Assalamualaikum warahmatullah,

Terlebih dahulu maafkan saya sbb terpaksa 'cut' bahagian yang tidak perlu ditambah (yg semua orang sedia maklum spt 8 asnaf dsb) dan diperbahaskan yang lebih panjang.

Pemuda Cawangan wrote:

 Assalamualaikum

Saya membangkang pemberian wang zakat kepada 2
kategori ini, kerana spanjang ingatan saya anak yatim
dan janda tidak layak menerima wang zakat.
 

----------------------
Anak Yatim dan janda berhak menerima wang zakat berdasarkan kpd bbrp syarat. Syarat utk digolongkan sebagai fuqara' (jama')/faqir(mufrad) menurut fuqaha syaf'ie dan hanbali ialah org yg tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai pendapatan yg dapat menanggung keperluannya. Juga tidak mempunyai suami atau ibu bapa atau anak cucu yg memberi nafkah kpdnya dlm kadar yg mencukupi.

Drpd Abu Juhaufah, bahawa Rasulullah S.A.W mengirim seorang pengutip zakat lalu dia  mengambil zakat drpd org kaya drpd golongan kami dan diagihkan kpd org miskin kami. Pada masa itu, aku adalah seorang anak yatim yg tidak mempunyai harta, lalu pengutip zakat itu memberikan kpd aku seekor unta pertengahan umur. (Hadith riwayat Ad-Daraqutni)

Syarat lain ialah orang yang menerima zakat itu mestilah baligh, berakal dan merdeka.
(Al-fiqh Islami Wal Adillatuhu (II), Wahbah Zuhaili)
 

 
Imam Malik menyebut HARAM memindahkan wang zakat dari
suatu kawasan ke kawasan yang lain.

Imam Malik juga menyebut harus bagi Pemerintah yang
memunggut wang zakat mengagihkan wang zakat ke kawasan
lain yang juga dibawah pemerintahannya.

--------------------
Mengikut kaedah umum zakat, zakat mesti diagihkan  kepada asnaf yang berada di negeri/kwsn di mana zakat itu diambil. Ini berdasarkan hadith Mu'az,
"Ambilkanlah ia drpd orang kaya mereka dan pulangkan agihkanlah kepada org fakir mereka."

Khilaf di kalangan mazhab empat:
Kata ulamak mazhab hanafi, adalah makruh tanzih (sangat makruh) KECUALI perpindahan itu dibuat dr Darul Harb kpd Darul Islam, atau kpd mereka yg lebih memerlukannya/sesuai atau dipindahkan kpd penuntut ilmu, atau kpd org yg zahid, atau zakat itu dipercepatkan sblm genap haul.

Pendapat ulamak mazhab maliki pula tidak harus dipindahkan zakat sesebuah negeri ke negeri lain yg jaraknya membolehkan sembahyang qasar (masafah al-qasr) atau lebih KECUALI utk diberikan kpd org lebih memerlukannya. Sekiranya jaraknya kurang drpd masafah al-qasr maka diharuskan.

Pendapat Ulamak Syaf'ie menurut qaul al-azhar, pemindahan zakat dr sesebuah kwsn ke kwsn yg lain mesti ditegah KECUALI org yg berhak menerima di dlm kwsn itu tidak ada, maka dgn itu perpindahan wang zakat menjadi harus berdasarkan hadith Mu'az R.A

Manakala pendapat mazhab hanbali, sama seperti malikiyyah. Yg berbezanya ialah sekiranya berlaku perpindahan dr suatu kwsn ke suatu kwsn yg lain, zakat itu tetap sah.
 

 
Apa yang menarik yang saya jumpa ialah kita diharuskan
memberikan zakat kepada orang kafir, bertujuan untuk
melembutkan hati mereka kepada Islam.
----------------
Zakat tidak harus diberikan kpd org kafir. Berdasarkan kpd hadith Mu'az tadi, memerintahkan zakat diambil drpd org Islam dan hendaklah diagihkan kpd org Islam juga. Namun sabit di dalam sirah, Nabi S.A.W memberi zakat kpd sekumpulan kafir dgn tujuan menjinakkan hati mereka supaya memeluk Islam. Di dlm sahih muslim pula meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W memberikan harta rampasan perang hunain kpd Abu Sufyan bin Hand, Abu Safwan bin Umaiyah, Uyainah bin Huzn, Aqra' bin Habis, Abbas bin Mirdas, setiap mereka diberi 100 ekor unta, baginda juga memberikan kpd Alqamah bin Allathah.

Khilaf di kalangan mazhab
Hanbali dan maliki harus diberikan. dgn tujuan menjinakkan mereka dgn Islam

Hanafi dan Syaf'ie mengatakan tidak harus samada tujuan utk menjinakkan hati ataupun tujuan lain. Ini kerana semasa permulaan Islam orang kafir diberi zakat krn bilangan org Islam kecil, sedangkan bilangan musuh Islam ramai. Sekarang bilangan orang Islam sudah ramai dan tidak perlu lagi utk menjinakkan mereka melalui pemberian zakat.  Malah pada zaman khulafa' ar-rasyidin tidak memberi zakat kpd mereka. Umar Al-Khattab R.A pernah berkata: "Sesungguhnya kami tidak akan memberi sesuatu utk mereka menganut Islam. Mereka boleh memilih samada hendak beriman atau menjadi kafir."

Walaubagaimanapun sedekah boleh diberikan kpd kafir zimmi berdasarkan firman Allah dlm surah Al-baqarah: ayat 271 dan surah Al-Mumtahanah ayat 8.

 

==>  Di sini saya teringat kes dimana pihak Gereja
memberikan sejumlah wang harian kepada anak orang
islam bertujuan menarik mereka ke kristian. Mungkinkah
ada apa yang semacam zakat dalam islam didalam
Kristian? (ntah)

Berkaitan anak yatim dan janda tadi, mereka tidak
layak menerima wang zakat kecuali mereka termasuk
dalam 8 asnab di atas.

Ada juga di sebut orang yang tidak harus menerima
zakat antaranya, pemberian zakat dari suami kepada
isteri, orang yang berada dibawah tanggungan orang
lain/badan tertentu/pihak berkuasa, spt janda jika
berada di bawah tanggungan anaknya ataupun kaum
keluarga, ataupun anak yatim yang berada dibawah
tanggungan rumah anak yatim juga tak harus diberikan
zakat. Hamba selain yang mukattab juga tak layak
menerima zakat.

----------------------------
Ada sedikit penambahan dalam perkara di atas. Menurut pendapat Abu Hanifah (hanafi) dan ulamak mazhab hanbali menurut qaul ar-rajih, zakat drpd isteri tidak boleh diberikan kepada suami kerana ia akan kembali kpdnya sendiri melalui nafkah yg diberikan kepadanya.

Manakala menurut pendapat 2 org sahabat Abu Hanifah dan fuqaha mazhab syafi'ie serta maliki menurut qaul sahih, pemberian itu adalah harus. Ini berdasarkan kpd hadith yg diriwayatkan oleh Zainab isteri kpd Ibn Mas'ud:
"Isteri dan anak engkau adalah adalah lebih berhak drpd orang engkau berikan kpd mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulamak sepakat bahawa zakat tidak boleh diberikan kpd ibu bapa  kerana mereka adalah sebahagian drpd diri sendiri, anak wajib memberikan nafkah kpd ibu bapa atau ibu bapa memberikan nafkah kpd anak-anak. Ttp ulamak tidak sepakat samada kita boleh memberikan kpd anggota keluarga yg lain seperti saudara, adik-beradik dsb atau tidak. Sbghn mengatakan boleh dan sbhgn lagi membantah.

Pendapat yg melarang  mengatakan bahawa keluarga terdekat berada di bawah tanggungan nafkah org yg memberi zakat. Hukum ini disamakan kpd Isteri dan keluarga yg berada dibawah tanggungannya.

Pendapat yg mengharuskan pula menyatakan zakat tidak boleh diberikan kpd anak anak dan bapa. Selain drpd bapa dan anak, zakat harus diberikan tanpa sebarang sekatan.

Yusuf Al-Qardhawi cenderung kpd pendapat yg mengharuskan zakat diberikan kpd keluarga selain daripada ibu bapa kerana beberapa hujjah dan alasan tersebut:
1. Kerana nas al-quran hanya menyebut mereka yg layak menerima zakat hanya fakir miskin tanpa menyebut keluarga atau bukan keluarga.
2. Banyak hadith menggalakkan agar sedekah diberikan kpd kaum keluarga terdekat:
"Sedekah kpd org miskin satu pahala dan kpd kaum keluarga 2 pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala menghubungi silaturrahim." (Hadith Ahmad dan An-Nasa'ie)
 

Adakah ustaz yang mengajar disurau layak menerima
zakat? Tidak layak kecuali jika termasuk dalam 8 asnab
-------------
Ustaz yg mengajar disurau layak menerima di atas nama fisabilillah KECUALI mereka dibayar gaji atau mendapat upahan khas.

Sebarang pembetulan atau penambahan dialu-alukan.

Wallahua'lam.

Rujukan utama:
Al-fiqh Islami wal Adillatuhu, Wahbah Zuhaili
Fiqhuz Zakat, Yusuf Al-Qardhawi

 

konklusinya:  yang mudah sekali kita bagi zakat kita
pada badan yang dilantik spt baitulmal dan pusat
kutipan zakat.

Nota :  Zakat yang dimaksudkan dalam posting ini
merangkumi semua zakat spt ternakan, tanaman, harta
karun, wang simpanan, perniagaan, fitrah dll.
 

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke