*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded: moga ada manafaatnya


----- Forwarded Message -----
From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* ULASAN MINGGUAN


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini minggu terakhir bulan April 2000, kita digemparkan dengan kisah
penculikan dan tebusan di Pulau Peranginan Sipadan di Sempoerna Sabah. Dalam
kejadian pada malam Ahad itu, sekumpulan enam orang bersenjatakan raifal
AK-47 dan pelancar roket menculik 21 orang termasuk 11 pelancong asing di
Pulau
Sipadan dan membawa mereka dengan bot.

Kadang-kadang, fikir2 sekali baguih jugak depa pi buat macam tu. Bukannya
apa, selama ini kita mungkin pernah dengar mengenai MORO, pernah dengar
mengenai perjuangan Islam MORO dan mungkin sesekali kita pernah mendengar
mengenai geng Abu Sayyaf; tapi dengar-dengar kita setakat dengar ajelah.
Walau pun MORO itu
cuma sepelaung saja jauhnya dari sempadan negara kita, tapi bila puak2
kuffar Kristian Filipina menyerang saudara-saudara seislam kita di sana,
kita cuma buat derk saja. Bila kita dengar cerita kata ada budak2 kecik
orang Islam, umur 9 sepuluh tahun tengah dok mengaji Quran di pondok2 di
pedalaman MORO dibom hidup-hidup oleh puak2 kuffar Filipina, kita masih buat
derk jugak!

YA LAH, MACAM JUGAK KES MURTAD AISHAH DAN MURTAD DI KULIM - ALA, BUKANNYA
KENA BATANG HIDUNG KITA, BATANG HUDUNG DEPA, BIAQ PI LAH!!

Ha, la nie bila dah muncul angkatan-angkatan berani mati kelas satu macam
geng-geng Abu Sayyaf, baru semua orang nak celik mata.

YANG DULU-DULU TU, AWAT TAK MAU CELIK MATA; NAK TUNGGU BAHANG PEPERANGAN TU
MASUK DALAM KELAMBU KITA BARU NAK CELIK MATA KA??

Saya ini bukanlah kata nak sokong Abu Sayyaf ka sapa, tapi cuma nak habag
kata kita ini sebagai orang Islam, kadang-kadang priority kita ada yang tak
kena. Awat bila Abu Sayyaf buat hal, kita melenting, tapi bila beribu-ribu
orang Islam dibunuh di Ambon, kita rileks saja?

OPPS, LUPA PULAK  - SEBAB RAKYAT KITA PUN DEPA TAHAN SAMA!!

[Ha, sebab kena kat batang hidung kita!!]

Saya sebenarnya, dari hari mula lagi dok agak geng-geng Abu Sayyaf ini tak
akan buat apa punya kat rakyat kita, tambah-tambah pulak yang ada kalimah
tauhid dalam dada depa tu. Sebab itu, saya rasa lega semacam bila terbaca
berita muka depan utama Utusan Malaysia hari ini:

"Usaha untuk membebaskan kesemua 10 rakyat negara ini yang diculik kumpulan
pemisah Abu Sayyaf lima hari lalu tergendala kerana bot yang sepatutnya
membawa mereka keluar dari tempat persembunyian di Pulau Jolo, kepulauan
Sulu mengalami kerosakan enjin. Bot itu dikatakan rosak ketika dalam
perjalanan
balik ke perairan Sabah." [UM 28/4/2000]

HANGPA TOK SAH RISAULAH, KALAU PERJUANGAN ABU SAYYAF ITU BETUL-BETUL JIHAD
LILLAH HI TAALA, KALAU ADA ADIK BERADIK HANGPA YG KENA TAWAN TU, TAK LAMA
LAGI DEPA BEBASLAH TU; MANA ADA MUJAHIDEEN YANG TURUN BERJIHAD NAK BUNUH
ORANG
ISLAM!!

Dari satu sudut yang lain pula, masuk hari ini, dah kira dekat seminggu dah
kes tebusan ini berlalu; tapi bukan kata selamat tebusan-tebusan itu, tapi
bayang2 depa pun pihak berkuasa negara kita tak jumpa lagi. Ini sekali gus
mencabar kredibiliti dan kemampuan kerajaan  kita. Saya secara peribadi,
sebenarnya percaya dan yakin sepenuhnya dengan kemampuan pihak berkuasa kita
dalam menangani isu-isu yang semacam ini; bukannya apa, sama ada pihak
kerajaan kita nak nafi ka tak mau nafi ka, tapi kita yakin spy-spy kita
bersepah di negara-negara jiran; alah biasalah, spy depa pun berlambak juga
di negara kita. Hang Spy Aku, Aku Spy Hang!!

Alah, Malaysia ini kecik saja; kadang-kadang yang jadi Spy itu sepupu kita,
kadang-kadang pulak Pak Menakan kita, jadi biasalah cerita-cerita pasal Spy
Menyepy ini. Saya bagi contoh; suatu ketika dulu dalam satu majlis di rumah
Pak Menakan saya, masa dok bersembang dengan adik beradik sampai larut
semalam, entah macam mana termasuk cerita bab Spy Menyepy; tup-tup keluar
cerita pasal anak seorang Pak Haji  itu rupa-rupanya MIO (Military
Intelligent
Officer), jadi Spy kerajaan Malaysia pi join geng-geng PULO (Pejuang
Pattani) di Selatan Thailand, siap dengan jubah dan serban serta janggut
lagi; dekat 2 tahun dia dok ikut  pejuang-Pejuang PULO masuk hutan keluar
hutan, sapa pun tak
tau termasuklah kawan2 dia dalam PULO itu, yang kami tau sesekali dia akan
balik buat laporan risik kpd dia punya superior. Dengan kata lain, dalam bab
spy menyepy ini, kita memang tera.

KALAU PUN MUNGKIN TAK SECANGGIH JAMES BOND, TAPI KALAU SETAKAT MAT  BOND,
MEMANG KITA LEBIH PAKAR!!

[Isu Email Parang di Chow Kit dan Khabar-Khabar Angin Demo Black-14 adalah
bukti kepakaran spy-spy kita....ish, lawak saja nie, nanti kalau SPY-SPY itu
mai cari aku kan naya!!]

Semalam pula keluar berita dalam akhbar-akhbar utama kata kumpulan Pemisah
AbuSayyaf itu ada minta duit ransom RM10 juta untuk membebaskan
tawanan-tawanan berkenaan, tapi sampai hari ini tak ada siapa pun yang boleh
confirm kata berita ini benar.

Kerana berita duit ransom ini masih samar-samar, kita tak boleh nak komen
lebih-lebih, cumanya boleh buat spekulasi saja. Rasa-rasanya kalau kita
letakkan diri kita di pihak Pejuang-Pejuang MORO ini, and for that matter,
bukan saja pejuang MORO, tapi cuba letakkan diri kita di pihak angkatan
Mujahideen yg lain; tak kiralah di Chechnya ka, di Afghanistan ka, di
Dagestan ka, Kashmir ka,  Acheh ka,  Pattani ka,  Kosovo ka, Bosnia ka,
mana-mana ka; hangpa pernah terfikir ka depa ambik duit mana dok beli
senjata segala jenis mak nenek tu?

Berapa harga selaras AK-47, berapa harga sebatang Rocket Launcher, berapa
harga sebijik peluru???
Depa bukan ada kerja tetap macam kita, depa bukan ada subsidi dari gomen.
Habis tu depa ambik duit mana??

PERNAH TERFIKIR KA??

Kalau kita tanya agent risik Amerika, jawapan depa senang saja; macam juga
yang depa tulis dalam laporan risik depa mengenai geng Abu Sayyaf ini:

"External Aid: Probably receives support from Islamic extremists in the
Middle East and South Asia." - sumber: Internet.

[Bantuan luar: Kemungkinan menerima bantuan dari Exterimist Islam dari
Negara Arab dan Asia Selatan]

PIIIRAH - HANGPA INGAT TOK-TOK ARAB ITU KAYA SANGAT KA NAK BAGI DUIT UNTUK
ORANG PI JIHAD MACAM TU. HANGPA INGAT RAMAI SANGAT KA TOK ARAB DAN ORANG2
ISLAM KAYA YANG JIWA DEPA SAMA MACAM OSAMA BIN LADEN!!

Kalau sungguh ada ramai Tok Arab atau Orang2 Kaya Islam dok bagi duit kat
tentera-tentera sukarela Mujahid di seluruh dunia itu, tak daklah kita
dengar cerita Mujahideen Islam hampir kebulur di pedalaman MORO, terpaksa
berkongsi sisa-sisa jagung semangkuk untuk satu platoon - yg jagung itu kat
sini nak buat benih pun tak laku; dan tak daklah kita dengar cerita Mujahid2
kita yang
balik dari Afghan bercerita bagaimana mereka terpaksa bertahan lapar apabila
keputusan bekalan semasa di medan perang, dan kalaulah sungguh
Mujahid-Mujahid ini mendapat bantuan macam yang depa dok war-warkan,
tentulah senjata depa pun canggih-canggih juga, tak adalah kita dengar
cerita bagaimana mereka terpaksa
mengharapkan kepada kebesaran kalimah Lailahhailallah atau pun zikir
subhanallah dan sebagainya, satu peluru satu zikir, meletup2 dua tiga kali
di medan jihad Bosnia tempoh hari!!

MAKNA KATA, ANGKATAN MUJAHIDEEN DI SERATA DUNIA YANG MUNCUL SECARA SUKARELA
ITU, BUKAN SETAKAT TURUN PERANG SECARA SUKARELA TAPI MAKAN MINUM DEPA,
SENJATA-SENJATA DEPA DAN  ALAT2 KOMUNIKASI YANG LAIN SEMUANYA DEPA SENDIRI
YANG SEDIAKAN!!

So, kalau tak dak duit nak beli semua itu, apa langkah terakhir yang boleh
dilakukan?

Dalam hal ini, bukan saya nak kata saya sokong tindakan kumpulan Abu Sayyaf
berkenaan (kalau duit untuk beli senjata adalah matlamatnya); tapi saya nak
habag kata, depa juga tentu ada Ulama depa sendiri, tentunya Ulama-Ulama
depa sudah pun memberi pandangan berdasarkan kesesuaian tempat dan keadaan
di mana
mereka berada. Andaikata, cara itu telah dipersetujui mereka, kita tak leh
nak kata apa, sebab khilaf Ulama kadang2 berbeza ikut tempat dan keadaan.
Jadi, saya secara peribadi, tanpa mewakili mana-mana pertubuhan atau
organisasi, cuma nak habag kata saya menghormati tindakan mereka, cuma nak
kena tambah sikit kata:

"Hai, kali ini kena batang hidung kami, nampak!!!"

Dari sudut yang lain pula, pergerakan tentera Abu Sayaf tempo hari mungkin
ada kena mengena dengan strategi peperangan depa sendiri. Kita semua
tentunya sudah tahu kisah tentera2 Filipina sedang mengasak sakan pejuang2
Abu Sayaf ini untuk membebaskan 27 orang tebusan yang ditawan kira2 sebulan
yang lalu. Dalam satu tuntutan sebagai syarat pembebasan tebusan itu, mereka
meminta
Filipina mendesak Amerika Syarikat supaya membebaskan beberapa orang Mujahid
Islam yg sedang ditahan di penjara di Amerika; antaranya ialah Ramzi Yusof
dan Syeikh Omar Abdel Rahman. Mungkinkah tuntutan2 ini telah mengundang
kedatangan
angkatan perang Amerika ke lautan Pacific di sebelah sini? Mungkinkah
tentera2 Abu Sayaf ini sudah menjangka peluru berpandu Tomahawk dan yang
sewaktu dengannya bila2 masa saja akan dihalakan ke arah mereka seperti mana
yg Amerika lakukan di Afghanistan tempoh hari? Maka itu, menjadikan rakyat
Eropah
sebagai tebusan adalah merupakan satu strategi yg sudah dirancang?

