*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Dr., terimakasih kerana penjelasan yang diberikan. Di
sini saya ingin nyatakan bhw, di kawasan kami boleh
saya katakan semua anak yatim dan janda tergolong
dalam keadaan kaya, dengan rumah teres, lengkap dengan
pelbagai kemudahan elektrik dan perabot. Maka wajarlah
saya bangkang pemberian wang zakat tersebut. Jika
sumbangan ataupun derma ikhlas, saya yakin tiada
masaalah.
8 Asnaf telah saya salin dari kitab berkenaan, tetapi
saya tak jumpa pun "fii sabilillah" yang membenarkan
pemberian zakat kepada ustaz yang mengajar free of
charge. yang ada pun cuma orang yang keputusan belanja
semasa bermusafir yang harus. Itupun sekira-kira
sampai ketempat yang ditujuinya sahaja. Ataupun orang
yang mesti bermusafir tapi tiada belanja spt student
yang nak sambung belajar kat oversea, tiada tambang
maka boleh bagi ke student tsb. Itu pun setakat nak
sampai ke tempat yang di tujuinya sahaja.
yang satu lagi saya jumpa ialah orang yang pergi
perang tanpa dibayar gaji yang pemergiannya ialah utk
menegakkan Islam dan pemergiannya lilahi taala.
Mungkin Dr. boleh tolong jelaskan.
wassalam.
--- "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum warahmatullah,
>
> Terlebih dahulu maafkan saya sbb terpaksa 'cut'
> bahagian yang tidak perlu
> ditambah (yg semua orang sedia maklum spt 8 asnaf
> dsb) dan diperbahaskan
> yang lebih panjang.
>
> Pemuda Cawangan wrote:
>
> > Assalamualaikum
> >
> > Saya membangkang pemberian wang zakat kepada 2
> > kategori ini, kerana spanjang ingatan saya anak
> yatim
> > dan janda tidak layak menerima wang zakat.
> >
>
> ----------------------
> Anak Yatim dan janda berhak menerima wang zakat
> berdasarkan kpd bbrp
> syarat. Syarat utk digolongkan sebagai fuqara'
> (jama')/faqir(mufrad)
> menurut fuqaha syaf'ie dan hanbali ialah org yg
> tidak mempunyai harta dan
> tidak mempunyai pendapatan yg dapat menanggung
> keperluannya. Juga tidak
> mempunyai suami atau ibu bapa atau anak cucu yg
> memberi nafkah kpdnya dlm
> kadar yg mencukupi.
>
> Drpd Abu Juhaufah, bahawa Rasulullah S.A.W mengirim
> seorang pengutip
> zakat lalu dia mengambil zakat drpd org kaya drpd
> golongan kami dan
> diagihkan kpd org miskin kami. Pada masa itu, aku
> adalah seorang anak
> yatim yg tidak mempunyai harta, lalu pengutip zakat
> itu memberikan kpd
> aku seekor unta pertengahan umur. (Hadith riwayat
> Ad-Daraqutni)
>
> Syarat lain ialah orang yang menerima zakat itu
> mestilah baligh, berakal
> dan merdeka.
> (Al-fiqh Islami Wal Adillatuhu (II), Wahbah Zuhaili)
>
>
> >
> > Imam Malik menyebut HARAM memindahkan wang zakat
> dari
> > suatu kawasan ke kawasan yang lain.
> >
> > Imam Malik juga menyebut harus bagi Pemerintah
> yang
> > memunggut wang zakat mengagihkan wang zakat ke
> kawasan
> > lain yang juga dibawah pemerintahannya.
>
> --------------------
> Mengikut kaedah umum zakat, zakat mesti diagihkan
> kepada asnaf yang
> berada di negeri/kwsn di mana zakat itu diambil. Ini
> berdasarkan hadith
> Mu'az,
> "Ambilkanlah ia drpd orang kaya mereka dan pulangkan
> agihkanlah kepada
> org fakir mereka."
>
> Khilaf di kalangan mazhab empat:
> Kata ulamak mazhab hanafi, adalah makruh tanzih
> (sangat makruh) KECUALI
> perpindahan itu dibuat dr Darul Harb kpd Darul
> Islam, atau kpd mereka yg
> lebih memerlukannya/sesuai atau dipindahkan kpd
> penuntut ilmu, atau kpd
> org yg zahid, atau zakat itu dipercepatkan sblm
> genap haul.
>
> Pendapat ulamak mazhab maliki pula tidak harus
> dipindahkan zakat sesebuah
> negeri ke negeri lain yg jaraknya membolehkan
> sembahyang qasar (masafah
> al-qasr) atau lebih KECUALI utk diberikan kpd org
> lebih memerlukannya.
> Sekiranya jaraknya kurang drpd masafah al-qasr maka
> diharuskan.
