Assalamualaikumwbt.
Bissmillahirrahmanirahim
“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)
Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu
(Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28].
Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an 
mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu sekadar 
untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain dari 
menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan 
menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam.
.



________________________________
From: "kho...@yahoo.com" <kho...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??


Askm.

      Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap 
kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda mohon 
menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya 
secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat 
menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali 
kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam ?? 
Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda. 
Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka 
yang digelar "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??

   Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak 
(ulamak besarlah bukan yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang 
paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan 
ada mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah 
berdosalah semua orang jika tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka 
(ulamak muda ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka 
sertailah mereka jika mereka benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul 
Nya. Jika dilihat apa yang berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti 
UMNO berada di andasan yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat 
dan mengkhianati Islam. Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga 
dengan ulamak muda maka hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik 
sokongan golongan muda kedalam UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai 
golongan muda sudah tidak yakin dengan perjuangan
 UMNO terutama dalam memertabakan Islam.

   Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap dan kurung rakyat bawah ISA sahaja 
tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari Islam 
mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad 
SAW. Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga menzalimi 
ramai penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya mereka beriman 
kepada Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun, mereka tetap akan 
kata mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan al Quran itu kitab 
Allah. Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah yang paling sibuk 
menyambutnya tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka 
sahaja. Wallahua'lam.

ibnuAli







      

Kirim email ke