Assalammualaikum wbt

nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan

sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w
berdakwah. secara hikmah dan perlahan2.

terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan atas
sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur kata,
tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang moga2
diberi pada tangan kita nanti.

apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa beranggapan
baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita. Sesungguhnya
Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan tidak mustahil dengan
berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan mengamalkan perintah Allah dalam
semua aspek.

Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului
kuasaNya.

yang baik dari allah, yang lemah dari saya.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??




Assalamualaikumwbt.
Bissmillahirrahmanirahim
“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28].

Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an
mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu sekadar
untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain dari
menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan
menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam.

.



________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun  <[email protected]>
Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??


Askm.

      Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap
kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda mohon
menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya
secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat
menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali
kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam ??
Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda.
Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka
yang digelar  "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??

   Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak
(ulamak besarlah bukan  yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang
paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan ada
mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah berdosalah
semua orang jika tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka (ulamak muda
ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka sertailah
mereka jika mereka benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Jika
dilihat apa yang berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti UMNO
berada di andasan yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat dan
mengkhianati Islam. Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga dengan
ulamak muda maka hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik sokongan
golongan muda kedalam UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai golongan muda
sudah tidak yakin dengan perjuangan UMNO terutama dalam memertabakan Islam.

   Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap  dan kurung rakyat bawah ISA sahaja
tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari Islam
mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga menzalimi ramai
penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya mereka beriman kepada
Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun, mereka tetap akan kata
mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan al Quran itu kitab Allah.
Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah yang paling sibuk menyambutnya
tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka sahaja.
Wallahua'lam.

ibnuAli










      

Kirim email ke