lah untuk berunding tentang pertukaran kerajaan. Tapi tak 
berjaya...langkah seterusnya;

2) Menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, mendesak agar diadakan 
sidang khas parlimen dimana undian tidak percaya akan dijalankan. 
Malangnya surat tidak dijawab. Malah semua ahli MP BN telah 'diculik' ke 
Taiwan.

Melihatkan perbezaan di atas, adalah amat jelas apa yg cuba dilakukan oleh 
Anwar Ibrahim, ingin memastikan pertukaran kerajaan mengikut lunas undang2 
dan peraturan yang sedia ada. Selagi mana ada ruang perubahan yang 
diperlukan demi kesejahteraan rakyat, saya yakin dan percaya Pakatan 
Rakyat amat menitik beratkan soal kepatuhan kepada undang2 dan juga 
mengelakkan kekacauan di kalangan rakyat. Walaupun kita maklum dengan 
'tidak berjayanya' (bukan GAGAL) plan 916 tersebut, semuanya tetap akur 
dengan perkembangan tersebut. Tidak pula timbul utk menggunakan cara, 
seperti mana yang Najib amalkan sekarang ini.

Mula-mula melobi, lepas tu merasuah, selebihnya menculik, lepas tu 
mengugut, menggunakan kuasa dan apa saja ruang utk dieksploitasi termasuk 
SPR yg tidak menerima diadakan pilihanraya kecil walaupun sahih telah 
mendapat pengesahan dari speaker dewan undangan negeri. Apa lagi? 
berlindung di sebalik kuasa sultan, dan sekarang beragenda di sebalik 
peranan media songsang buangan rakyat menayangkan eksploitasi murahan yg 
dimainkan setiap hari di media perdana kununnya YAB Nizar penderhaka. 

Kita hanya melihat cerita dan mengulas pengakhiran cerita tapi lupa 
tentang senario keseluruhan cerita. macam ada penyakit 'Daya Ingatan 
Singkat'. Habis je cerita, terus puji Hero a.k.a Malaun, lupa tentang 
watak2 penting yg lain. Aduhai...~

BUKAN SOAL BOLEH BUAT ATAU TAK BOLEH BUAT..MASALAHNYA ORANG BUAT FILEM 
UNTUK ORANG BERFIKIR, BUKAN BUAT FILEM BODOH DAN INGAT BOLEH BODOHKAN 
RAKYAT.




"abu samah" 
Sent by: [email protected]
02/10/2009 06:19 AM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN









Assallamualaikum...
 
Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya
" kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak
menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin
ye tak ?.
 
Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun 
dari parti mana,  jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama ( sama
sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( 
semestinya
duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja.
Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH
PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN.
 
Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin
bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.....Jika perancangan Anwar 
untuk
mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, 
apakah
ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?.
Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?.
Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu
yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di 
Perak 
sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh 
Anwar
semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( 
mungkin
duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan 
segelintir
nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah
beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu.
Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan 
siapa sekarang ?
Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN
PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH "
 
Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu 
dulu, PR
MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa 
dah
jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu 
tak sampai
pulak saman menyaman....Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa atas 
perlantikkan
MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di dunia aje )  
dah halau dah...
esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi muka 
Sultan...tak malu
ke ?. 
Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP. Inileh 
akibatnya jika berkawan
dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka . Sepertimana 
negara Arab
bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh SAUDARA 
SEAGAMA,
mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata.....asyik-asyik nak 
berbincang sedangkan 
dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi perbincangan. 
Lagi buruk
berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka.
 
Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN . Jangan 
jadi seperti
perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR YANG 
MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG 
TAHI ".
 
Wassallam
 
 
 
 
 
----- Original Message ----- 
From: amirul rahman 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN 
dan MP dari PAKATAN

Salam, 

Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN tu, kita rasakan 
mungkin mereka agenda mereka tersendiri.
Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP, sementelah dia 
adalah Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP menjadi calon bebas. 
Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan prinsipnya, tidak 
seperti ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai agenda tersendiri..

Sesiapa boleh komen?

To: [email protected]
From: 
Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800
Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan 
MP dari PAKATAN

SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN
Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT oleh TokBatin 
Oleh tantawi08

"
Iklim
politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

Cukup
jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
karaahiyatul maut .

Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha 
Perkasa lagi Maha Bijaksana .

Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] 
PAKATAN RAKYAT .

Tatkala
kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan suci
bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam
sistem politik negara ini ,

jua
membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengan
dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di atas
landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosa
dan harmoni .

Malah
kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk mereka
keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahan
zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .

Biarpun
tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita
, namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentuk
iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata - rata rakyat
mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita .

Alhamdulillah
kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbir
oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahun
yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yang
singkat .

Ya
.... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakah
kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai
pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantas
kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadap
amanah dan mandat rakyat .

Ujian
ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yang
kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yang
tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak ,
hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antara
kriteria yang mesti dimiliki semua kita .

Gopoh
, tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pula
adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasai
diri dan minda kita .

Realiti yang perlu diteliti

Mazmumah
adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerang
dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya.
Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat dan pudar sejurus
dijangkiti virus mazmumah ini .

Sebaliknya
, jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesan
jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa .

Pastinya
vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampu
menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik atau
pemakainya hebat dan kuat anti body .

Kita
tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui oleh
Kerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri dengan
kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musim
ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir .

Lebih
getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanya
dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusi
tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ]
pada masa itu .

Pelbagai
helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaan
pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Cara
baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan oleh
UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosa
dan neraka .

Berbekalkan
kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamat
musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi
Dewan Undangan Negeri Kelantan .

Keupayaan
dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan
, tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukar
dilunturkan oleh virus mazmumah .

Saya
masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengan
kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yang
ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgit
itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadai
maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkan
Kerajaan negeri Kelantan .

Tawaran setengah juta di tolak ? 

Apakah
Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya ...
seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUN
Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengan
tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [
sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal 
dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti .

Sekalung
tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahu
harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia .

Sikap
dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MP
PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali .
Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwara
politik murahan yang memualkan .

Bayangkanlah
, betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agar
menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepada
PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak atau
kuat cacangnya .

Ingatlah
, kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi
memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu
penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuah
negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas
rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah
guna kuasa .

Matlamat
yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yang
kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai muka
diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanya
bermula dari episode sebuah pengkhianatan .

Iklim
politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

Cukup
jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
karaahiyatul maut ." 


Kirim email ke