SAYA MENASIHATKAN KERAJAAN KEDAH DAN SELANGOR AGAR MENUTUP SELURUH INDUSTRI 
BABI KERANA INDUSTRI TERSEBUT ADALAH HARAM DISISI ALLAH DAN MENJADI BALA KEPADA 
SELURUH MANUSIA..
 
UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 17/08/2009


.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}









Kanada sedia dana RM241j henti industri babi
WINNIPEG, Manitoba 16 Ogos - Kanada akan memperuntukkan sehingga C$75 juta 
(RM241 juta) bagi menggalakkan penternak babi berhenti beroperasi selain 
menawarkan pinjaman untuk membantu menstruktur semula ladang babi yang berdaya 
maju.
Menteri Pertanian, Gerry Ritz mengumumkan dana bantuan jangka panjang untuk 
industri itu, semalam.
"Kita tahu penternak-penternak babi di negara ini boleh mencapai keuntungan 
semula tetapi kita perlu berhadapan dengan realiti cabaran dalam usaha 
menjadikan industri daging babi di negara ini kompetitif dan stabil," jelas 
Ritz di pusat penyelidikan universiti pertanian.
Selain itu, kerajaan juga akan meminta peladang-peladang menjana dana untuk 
menghentikan produk hasil babi sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.
Peladang-peladang telah membuat aduan bahawa mereka kerugian C$40 (RM129) untuk 
seekor babi yang dijual berikutan kosnya yang tinggi sehingga memaksa mereka 
menjualnya pada harga potongan rendah.
Institusi kewangan akan menawarkan pinjaman jangka panjang pada kadar pasaran 
yang disokong oleh kerajaan bagi membolehkan penstrukturan semula ladang-ladang 
babi dijalankan.
Kredit jangka pendek turut akan disediakan bagi menampung kos operasi seperti 
makanan dan bayaran gaji.
Selain itu, kerajaan juga akan memperuntukan dana sebanyak C$17 juta (RM55 
juta) bagi mencari pelanggan baru untuk hasil daging babi negara tersebut.
Industri babi Kanada menghadapi krisis terbesarnya dalam tempoh 60 tahun, 
dengan harga makanan yang tinggi, apungan mata wang Kanada, undang-undang 
pelabelan makanan termasuk pengharaman eksport melibatkan kira-kira 1,000 
penternak babi atau 11 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
Keadaan itu mengakibatkan industri babi di negara tersebut sedikit ketinggalan 
sejak kebelakangan ini. - REUTERS


      

Kirim email ke