*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Cawangan wrote:
>
> Assalamualaikum
>
> Terimakasih kerana penjelasan yang diberikan. Di
> sini saya ingin nyatakan bhw, di kawasan kami boleh
> saya katakan semua anak yatim dan janda tergolong
> dalam keadaan kaya, dengan rumah teres, lengkap dengan
> pelbagai kemudahan elektrik dan perabot. Maka wajarlah
> saya bangkang pemberian wang zakat tersebut. Jika
> sumbangan ataupun derma ikhlas, saya yakin tiada
> masaalah.
----------------
Wa'alaikumsalam warahmatullah,
Yang ni takde masalah, crystal clear insyaAllah.
>
>
> 8 Asnaf telah saya salin dari kitab berkenaan, tetapi
> saya tak jumpa pun "fii sabilillah" yang membenarkan
> pemberian zakat kepada ustaz yang mengajar free of
> charge. yang ada pun cuma orang yang keputusan belanja
> semasa bermusafir yang harus. Itupun sekira-kira
> sampai ketempat yang ditujuinya sahaja. Ataupun orang
> yang mesti bermusafir tapi tiada belanja spt student
> yang nak sambung belajar kat oversea, tiada tambang
> maka boleh bagi ke student tsb. Itu pun setakat nak
> sampai ke tempat yang di tujuinya sahaja.
>
> yang satu lagi saya jumpa ialah orang yang pergi
> perang tanpa dibayar gaji yang pemergiannya ialah utk
> menegakkan Islam dan pemergiannya lilahi taala.
>
----------
Definisi Fisabilillah:
Mereka ialah pejuang Islam yg memasuki medan pertempuran sedang mrk
mempunyai hak dlm daftar tentera (diwan al-jund) kerana kalimah sabil
disebutkan secara mutlak adalah bermakna peperangan. Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Allah mengasihani org yg berjuang utk membela agamaNya,
dalam barisan yg teratur rapi..." (Surah As-Saff: ayat 4)
"Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah..."
(Surah Al-baqarah: ayat 190)
Ibnu Al-Athir berkata: "Ia (fisabilillah) boleh digunakan dalam pelbagai
makna tetapi terhad." Riwayat daripada At-tabarani menyokong apa yg
dikatakan oleh Ibnu Athir tadi.
Pada suatu hari, para sahabat berada bersama Rasulullah S.A.W dan mereka
telah melihat seorang pemuda yg gagah lalu mereka pun berkata: "Kalaulah
mudanya dan kegagahannya digunakan untuk jalan ALlah (yg mereka maksudkan
ialah utk jihad dan menolong agama Allah)." (Al-Munziri dlm At-targhib
menulis: ia diriwayatkan oleh At-Tabarani dan periwayat2 lain)
Pendapat pendapat ulamak mazhab hanbali dan sbhgn drpd ulamak mazhab
hanafi, mengerjakan haji adalah termasuk di dlm fisabilillah.
Drpd Ibnu Abbas r.a:
"Bahawasanya seorang lelaki telah memberi seekor unta utk digunakan di
jalan Allah (fisabilillah), lalu isteri lelaki itu hendak mengerjakan
haji. Maka Nabi S.A.W bersabda kpdnya: "Tunggulah unta tersebut sbb haji
termasuk fisabilillah." (Riwayat Abu Daud)
Fatwa Al-Qardhawi berdasarkan dalil-dalil di atas:
"Walaupun konteks sabilillah tidak luas namun ia merangkumi semua
kebaikan dan masalah. Tetapi aku tidak menyempitkannya dan ia tidak
terhad kpd jihad tentera shj. Kadangkala jihad juga boleh dilakukan dgn
pena dan lidah, pedang dan tombak, pemikiran, pendidikan, sosial,
ekonomi, politik ataupun tentera. Yg penting ialah melaksanakan semua
syarat asasnya, iaitu hendaklah fisabilillah iaitu bererti menolong agama
Islam dan meninggikan kalimahNya di muka bumi. Yg dimaksudkan dgn jihad
ialah mengutamakan jln Allah.
Al-Qardhawi meluaskan lagi makna jihad bersandarkan kpd dalil tertentu:
1. "Seafdal jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah zalim"
(Riwayat Imam Ahmad, AN-nasa'ie, al-baihaqi daripada Tariq bin Syihab)
2. "Berjihadlah kamu terhadap musyrikin dgn harta, diri dan lidah
kamu."(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'ie, Ibnu hibban dan
hakim drpd anas. Anas berkata hadith ini sahih)
3. Diriwayatkan olh imam Muslim drpd Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
"Tidak ada seorang nabi diutuskan ALlah kpd sesuatu umat sblm aku
melainkan dia mempunyai pesuruh dan org yg mengamalkan sunnahnya serta
mengikut arahannya. Kemudian setelah bbrp lama, mereka mengatakan apa yg
tidak mereka lakukan serta melakukan apa yg tidak percayai. Maka sesiapa
berjihad menentang mereka dgn kuasanya, dia beriman. Yg berjihad dgn
lidahnya juga beriman. Dan yg berjihad dgn hatinya juga beriman. Selain
drpd itu tidak sedikit iman pun."
Al-Qardhawi menambah lagi, dalam fiqh zakat, qias banyak digunakan. Tidak
ada satu mazhab pun yg tidak menggunakannya.
Imam Rasyid Reda yg mana beliau meminta agar zakat diberikan kpd ahli2
agama:
"Wajib bagi kita menjaga mereka ini dan menampung perbelanjaan mereka krn
mereka membantu mengembalikan hukum Islam. Itulah saluran yg baik utk
berjihad menentang musuh Islam."(Tafsir Al-Manar, jilid 10, m/s 598)
Dr. Wahbah Zuhaili dlm fiqh Islami,
"Bagi pejuang yg telah ditetapkan gaji di dalam diwan al-jund, maka zakat
tidak boleh diberikan krn mereka sudah mempunyai gaji yg mencukupi dan
tidak memerlukan zakat lagi. Dan wang zakat tidak boleh digunakan utk
mengupah haji ataupun mengupah org lain mengambil alih tugasnya krn tidak
ada perintah sedemikian rupa."(spt yg disebutkan dlm email yg lepas)
Komentar:
Saya tidak mengatakan bahawa saudara harus mengikut pendapat ini.
Sekiranya saudara merasakan pendapat lama lebih baik atau merasa tidak
selesa dgn pendapat ini, maka teruskanlah pendapat yg diyakini itu. Ini
perkara ijtihad, betul 2 pahala, salah satu pahala. Cuma tugas saya
menyampaikan ilmu dan meluaskan pendapat-pendapat hukum2 fiqh agar kita
tidak tertumpu kpd satu2 kitab shj.
Wallahua'lam
Rujukan:
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
Fiqhuz zakat, Yusuf Al-Qardhawi
Fatwa Muasirah (I dan II), Yusuf Al-Qardhawi
Tafsir Al-Manar(10), 'allamah Rasyid Reda
>
> wassalam.
>
> Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]>