>
> Pendapat Ulamak Syaf'ie menurut qaul al-azhar,
> pemindahan zakat dr
> sesebuah kwsn ke kwsn yg lain mesti ditegah KECUALI
> org yg berhak
> menerima di dlm kwsn itu tidak ada, maka dgn itu
> perpindahan wang zakat
> menjadi harus berdasarkan hadith Mu'az R.A
>
> Manakala pendapat mazhab hanbali, sama seperti
> malikiyyah. Yg berbezanya
> ialah sekiranya berlaku perpindahan dr suatu kwsn ke
> suatu kwsn yg lain,
> zakat itu tetap sah.
>
>
> >
> > Apa yang menarik yang saya jumpa ialah kita
> diharuskan
> > memberikan zakat kepada orang kafir, bertujuan
> untuk
> > melembutkan hati mereka kepada Islam.
>
> ----------------
> Zakat tidak harus diberikan kpd org kafir.
> Berdasarkan kpd hadith Mu'az
> tadi, memerintahkan zakat diambil drpd org Islam dan
> hendaklah diagihkan
> kpd org Islam juga. Namun sabit di dalam sirah, Nabi
> S.A.W memberi zakat
> kpd sekumpulan kafir dgn tujuan menjinakkan hati
> mereka supaya memeluk
> Islam. Di dlm sahih muslim pula meriwayatkan bahawa
> Nabi S.A.W memberikan
> harta rampasan perang hunain kpd Abu Sufyan bin
> Hand, Abu Safwan bin
> Umaiyah, Uyainah bin Huzn, Aqra' bin Habis, Abbas
> bin Mirdas, setiap
> mereka diberi 100 ekor unta, baginda juga memberikan
> kpd Alqamah bin
> Allathah.
>
> Khilaf di kalangan mazhab
> Hanbali dan maliki harus diberikan. dgn tujuan
> menjinakkan mereka dgn
> Islam
>
> Hanafi dan Syaf'ie mengatakan tidak harus samada
> tujuan utk menjinakkan
> hati ataupun tujuan lain. Ini kerana semasa
> permulaan Islam orang kafir
> diberi zakat krn bilangan org Islam kecil, sedangkan
> bilangan musuh Islam
> ramai. Sekarang bilangan orang Islam sudah ramai dan
> tidak perlu lagi utk
> menjinakkan mereka melalui pemberian zakat. Malah
> pada zaman khulafa'
> ar-rasyidin tidak memberi zakat kpd mereka. Umar
> Al-Khattab R.A pernah
> berkata: "Sesungguhnya kami tidak akan memberi
> sesuatu utk mereka
> menganut Islam. Mereka boleh memilih samada hendak
> beriman atau menjadi
> kafir."
>
> Walaubagaimanapun sedekah boleh diberikan kpd kafir
> zimmi berdasarkan
> firman Allah dlm surah Al-baqarah: ayat 271 dan
> surah Al-Mumtahanah ayat
> 8.
>
> >
> >
> > ==> Di sini saya teringat kes dimana pihak Gereja
> > memberikan sejumlah wang harian kepada anak orang
> > islam bertujuan menarik mereka ke kristian.
> Mungkinkah
> > ada apa yang semacam zakat dalam islam didalam
> > Kristian? (ntah)
> >
> > Berkaitan anak yatim dan janda tadi, mereka tidak
> > layak menerima wang zakat kecuali mereka termasuk
> > dalam 8 asnab di atas.
> >
> > Ada juga di sebut orang yang tidak harus menerima
> > zakat antaranya, pemberian zakat dari suami kepada
> > isteri, orang yang berada dibawah tanggungan orang
> > lain/badan tertentu/pihak berkuasa, spt janda jika
> > berada di bawah tanggungan anaknya ataupun kaum
> > keluarga, ataupun anak yatim yang berada dibawah
> > tanggungan rumah anak yatim juga tak harus
> diberikan
> > zakat. Hamba selain yang mukattab juga tak layak
> > menerima zakat.
>
> ----------------------------
> Ada sedikit penambahan dalam perkara di atas.
> Menurut pendapat Abu
> Hanifah (hanafi) dan ulamak mazhab hanbali menurut
> qaul ar-rajih, zakat
> drpd isteri tidak boleh diberikan kepada suami
> kerana ia akan kembali
> kpdnya sendiri melalui nafkah yg diberikan
> kepadanya.
>
> Manakala menurut pendapat 2 org sahabat Abu Hanifah
> dan fuqaha mazhab
> syafi'ie serta maliki menurut qaul sahih, pemberian
> itu adalah harus. Ini
> berdasarkan kpd hadith yg diriwayatkan oleh Zainab
> isteri kpd Ibn Mas'ud:
>
> "Isteri dan anak engkau adalah adalah lebih berhak
> drpd orang engkau
>
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>