Diberikan Ramadhan khusus untuk hambanya bermunajat kepadanya dengan ganjaran yang berlipat berbanding dengan bulan-bulan lain. Dijadikan solat tarawikh itu untuk sesorang mendekatkan diri kepada Allah. Jadi tidak perlu berjemaah. Buat sendiri-sendiri dirumah sekadar yang termampu. Buat 2 atau 4 dan rehat. Bila rasa larat buat dan tambah lagi. Nak buat sampai 50 atau 100 rakaat pun boleh kerana ia adalah sunat, tiada had. Minta (doa) dan mintalah kepadanya. Kalau buat beramai-ramai dimasjid ia menjadi lain. Buat-dan buat dan terus buat sehingga selesai 8 atau 20 baru selesai. Nak buat 2 rakaat pun boleh tapi tambah bacaan seperti 100 Al Ikhlas setiap rakaat. Tidak ada had atau batas dalam solat tarawikh melainkan malam selepas Isyak sehingga Subuh.
Saya tidak pernah berjumpa atau terjumpa NAS yang menunjukkan Nabi buat tarwikh berjemaah atau menggalakkan ummatnya berjemaah malah dihalau balik suruh buat sendirian dan bagindapun ketika itulah (malam-malam Ramadhan) mahu bersendirian. Yang adalah hanyalah perintah Umar supaya dilakukannya berjemaah. Terpulang kepada orang Islam cara mana nak lakukannya. Yang pasti tidak ada perintah dari Nabi supaya ia dilakukan berjemaah di masjid. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Monday, September 7, 2009 19:30:27 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan Wslm, Sepanjang Ramadan ramai dari kita mangikuti pelbagai tazkirah daripada ustaz-ustaz, tok-tok guru sama ada di surau-surau, di masjid-masjid, melalui media-media massa bahkan di pelbagai jabatan dan institusi kerajaan/swasta. Bagaimana pun sejauh mana keberkesanan nya wallahua'lam. Satu perkara yang masih menjadi perbincangan secara tidak formal ialah bilangan rakaat solat taraweh antara 8 sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan 20 sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar al Khattab ra. Ada ustaz-ustaz dan tok guru lebih menekankan bilangan rakaat sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar al Khattab dan beberapa imam/mazhab yang sebaiknya dilakukan 20 rakaat secara berjamaah. Kalau tak silap saya dari apa yang saya pernah dengar Nabi SAW tidak lakukan solat taraweh berterusan secara berjamaah kerana bimbang ianya difardhukan kepada umatnya. Maka berlapang dada tentang bilangan rakaat dan berjamaah ini saya rasa adalah lebih baik. Saya rasa Nabi sendiri berpandangan jauh untuk tidak memberatkan umatnya maka apa yang penting dan diharapkan ialah agar ramai yang akan melakukan solat taraweh walau sekadar 8 rakaat terutama generasi muda/remaja dan menekankan agar mereka terus istiqamah melakukan solat fardhu berjamaah. Ada yang istiqamah solat taraweh 20 rakaat tapi selepas Ramadan solat fardhu tidak dikerjakan secara jamaah dan mungkin ada yang entah solat entah tidak !! Mungkin juga ada baiknya kalau ustaz/tok-tok guru mengajak agar mereka yang mengerjakan 8 rakaat itu mengerjakan 20 rakaat pada 10 hari terakhir Ramadan kerana apa yang selalu kita lihat pada 10 hari tersebut bilangan jamaah kian hari kian merosot pada hal malam Lailatul Qadr yang Allah swt janjikan lebih baik dari 1000 bulan itu diberitahu oleh Nabi SAW ialah salah satu malam pada 10 hari terakhir Ramadan. Memang bulan Ramadan bulan beramal dan sebagai bulan kemuncak dalam memperbanyakan ibadah tapi tidak kurang juga ada ustaz dan tok-tok guru meminta agar Ramadan ini dijadikan bulan menjalani latihan intensif agar prestasi lebih baik pada bulan-bulan lain dapat dicapai. Saya dapati ada mereka-mereka yang dikira sudah berumur tidak tinggal solat isyak di bulan Ramadan dan taraweh berjamaah tapi tidak solat maghrib dan solat-solat fardhu yang lain secara berjamaah pada hal jarak rumah mereka sangat dekat dengan surau/masjid. Solat berjamaah bagi solat fardhu sangat-sangat dianjurkan oleh Nabi SAW dengan memberitahu bahawa ganjaran nya 27 kali ganda melebihi dari solat seorang diri bahkan Nabi pernah mengancam untuk bakar rumah mereka yang tidak solat fardhu berjamaah. Maka amat wajar bulan Ramadan ini dijadikan sebagai bulan menjalani latihan intensif agar solat berjamaah terus dilakukan secara istiqamah selepas Ramadan. Anehnya bila menyambut hari raya Aidilfitri ada yang sudah tidak lagi memberatkan solat fardhu samada bersendirian atau berjamaah untuk beberapa hari dan ada yang secara berterusan. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Wed, 9/2/09, ah...@yahoo. com <ah...@yahoo. com> wrote: >From: ah...@yahoo. com <ah...@yahoo. com> >Subject: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan >To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> >Date: Wednesday, September 2, 2009, 5:23 PM > > > >Salam... > >Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi >dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah >daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan >yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh >tazkiyatus nafs(penyucian jiwa) dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). Kehidupan >yang penuh dengan amal taqorrub kepada Allah, iaitu amalan mendekatkan diri >kepada Allah SWT mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan syahwat dengan puasa, >sujud dalam qiamullail, beriktikaf di masjid, dan lain-lain. Semua ini dalam >rangka merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa Ramadhan iaitu : > > >Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr) > >Ikuti selanjutnya di : usrahkeluarga > > New Email addresses available on Yahoo! Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
