*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Malam tadi di surau kami telah diadakan mesyuarat
untuk majlis khatam Al Quran serta pembahagian
sumbangan kepada anak yatim, janda dan fakir meskin.
Alkisah ada seorang hamba Allah telah menyerahkan wang
zakat untuk di agihkan kepada ketiga-tiga kategori di
atas.
Maka terjadilah satu permasaalahan kecil tentang
adakah anak yatim dan janda layak menerima wang zakat.
Rupa-rupanya perkara pemberian wang zakat kepada anak
yatim dan janda telah berlaku tahun lepas.
Saya membangkang pemberian wang zakat kepada 2
kategori ini, kerana spanjang ingatan saya anak yatim
dan janda tidak layak menerima wang zakat.
Maka apabila kembali ke rumah tengah malam tadi saya
pun membuka kitab lama, kitab mutalul badrain muka
surat 58 hingga 61.
Ringkasannya:
8 asnaf yang layak menerima wang zakat iaitu:
1. Fakir iaitu orang yang tiada langsung harta
dan/atau usaha yang mana pendapatannya kurang dari
separuh dari keperluan HARIANnya dan keluarganya
2. Meskin iaitu spt fakir tetapi pendapatannya lebih
dari separuh tetapi tidak cukup untuk menampung diri
dan keluarganya
3. Amil iaitu mestilah orang itu memunggut zakat,
mencari dan mengumpulkan penerima, menyerahkan wang
zakat tersebut kepada penerima
4. Muaalaf
5. Hamba yang mukattab iaitu hamba yang dijanjikan
kemerdekaan oleh tuannya sekiranya dapat membayar
sejumlah nilai/wang.
6. Tentera Perang Sabilillah yang tidak dibayar gaji
dan berperang kerana Allah
7. Orang yang berhutang kerana menyelesaikan
persengketaan antara 2 orang
8. Orang yang musafir yang keputusan belanja iaitu
pemberian wang zakat yang sekira-kira cukup tambang
dan bekal hingga tempat yang ditujuinya
Imam Malik menyebut HARAM memindahkan wang zakat dari
suatu kawasan ke kawasan yang lain.
Imam Malik juga menyebut harus bagi Pemerintah yang
memunggut wang zakat mengagihkan wang zakat ke kawasan
lain yang juga dibawah pemerintahannya.
==> Apa yang saya faham kita diHARAMkan bayar zakat
dan/atau menolong mengagihkan zakat selain dari
dikawasan/daerah tempat tinggal kita. Cthnya wang
zakat diberikan kepada kita utk di agihkan bila balik
kampung (yang jauh).
Apa yang menarik yang saya jumpa ialah kita diharuskan
memberikan zakat kepada orang kafir, bertujuan untuk
melembutkan hati mereka kepada Islam.
==> Di sini saya teringat kes dimana pihak Gereja
memberikan sejumlah wang harian kepada anak orang
islam bertujuan menarik mereka ke kristian. Mungkinkah
ada apa yang semacam zakat dalam islam didalam
Kristian? (ntah)
Satu perkara yang baru saya tahu iaitu tidak semua
orang Islam wajib membayar zakat fitrah. Ada
syarat-syaratnya. Mestilah orang islam itu dan org
yang dibawah tanggungannya cukup belanja pada malam
eid(Hariraya) dan harinya, termasuk juga mempunyai
pakaian yang selayaknya, juga tempat tinggal yang
selayaknya maka selebihnya baru boleh dibayar zakat
fitrah. Orang Islam yang mati/baru lahir yang tak
sempat berjumpa Ramadhan DAN Syawal tidak wajib
dikeluarkan zakat.
Pembantu rumah bukan tanggungan majikan maka dia wajib
bayar zakat sendiri. Majikan boleh bayarkan zakat jika
dan hanya jika, ada AKAD WAKIL dari maid tersebut cth
akad spt "Encik, saya wakilkan minta tolong bayarkan
zakat fitrah" . Jawapan "Ya" sudah memadai. Jika
tiada akad ramai ulamak yang mengatakan TIDAK SAH
zakat tersebut. Kena bayar balik.
Berkaitan anak yatim dan janda tadi, mereka tidak
layak menerima wang zakat kecuali mereka termasuk
dalam 8 asnab di atas.
Ada juga di sebut orang yang tidak harus menerima
zakat antaranya, pemberian zakat dari suami kepada
isteri, orang yang berada dibawah tanggungan orang
lain/badan tertentu/pihak berkuasa, spt janda jika
berada di bawah tanggungan anaknya ataupun kaum
keluarga, ataupun anak yatim yang berada dibawah
tanggungan rumah anak yatim juga tak harus diberikan
zakat. Hamba selain yang mukattab juga tak layak
menerima zakat.
Adakah ustaz yang mengajar disurau layak menerima
zakat? Tidak layak kecuali jika termasuk dalam 8 asnab
konklusinya: yang mudah sekali kita bagi zakat kita
pada badan yang dilantik spt baitulmal dan pusat
kutipan zakat.
Nota : Zakat yang dimaksudkan dalam posting ini
merangkumi semua zakat spt ternakan, tanaman, harta
karun, wang simpanan, perniagaan, fitrah dll.
Zakat yang tersalah beri kepada penerima yang tidak
layak hukumnya WAJIB diganti dan diberikan kepada yang
layak.
wallahuaklam.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>