Lagi pun industri tersebut dah berkurun beroperasi, sejak kerajaan dodolu lagi. 
Kata orang Kedah sejak Zaman Tok nadok lagi.
Jadi kenapa sekarang baru dibangkitkan melainkan dengan niat yang JAHAT.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Saturday, August 22, 2009 22:42:52
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SELAIN KERAJAAN ISLAM SEDANG MENUTUP 
INDUSTRI BABI TETAPI KEDAH & SELANGOR BELUM LAGI

 
Salam Ramadhan buat semua


Saya ingin menjawab persoalan yang di bangkitkan zi...@yahoo. com
yang mencadangkan Kerajaan Islam Kedah dan Selangor menutup Industri Babi?

Adakah Kerajaan Kedah dan Selangor sahaja Islam?
Kerajaan lain bagaimana?

Perlulah di ingati bahawa kuasa menutup sebarang industri bukan kuasa kerajaan 
negeri.
Jika kerajaan negeri menghalang sekali pun, tapi di izinkan oleh kerajaan pusat 
tiada maknanya

Usaha ini memerlukan dokongan serta sokongan kedua pihak dan saling bekerjsama 
dalam isu yang menjaga kepentingan Islam

Apa pun cadang yang di beri oleh saudata zi...@yahoo. com amat lah bernas dan 
boleh di jadikan landasan untuk semua kerajaan Islam di malaysia menutup 
industri babi yg ada terutama kerajaan melaka seperti mana yg kita dengar dahulu

Wasalam

--- Pada Isn, 17/8/09, zi...@yahoo. com <zi...@yahoo. com> menulis:


>Daripada: zi...@yahoo. com <zi...@yahoo. com>
>Subjek: Help Palestine [hidayahnet] SELAIN KERAJAAN ISLAM SEDANG MENUTUP 
>INDUSTRI BABI TETAPI KEDAH & SELANGOR BELUM LAGI
>Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Tarikh: Isnin, 17 Ogos, 2009, 11:51 PM
>
>
> 
>SAYA MENASIHATKAN KERAJAAN KEDAH DAN SELANGOR AGAR MENUTUP SELURUH INDUSTRI 
>BABI KERANA INDUSTRI TERSEBUT ADALAH HARAM DISISI ALLAH DAN MENJADI BALA 
>KEPADA SELURUH MANUSIA..
>>
>>UTUSAN MALAYSIA
>>ARKIB : 17/08/2009
>>Kanada sedia dana RM241j henti industri babi
>>WINNIPEG, Manitoba 16 Ogos - Kanada akan memperuntukkan sehingga C$75 juta 
>>(RM241 juta) bagi menggalakkan penternak babi berhenti beroperasi selain 
>>menawarkan pinjaman untuk membantu menstruktur semula ladang babi yang 
>>berdaya maju.
>>Menteri Pertanian, Gerry Ritz mengumumkan dana bantuan jangka panjang untuk 
>>industri itu, semalam.
>>"Kita tahu penternak-penternak babi di negara ini boleh mencapai keuntungan 
>>semula tetapi kita perlu berhadapan dengan realiti cabaran dalam usaha 
>>menjadikan industri daging babi di negara ini kompetitif dan stabil," jelas 
>>Ritz di pusat penyelidikan universiti pertanian.
>>Selain itu, kerajaan juga akan meminta peladang-peladang menjana dana untuk 
>>menghentikan produk hasil babi sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.
>>Peladang-peladang telah membuat aduan bahawa mereka kerugian C$40 (RM129) 
>>untuk seekor babi yang dijual berikutan kosnya yang tinggi sehingga memaksa 
>>mereka menjualnya pada harga potongan rendah.
>>Institusi kewangan akan menawarkan pinjaman jangka panjang pada kadar pasaran 
>>yang disokong oleh kerajaan bagi membolehkan penstrukturan semula 
>>ladang-ladang babi dijalankan.
>>Kredit jangka pendek turut akan disediakan bagi menampung kos operasi seperti 
>>makanan dan bayaran gaji.
>>Selain itu, kerajaan juga akan memperuntukan dana sebanyak C$17 juta (RM55 
>>juta) bagi mencari pelanggan baru untuk hasil daging babi negara tersebut.
>>Industri babi Kanada menghadapi krisis terbesarnya dalam tempoh 60 tahun, 
>>dengan harga makanan yang tinggi, apungan mata wang Kanada, undang-undang 
>>pelabelan makanan termasuk pengharaman eksport melibatkan kira-kira 1,000 
>>penternak babi atau 11 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
>>Keadaan itu mengakibatkan industri babi di negara tersebut sedikit 
>>ketinggalan sejak kebelakangan ini. - REUTERS
>

________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail. yahoo.com/


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke