Jangan salah faham.. Apa yang saya perkatakan bukan soal dengan mudah mahu "menghukum" orang lain secara peribadi tapi inilah realiti yang rata-rata berlaku dalam masyarakat Islam yang saya rasa ramai yang menyedarinya dan fenomena ini dapat dilihat secara rambang dan bertepatan dengan apa yang diperkatakan Nabi SAW bahawa umat Islam di akhir zaman adalah seperti buih (lemah dalam segala segi ??)!! Kalau kehadiran umat Islam di masjid untuk solat berjamaah tidak sampai 10% jumlah orang Islam di satu satu tempat kecuali pada bulan Ramadan tidakkah ini merisaukan kita ? Boleh jika nak bersangka baik jika sekadar terhadap seseorang. Namun secara rambang jelas dapat dilihat perbezaan bilangan mereka yang hadir solat berjemaah yang terlalu kecil dibanding dengan ketika solat teraweh berjemaah !! Begitu juga kesangsian tentang kemungkinan ada yang tidak mengerjakan solat atau tidak sungguh-sungguh mengerjakan nya !! Ini bukan bererti menghukum sesiapa secara peribadi !!
Tersalah konsep tentang bersangka baik mungkin akan membawa padah kepada masyarakat !! Sekiranya kita lihat sepasang lelaki dan perempuan yang jelas mereka bukan mahram /suami isteri dan kita sekadar mengambil sikap mesti bersangka baik yang mereka adalah baik maka akhirnya apa yang berlaku ialah pembuangan dan pembunuhan keatas bayi-bayi yang tidak berdosa. Kita nampak mungkin sekali dua mereka di depan mata kita tapi mungkin sepuloh kali lagi sesiapa pun tidak nampak apa yang dilakukan mereka !! Janganlah jadi macam kisah dalam sebuah filem yang di ilhamkan P Ramlee bila ada gadis dilarikan samseng ianya masih anggap cobaan dan cobaan (kerana patoh pesanan tok guru nya) !! Wallahua'lam. Sempena Aidilfitri saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan mohon maaf zahir dan batin. ibnuAli kota jembal ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Tuesday, September 15, 2009 10:32:28 AM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan 8 atau 20 atau 30 atau 100 rakaat dah tak jadi isu sekarang ni, bukan macam dulu isu rakaat ini jadi isu besar. Malah ada hadis mengatakan Rasulullah pernah melakukan solat terawih 2 rakaat aje. Malangnya Ustaz yg mengajar tu tak nak beritahu hadis tu. Dia kata kalau dia beritahu nanti sure kita org buat 2 rakaat aje.. he he he. macam tahu aje le ustaz ni. Kalau kita TERlalu sibuk, boleh buat kat rumah, aku sendiri pun dah 2 kali solat terawih kat rumah aje. Paling lewat aku buat jam 5.00 pagi. Balik rumah dah jam 12.00 mlm, terus tidur, penat gila. Apa-apa pun, kita kena bersangka baik, mungkin depa solat berjemaah kat tempat lain selepas ramadhan. Ye la, aku bukan ALLAH boleh tahu depa solat berjemaah atau tidak. Malah kalau kita tengok org jual goreng pisang tu menjual dari petang sampai ke mlm sekali pun kita tak boleh kata depa tak solat. Kita bukan tengok depa 24 jam. so mana tahu depa tak solat. kita selalu sangka org yg berniaga pasal malam tak solat maghrib, pasal masa tu kita dok kat surau, memang le kita tak tahu depa solat atau tidak. Ye la kita rasa diri kita BAGUS pasal sering solat berjemaah, tu pasal HATI kita ni KOTOR sikit, pasal ingat kita BAGUS sangat. Selagi kita melihat amalan seorg dgn MATA aje, dah terus jatuh hukum, payoh le kita ni.... Paling mudah, tanya depa, abang dah solat ke? Berani tanya, kalau tak berani, buang aje dlm fikiran kita yg kata abang tu tak solat. Tetapi sebagai manusia, aku pun kadang-kadang terlintas juga dlm hati, "abang ni entah solat ke tidak mahgrib tadi" Bila tersedar aku cepat-cepat sebut astagfirullahalazim dan malam nya kena buat solat taubat pasal hati aku dah menjatuhkan hukum sesuka hati aku. Macam le aku ni TUHAN. Selepas kita dpt didik hati kita, cuba le didik hati isteri dan anak-anak kita. Caranya, kita beli aje durian. Nanti kalau terjumpa isi yg rosak atau busuk, mesti ada yg berkata, "ayah kena tipu dgn penjual durian la, masa buka tu semua ok, dia tutup dgn tangan buah yg rosak". Lepas hang pa jawap le "Jgn marah kat Allah, kita ni hamba dia aje, jgn suka-suka marah kat ALLAH" "adik marah kat penjual durian tu pasal tipu ayah" "Adik boleh baca hati penjual durian ke? Dia mesti nak jual durian yg elok, sebab nanti kita mungkin dtg lagi nak beli, kalau dia kasi buah busuk, gerenti tak dtg dah kedai dia" "Tak kan nak kata, petani yg tanam durian tu saja-saja kasi yg busuk kat pemborong, nanti sure pemborong tak beli lagi" "habis tu, kita salah kan pokok. dan seterusnya salah ALLAH pasal kasi buah durian busuk kat kita" Melalut pulak aku ni pasal durian... Berbalik semula pasal isu Ramadhan ramai org kat surau. bila habis ramadhan org dah kurang sangat. Ada banyak kemungkinan mereka dari kariah lain, dan mungkin juga bulan puasa aje, shift kerja habis awal. Macam aku le, bulan biasa habis kerja jam 6.00 ptg, bulan puasa habis kerja jam 5.00 ptg. So bila bukan bulan puasa, ramai yg balik lewat. tak sempat nak berjemaah kat surau. Kat tempat aku, ada 2 ustaz yg jarang berjemaah kat surau kalau bukan bulan ramadhan atau hari minggu. Satu ustaz tu sampai rumah selalunya jam 8.30mlm dan yg seorg lagi ustaz ni, hari-hari biasa banyak sangat kelas mengajar agama sebelah malam (maknanya dia solat berjemaah kat surau tempat lain). Kalau kita tengok dgn MATA kita yg TERROR ni, sure kita kata "apa le ustaz 2 ekor ni, cakap pasal kebaikan solat berjemaah, tetapi dia sendiri tak solat berjemaah" Terus jatuh hukum.. tetapi pasal kita org semua dah tahu, tak ada le kita org mengumpat ustaz dua org tu. TETAPI bila bulan puasa, Ustaz pertama tu dpt balik awal macam aku, maka sempat le dia berjemaah. Begitu juga ustaz kedua, jemputan mengajar tajwid kat surau-surau pun tak ada bulan puasa, maka ada le ustaz tu kat surau tempat aku. Contoh kat surau aku ni, banyak muka aku tak kenal, ye la, selalunya maksima 2 saf aje, tiba-tiba bulan ramadhan penuh surau, sampai la ni lebih dari 3 saf. Bila tanya tok imam, rupanya yg ramai tu dtg dari kariah lain, surau sebelah taman. Surau depa buat 20 rakaat, tu yg ramai lari kat surau tempat aku Bulan Ramadhan ni mudah sangat nak tingkatkan amalan pasal setan kena ikat, so kalau bulan ramadhan ni amalan kita sama aje macam bulan-bulan lain iaitu tak ada peningkatan langsung walaupun sedikit, maknanya kita le syaitan tu. he he he So apa yg ingin aku sampaikan? "BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA-SUKA MENJATUHKAN HUKUM. by the way malam lailatul qadar dah lepas dah (Sabtu malam Ahad). 2009/9/8 <> >Wslm, > > Sepanjang Ramadan ramai dari kita mangikuti pelbagai tazkirah daripada >ustaz-ustaz, tok-tok guru sama ada di surau-surau, di masjid-masjid, melalui >media-media massa bahkan di pelbagai jabatan dan institusi kerajaan/swasta. >Bagaimana pun sejauh mana keberkesanan nya wallahua'lam. Satu perkara yang >masih menjadi perbincangan secara tidak formal ialah bilangan rakaat solat >taraweh antara 8 sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan 20 >sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar al Khattab ra. Ada ustaz-ustaz dan >tok guru lebih menekankan bilangan rakaat sebagaimana dianjurkan oleh Saidina >Umar