Saya rasa cara terbaik dalam menangani isu babi ini ialah dilakukan secara beransur-ansur. Apa yang dilarang keatas kita umat Islam ialah memakan daging babi namun ianya tidak termasuk dalam kategori dosa-dosa besar ? Jika nak hentikan dengan kadar segera ianya akan menimbulkan pelbagai masalah. Rumah-rumah ibadat orang bukan Islam itu lebih utama jika mahu dihapuskan (dirobohkan) kerana ianya satu syirik besar dan kesesatan manusia. Tapi cara terbaik menghapuskan nya ialah dengan mengajak mereka kepada Islam bukan merobohkan atau menghapuskan rumah-rumah berhala mereka. Bila Islam diturunkan arak masih diambil oleh orang Islam tapi bila Allah mengharamkannya tong-tong arak dipecahkan tanpa perlu Rasulullah SAW arah "industri" tersebut ditutup. Saya rasa apa yang lebih mendesak keatas pemimpin umat Islam di negara kita tak kiralah sama ada yang diperintah BN atau Pakatan ialah mengambil langkah bagaimana nak menjauhkan umat Islam dari terjerumus kepada dosa-dosa-besar seperti zina, judi dan arak serta riba. Cuma setelah lebih 50 tahun memerintah UMNO/BN bukan bertindak untuk menghentikannya bahkan dibiarkan/ dianjurkan untuk bertambah subur !! Dan dosa paling besar selain daripada itu ialah orang Islam terutama pemimpin-pemimpin yang terus menerus melakukan syirik dengan menolak sebahagian syariat Islam dan mengekalkan sistem kuffar.Dosa-dosa besar jika dilakukan peluang masih terbuka untuk bertaubat tapi kalau syirik bertaubat pun Allah tidak ampun ?? melainkan dengan syahadah semula !! Bagaimana kalau tak sempat syahadah semula dan mati ?? Itu yang Tuan Guru Nik Aziz bimbangkan tapi beliau pula menjadi sasaran puak-puak tertentu yang takut hilang kuasa !! Mereka tamakkan kuasa demi mendapat sanjungan manusia dan sedikit habuan di dunia sekadar beberap tahun tapi sanggup korbankan iman kepada Allah swt dan syurga yang kekal di akhirat nanti. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Mon, 8/17/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] SELAIN KERAJAAN ISLAM SEDANG MENUTUP INDUSTRI BABI TETAPI KEDAH & SELANGOR BELUM LAGI To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Monday, August 17, 2009, 11:51 AM SAYA MENASIHATKAN KERAJAAN KEDAH DAN SELANGOR AGAR MENUTUP SELURUH INDUSTRI BABI KERANA INDUSTRI TERSEBUT ADALAH HARAM DISISI ALLAH DAN MENJADI BALA KEPADA SELURUH MANUSIA.. UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 17/08/2009 Kanada sedia dana RM241j henti industri babi WINNIPEG, Manitoba 16 Ogos - Kanada akan memperuntukkan sehingga C$75 juta (RM241 juta) bagi menggalakkan penternak babi berhenti beroperasi selain menawarkan pinjaman untuk membantu menstruktur semula ladang babi yang berdaya maju. Menteri Pertanian, Gerry Ritz mengumumkan dana bantuan jangka panjang untuk industri itu, semalam. "Kita tahu penternak-penternak babi di negara ini boleh mencapai keuntungan semula tetapi kita perlu berhadapan dengan realiti cabaran dalam usaha menjadikan industri daging babi di negara ini kompetitif dan stabil," jelas Ritz di pusat penyelidikan universiti pertanian. Selain itu, kerajaan juga akan meminta peladang-peladang menjana dana untuk menghentikan produk hasil babi sekurang-kurangnya untuk tiga tahun. Peladang-peladang telah membuat aduan bahawa mereka kerugian C$40 (RM129) untuk seekor babi yang dijual berikutan kosnya yang tinggi sehingga memaksa mereka menjualnya pada harga potongan rendah. Institusi kewangan akan menawarkan pinjaman jangka panjang pada kadar pasaran yang disokong oleh kerajaan bagi membolehkan penstrukturan semula ladang-ladang babi dijalankan. Kredit jangka pendek turut akan disediakan bagi menampung kos operasi seperti makanan dan bayaran gaji. Selain itu, kerajaan juga akan memperuntukan dana sebanyak C$17 juta (RM55 juta) bagi mencari pelanggan baru untuk hasil daging babi negara tersebut. Industri babi Kanada menghadapi krisis terbesarnya dalam tempoh 60 tahun, dengan harga makanan yang tinggi, apungan mata wang Kanada, undang-undang pelabelan makanan termasuk pengharaman eksport melibatkan kira-kira 1,000 penternak babi atau 11 peratus daripada jumlah keseluruhannya. Keadaan itu mengakibatkan industri babi di negara tersebut sedikit ketinggalan sejak kebelakangan ini. - REUTERS
