Salam Ramadhan buat semua

Saya ingin menjawab persoalan yang di bangkitkan [email protected]
yang mencadangkan Kerajaan Islam Kedah dan Selangor menutup Industri Babi?

Adakah Kerajaan Kedah dan Selangor sahaja Islam?
Kerajaan lain bagaimana?

Perlulah di ingati bahawa kuasa menutup sebarang industri bukan kuasa kerajaan 
negeri.
Jika kerajaan negeri menghalang sekali pun, tapi di izinkan oleh kerajaan pusat 
tiada maknanya

Usaha ini memerlukan dokongan serta sokongan kedua pihak dan saling bekerjsama 
dalam isu yang menjaga kepentingan Islam

Apa pun cadang yang di beri oleh saudata [email protected] amat lah bernas dan 
boleh di jadikan landasan untuk semua kerajaan Islam di malaysia menutup 
industri babi yg ada terutama kerajaan melaka seperti mana yg kita dengar dahulu

Wasalam

--- Pada Isn, 17/8/09, [email protected] <[email protected]> menulis:

Daripada: [email protected] <[email protected]>
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] SELAIN KERAJAAN ISLAM SEDANG MENUTUP 
INDUSTRI BABI TETAPI KEDAH & SELANGOR BELUM LAGI
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Tarikh: Isnin, 17 Ogos, 2009, 11:51 PM






 







SAYA MENASIHATKAN KERAJAAN KEDAH DAN SELANGOR AGAR MENUTUP SELURUH INDUSTRI 
BABI KERANA INDUSTRI TERSEBUT ADALAH HARAM DISISI ALLAH DAN MENJADI BALA KEPADA 
SELURUH MANUSIA..
 
UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 17/08/2009









Kanada sedia dana RM241j henti industri babi
WINNIPEG, Manitoba 16 Ogos - Kanada akan memperuntukkan sehingga C$75 juta 
(RM241 juta) bagi menggalakkan penternak babi berhenti beroperasi selain 
menawarkan pinjaman untuk membantu menstruktur semula ladang babi yang berdaya 
maju.
Menteri Pertanian, Gerry Ritz mengumumkan dana bantuan jangka panjang untuk 
industri itu, semalam.
"Kita tahu penternak-penternak babi di negara ini boleh mencapai keuntungan 
semula tetapi kita perlu berhadapan dengan realiti cabaran dalam usaha 
menjadikan industri daging babi di negara ini kompetitif dan stabil," jelas 
Ritz di pusat penyelidikan universiti pertanian.
Selain itu, kerajaan juga akan meminta peladang-peladang menjana dana untuk 
menghentikan produk hasil babi sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.
Peladang-peladang telah membuat aduan bahawa mereka kerugian C$40 (RM129) untuk 
seekor babi yang dijual berikutan kosnya yang tinggi sehingga memaksa mereka 
menjualnya pada harga potongan rendah.
Institusi kewangan akan menawarkan pinjaman jangka panjang pada kadar pasaran 
yang disokong oleh kerajaan bagi membolehkan penstrukturan semula ladang-ladang 
babi dijalankan.
Kredit jangka pendek turut akan disediakan bagi menampung kos operasi seperti 
makanan dan bayaran gaji.
Selain itu, kerajaan juga akan memperuntukan dana sebanyak C$17 juta (RM55 
juta) bagi mencari pelanggan baru untuk hasil daging babi negara tersebut.
Industri babi Kanada menghadapi krisis terbesarnya dalam tempoh 60 tahun, 
dengan harga makanan yang tinggi, apungan mata wang Kanada, undang-undang 
pelabelan makanan termasuk pengharaman eksport melibatkan kira-kira 1,000 
penternak babi atau 11 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
Keadaan itu mengakibatkan industri babi di negara tersebut sedikit ketinggalan 
sejak kebelakangan ini. - REUTERS






























      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke