*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Dalam banyak-banyak minggu; minggu ini, minggu kedua bulan April 2000 adalah
minggu yang sedikit menggerunkan buat diri saya.
Apa tidaknya, tiap-tiap hari jantung saya dok "duk-dak-duk-dak" bila terbaca
berita ATM-ATM machines di Penang disamun orang bagai nak rak. Setakat hari
ini, 14/4/2000, dah reda sikit rasanya; keratan terakhir The Star mengatakan:
"A Bukit Aman special team has been sent to Penang to investigate the 400
reports of unauthorised automated teller machine (ATM) withdrawals involving
more than RM600,000" [The STAR 11/4]
[Terjemahan: SB-SB dari Bukit Aman sudah pun dihantar ke Penang untuk
menyiasat 400 lapuran kehilangan wang melalui ATM mesin melibatkan lebih
daripada 600 ribu ringgit]
ISH, ISH, KALAULAH KES NIE JADI MASA ZAMAN REFORMASI TENGAH GAWAT DULU, TAK
PAYAHLAH KL HANTAQ MAI SB - MASA TU, DEPA KATA KAT PENANG NIE, TERUTAMANYA KAT
PERMATANG PAUH, SB PENUH MERATA JALAN!!
Malam tadi, saya pi check lagi sekali baki duit dalam bank tu, alhamdulillah
tak dak apa-apa. Hangpa yang dok luaq Penang mungkin tak rasa apa-apa, tapi
kami yang dok kat sini rasa duk-dak-duk-dak tak habis. Sebab itulah saya bara
habis apabila terbaca kenyataan sambil lewa Pak Lah B apabila ditanya
pemberita mengenai kes Toyol di ATM-ATM kat Penang nie. Kata Pak Lah :
"The onus is on banks to ensure that automated teller machine (ATM) systems
are fully protected and secured" - The STAR 8/4.
[Terjemahan: Tanggungjawabnya sekarang ialah di pihak Bank untuk mempastikan
ATM mesin depa selamat dan terkawal sepenuhnya]
Kalau diterjemah ke bahasa orang awam, maksud dia, Pak Lah nak kata:
"ALAHHH�.SALAH BANK LAH NIE!!"
Mangkaq punya Pak Lah, bila heboh kes si Ali Rektum mendera bank-bank di
Melaka tempoh hari pasal kes dua tiga orang kaki tangan bank2 berkenaan tidak
menyokong UMNO; perkataan yang serupa Pak Lah kata:
"Tindakan kerajaan Melaka menarik keluar wangnya dari dua buah bank bukan
dilakukan secara rambang atau mahu membalas dendam tetapi mempunyai asas yang
kukuh. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri itu mahu pihak pengurusan bank
berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang tidak amanah."
[UM 19/3]
SALAH BANK LAGI!!
Dalam kes di Melaka itu, bukan saja Pak Lah, tapi PM kita pun, tanpa usul
periksa macam kes orang UMNO tumbuk orang UMNO di Sanggang, terus saja
salahkan pihak bank. Kata PM:
"Pengurusan bank mesti menjaga prestasi dan imej mereka agar kredibiliti
mereka boleh terus dipercayai"
[UM 18/3]
So, berbalik kepada kes kecurian duit ATM di Penang, bila terbaca kenyataan
Pak Lah itu, entah pasal apa saya jadi marah, jadi bara tak tentu pasal; rasa
macam nak pi Luku saja kepala Pak Lah. Bukannya apa:
KALAU SETAKAT NAK KATA "INI SEMUA SALAH BANK!!" - PAK CAQ YANG DOK JUAL CUCUR
TELINGA KELING KAT TEPI JALAN ITU PUN BOLEH JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI!!
Tak tau nak kata apalah, cumanya saya sebagai salah seorang daripada mereka2
yang berada dalam senarai yang ada berkemungkinan duit ATM nak hilang itu,
rasa macam kerajaan kita nie tak sensitive langsung dengan perasaan rakyat
jelata kat bawah sana.
DEPA BOLEH LA, HILANG SERIBU, SEJUTA MASUK!!
KITA INI, KALAU HILANG SERIBU, MENDERITA SAMPAI TUNGGU GAJI BARU NAK MASUK!!
Ringkas ceritanya, Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri ini, nampak sangat tak
professional langsung bila berhadapan dengan isu duit ATM hilang ini; nampak
tak ada rasa sensitive langsung dengan nasib depa2 yang hilang dan bakal
hilang duit beribu-ribu itu.
[Belum apa-apa lagi, awal-awal bismillah dah salahkan bank!!]
Nak jadi cerita, sepasukan SB yang dihantar ke Penang itu, dengan segala ilmu
yang mereka ada, akhirnya membuat kesimpulan berikut dalam penyiasatan mereka:
"The Police had ruled out the possibility of an inside job as the bank staff
did not know the Personal Identification Number (PIN) of account holders. "We
have scrutinised the bank's system and found it to be very secure.". Supt Omar
said Police had narrowed down to three the possible methods used by the
syndicate to get hold of the PIN" - The STAR 12/4
[Terjemahan: Penyiasatan polis mengesahkan bahawa kes ATM ini bukanlah kerja
orang dalam sebab kakitangan2 bank tak tau number PIN kad2 ATM tersebut. Polis
sudah siasat habis bank punya sistem, dan mendapati sistem yg ada itu cukup
terjamin dan selamat]
Dalam the STAR 12/4 itu juga, pihak polis mengatakan bahawa 3 teknik yang
mungkin digunakan ialah:
1. Depa dapat number PIN berdasarkan bunyi nada/tone number masa kita tekan -
makna kata depa dok pasang telinga dengar nada bunyi itu masa kita dok tekan
number.
2. Depa buat litar-pintas ambil maklumat dari kamera yang dok ambik gambar
kita tengah dok tekan pin.
3. Yang paling berkemungkinan sekali ialah depa dok tunggu belakang kita,
tengok number apa yang kita tekan.
HA, KAN TERBUKTI BUKAN SALAH BANK!!
Macam ni kalu, elok lah kot kalau Ban Hin Lee, Maybank dan Persekutuan
Bank-Bank Semalaysia, dengan tujuan untuk memulihkan kembali imej Bank yang
sudah tercemar akibat kenyataan membabi-buta Pak Lah Badawi ini, maka eloklah
rasanya kalau depa pakat ramai-ramai pi upah Karpal Singh suruh saman Pak
Lah!!
SURE GABRAH HABIS PUNYA PAK LAH!!
Saya tulis benda ini bukannya apa, cuma nak habag kat hangpa kata,
pemimpin-pemimpin UMNO kat atas sana itu bukannya pandai tara mana sangat aih,
lebih kurang macam sepupu aku kat kampung saja - tak reti apa aih, cakap ikut
sedap mulut saja!!
Last sekali, sebagai penutup kepada Ulasan Mingguan minggu ini, saya nak tulis
pendek saja:
"Minggu ini juga buat kesekian kalinya sejak zaman kesultanan Melayu Melaka,
pasukan bolasepak Malaysia kecundang lagi. Dalam perlawanan kelayakan
Pra-Piala Asia di Thailand minggu lepas, Malaysia kalah 3-2 kepada Taiwan,
kalah 4-1 kepada Korea Utara dan kalah juga 3-2 kepada Thailand"
Hangpa nak tau berapa pasukan yang mengambil bahagian?
EMPAT PASUKAN!!
So, kepada mamat-mamat yang berkenaan, kita nak kata:
"Piiirah, kalau dah rasa berminat sangat nak masuk politik itu, pergilah isi
borang UMNO; letak jawatan Presiden & Timbalan Presiden FAM itu. Bagi kat
cikgu Nan, Cikgu Sukan sekolah anak aku jadi Presiden FAM lagi bagus!! "
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>