Apa-apa pun, sebagai orang Islam, kita seharusnya berhusnuzan (bersangka
baik) dengan geng2 Abu  Sayaf ini; mereka kini sedang berada di medan
perang, dan tentulah mereka lebih memahami apa yang mereka lakukan. Wallah
hu aklam.

Berbalik kepada negara kita, ada satu benda penting yang ingin saya tulis di
sini:

DI MALAYSIA HARI INI, ULAMA-ULAMA KITA TELAH BERSETUJU BAHAWA SISTEM YANG
ADA,  MEMBENARKAN KITA BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM DENGAN CARA KITA SENDIRI;
JADI UNTUK MASA INI KITA BUAT CARA YANG KITA TENGAH DOK BUAT!!

[Zaman anak cucu kita, pandangan Ulama di waktu itu mungkin berbeza; kita
sama-samalah tunggu dan lihat, itu pun  kalau kita semua masih dipanjangkan
usia]

Last sekali, sebab minggu ini kita tulis pasal Abu Sayyaf dan sangkut paut
dengan kita-kita di Malaysia; saya dok pikir-ikir sekali, perjuangan
saudara-saudara kita di Filipina sana, kalau tak banyak pun, sedikit
sebanyak ada juga persamaannya dengan kita di Malaysia ini:

Depa ada MNLF yang berfahaman Nasionalist Sekular, la nie jadi pemerintah di
Wilayah Autonomi Mindanao; walau pun dok kata berjuang untuk Islam, tapi tak
apa sistem sekular pun sekularlah, janji negara Aman.

Di Malaysia pula, kita ada UMNO; ish tak payah hurai panjang kot; kalau
tengok huraian pasal MNLF di atas, sebijik macam yang kita tengah dok tengok
dalam UMNO hari ini.

Kemudian, depa ada MILF, yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai sistem
hidup dan sistem perundangan negara. Ish, kita pun ada juga parti yang
serupa; kalau tak silap saya nama dia Parti Islam Semalaysia. Di Filipina
sana, MILF selalu saja kena bambu dengan tentera Filipina; di Malaysia pula
PAS pun selalu kena bambu, tapi taklah kena bambu dengan tongkat semambu
atau pun kena bom macam yang Estrada selalu buat kat kem-kem MILF di hutan
Mindanao sana; kalau depa buat kat PAS macam itu di Malaysia ini, jadilah
macam cerita Memali.

Ha, kalau dah UMNO macam MNLF, PAS macam MILF, Abu Sayyaf pulak macam siapa?

AIK, ORANG REFORMASI JANGAN PERASAN PULAK; SEBAB KITA SEMUA TAHU GENG-GENG
REFORMASI  HANYALAH ADIK BERADIK KITA YANG TERLETAK DALAM KUMPULAN ANTARA
PAS DAN UMNO.

Di Malaysia, kumpulan macam Abu Sayyaf masih belum wujud lagi.

Wujud ka tak wujud kumpulan macam Abu Sayyaf dalam masyarakat kita, banyak
bergantung kepada sejauh manakah kerajaan yang ada terus menerus memberi
tekanan kepada kebangkitan Islam di Malaysia.

Maka itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita ingin
berpesan kepada mereka2 yang punyai kuasa di atas sana:

TOLONGLAH TAPIS APA YANG NAK HANGPA KATA, TOLONG BERHATI-HATI DENGAN SEGALA
KUASA YANG HANGPA ADA -  KERANA, KALAU SUNNAH NABI TERUS DICELA, KALAU HUKUM
HAKAM AL-QURAN DAN PERUNDANGAN ISLAM TERUS DIMOMOK-MOMOKKAN,  YAKINLAH 
SUATU HARI NANTI ANGKATAN SE'DARING' ABU SAYYAF PASTI AKAN MUNCUL DI BUMI
MALAYSIA!!

Sama-samalah kita muhasabahkan diri masing-masing.

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

------------------------------------------------------------

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke