Wslm,
 
   Sepanjang Ramadan ramai dari kita mangikuti pelbagai tazkirah daripada 
ustaz-ustaz, tok-tok guru sama ada di surau-surau, di masjid-masjid, melalui 
media-media massa bahkan di pelbagai jabatan dan institusi kerajaan/swasta. 
Bagaimana pun sejauh mana keberkesanan nya wallahua'lam. Satu perkara yang 
masih menjadi perbincangan secara tidak formal ialah bilangan rakaat solat 
taraweh antara 8 sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan 20 
sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar al Khattab ra. Ada ustaz-ustaz dan tok 
guru lebih menekankan bilangan rakaat sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar 
al Khattab dan beberapa imam/mazhab yang sebaiknya dilakukan 20 rakaat secara 
berjamaah.
 
   Kalau tak silap saya dari apa yang saya pernah dengar Nabi SAW tidak lakukan 
solat taraweh berterusan secara berjamaah kerana bimbang ianya difardhukan 
kepada umatnya. Maka berlapang dada tentang bilangan rakaat dan berjamaah ini 
saya rasa adalah lebih baik. Saya rasa Nabi sendiri berpandangan jauh untuk 
tidak memberatkan umatnya maka apa yang penting dan diharapkan ialah agar ramai 
yang akan melakukan solat taraweh walau sekadar 8 rakaat terutama generasi 
muda/remaja dan menekankan agar mereka terus istiqamah melakukan solat fardhu 
berjamaah. Ada yang istiqamah solat taraweh 20 rakaat tapi selepas Ramadan 
solat fardhu tidak dikerjakan secara jamaah dan mungkin ada yang entah solat 
entah tidak !! Mungkin juga ada baiknya kalau ustaz/tok-tok guru mengajak agar 
mereka yang mengerjakan 8 rakaat itu mengerjakan 20 rakaat pada 10 hari 
terakhir Ramadan kerana apa yang selalu kita lihat pada 10 hari tersebut 
bilangan jamaah kian hari kian merosot pada
 hal malam Lailatul Qadr yang Allah swt janjikan lebih baik dari 1000 bulan itu 
diberitahu oleh Nabi SAW ialah salah satu malam pada 10 hari terakhir Ramadan.
 
   Memang bulan Ramadan bulan beramal dan sebagai bulan kemuncak dalam 
memperbanyakan ibadah tapi tidak kurang juga ada ustaz dan tok-tok guru meminta 
agar Ramadan ini dijadikan bulan menjalani latihan intensif agar prestasi lebih 
baik pada bulan-bulan lain dapat dicapai. Saya dapati ada mereka-mereka yang 
dikira sudah berumur tidak tinggal solat isyak di bulan Ramadan dan taraweh 
berjamaah tapi tidak solat maghrib dan solat-solat fardhu yang lain secara 
berjamaah pada hal jarak rumah mereka sangat dekat dengan surau/masjid. Solat 
berjamaah bagi solat fardhu sangat-sangat dianjurkan oleh Nabi SAW dengan 
memberitahu bahawa ganjaran nya 27 kali ganda melebihi dari solat seorang diri 
bahkan Nabi pernah mengancam untuk bakar rumah mereka yang tidak solat fardhu 
berjamaah. Maka amat wajar bulan Ramadan ini dijadikan sebagai bulan menjalani 
latihan intensif agar solat berjamaah terus dilakukan secara istiqamah selepas 
Ramadan. Anehnya bila menyambut hari
 raya Aidilfitri ada yang sudah tidak lagi memberatkan solat fardhu samada 
bersendirian atau berjamaah untuk beberapa hari dan ada yang secara 
berterusan. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 9/2/09, [email protected] <[email protected]> wrote:


From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, September 2, 2009, 5:23 PM


 







Salam...

Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi 
dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah 
daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan 
yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh 
tazkiyatus nafs(penyucian jiwa) dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). Kehidupan 
yang penuh dengan amal taqorrub kepada Allah, iaitu amalan mendekatkan diri 
kepada Allah SWT mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan syahwat dengan puasa, 
sujud dalam qiamullail, beriktikaf di masjid, dan lain-lain. Semua ini dalam 
rangka merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa Ramadhan iaitu :


Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr)

Ikuti selanjutnya di : usrahkeluarga

















      

Kirim email ke