al Khattab dan beberapa imam/mazhab yang sebaiknya dilakukan 20 rakaat >secara berjamaah. > > Kalau tak silap saya dari apa yang saya pernah dengar Nabi SAW tidak >lakukan solat taraweh berterusan secara berjamaah kerana bimbang ianya >difardhukan kepada umatnya. Maka berlapang dada tentang bilangan rakaat dan >berjamaah ini saya rasa adalah lebih baik. Saya rasa Nabi sendiri berpandangan >jauh untuk tidak memberatkan umatnya maka apa yang penting dan diharapkan >ialah agar ramai yang akan melakukan solat taraweh walau sekadar 8 rakaat >terutama generasi muda/remaja dan menekankan agar mereka terus istiqamah >melakukan solat fardhu berjamaah. Ada yang istiqamah solat taraweh 20 rakaat >tapi selepas Ramadan solat fardhu tidak dikerjakan secara jamaah dan mungkin >ada yang entah solat entah tidak !! Mungkin juga ada baiknya kalau >ustaz/tok-tok guru mengajak agar mereka yang mengerjakan 8 rakaat itu >mengerjakan 20 rakaat pada 10 hari terakhir Ramadan kerana apa yang selalu >kita lihat pada 10 hari tersebut bilangan jamaah kian hari kian merosot pada hal malam Lailatul Qadr yang Allah swt janjikan lebih baik dari 1000 bulan itu diberitahu oleh Nabi SAW ialah salah satu malam pada 10 hari terakhir Ramadan. > > Memang bulan Ramadan bulan beramal dan sebagai bulan kemuncak dalam >memperbanyakan ibadah tapi tidak kurang juga ada ustaz dan tok-tok guru >meminta agar Ramadan ini dijadikan bulan menjalani latihan intensif agar >prestasi lebih baik pada bulan-bulan lain dapat dicapai. Saya dapati ada >mereka-mereka yang dikira sudah berumur tidak tinggal solat isyak di bulan >Ramadan dan taraweh berjamaah tapi tidak solat maghrib dan solat-solat fardhu >yang lain secara berjamaah pada hal jarak rumah mereka sangat dekat dengan >surau/masjid. Solat berjamaah bagi solat fardhu sangat-sangat dianjurkan oleh >Nabi SAW dengan memberitahu bahawa ganjaran nya 27 kali ganda melebihi dari >solat seorang diri bahkan Nabi pernah mengancam untuk bakar rumah mereka yang >tidak solat fardhu berjamaah. Maka amat wajar bulan Ramadan ini dijadikan >sebagai bulan menjalani latihan intensif agar solat berjamaah terus dilakukan >secara istiqamah selepas Ramadan. Anehnya bila menyambut hari raya Aidilfitri ada yang sudah tidak lagi memberatkan solat fardhu samada bersendirian atau berjamaah untuk beberapa hari dan ada yang secara berterusan. Wallahua'lam. > >ibnuAli >kota jembal > >--- On Wed, 9/2/09, ah...@yahoo. com <ah...@yahoo. com> wrote: > > >>From: ah...@yahoo. com <ah...@yahoo. com> >>Subject: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan >>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> >>Date: Wednesday, September 2, 2009, 5:23 PM >> >> >> >>Salam... >> >>Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi >>dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah >>daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan >>yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh >>tazkiyatus nafs(penyucian jiwa) dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). >>Kehidupan yang penuh dengan amal taqorrub kepada Allah, iaitu amalan >>mendekatkan diri kepada Allah SWT mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan >>syahwat dengan puasa, sujud dalam qiamullail, beriktikaf di masjid, dan >>lain-lain. Semua ini dalam rangka merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa >>Ramadhan iaitu : >> >> >>Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr) >> >>Ikuti selanjutnya di : usrahkeluarga >> >> > -- Rozaimy Baharuddin http://www.komputer.com.my
