Salam...
Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah,
tapi dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim
adalah rehlah daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan
ruhiyah, daripada kehidupan yang penuh dengan pelbagai masalah
keduniaan menuju kehidupan yang penuh tazkiyatus nafs(penyucian jiwa)
dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). Kehidupan yang penuh dengan amal
taqorrub kepada Allah, iaitu amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT
mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan syahwat dengan puasa, sujud dalam
qiamullail, beriktikaf di masjid, dan lain-lain. Semua ini dalam rangka
merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa Ramadhan iaitu :
Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr)
Ikuti selanjutnya di : usrahkeluarga