*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Minggu ini minggu terakhir bulan April 2000, kita digemparkan dengan kisah
penculikan dan tebusan di Pulau Peranginan Sipadan di Sempoerna Sabah. Dalam
kejadian pada malam Ahad itu, sekumpulan enam orang bersenjatakan raifal AK-47
dan pelancar roket menculik 21 orang termasuk 11 pelancong asing di Pulau
Sipadan dan membawa mereka dengan bot.
Kadang-kadang, fikir2 sekali baguih jugak depa pi buat macam tu. Bukannya apa,
selama ini kita mungkin pernah dengar mengenai MORO, pernah dengar mengenai
perjuangan Islam MORO dan mungkin sesekali kita pernah mendengar mengenai geng
Abu Sayyaf; tapi dengar-dengar kita setakat dengar ajelah. Walau pun MORO itu
cuma sepelaung saja jauhnya dari sempadan negara kita, tapi bila puak2 kuffar
Kristian Filipina menyerang saudara-saudara seislam kita di sana, kita cuma
buat derk saja. Bila kita dengar cerita kata ada budak2 kecik orang Islam,
umur 9 sepuluh tahun tengah dok mengaji Quran di pondok2 di pedalaman MORO
dibom hidup-hidup oleh puak2 kuffar Filipina, kita masih buat derk jugak!
YA LAH, MACAM JUGAK KES MURTAD AISHAH DAN MURTAD DI KULIM - ALA, BUKANNYA KENA
BATANG HIDUNG KITA, BATANG HUDUNG DEPA, BIAQ PI LAH!!
Ha, la nie bila dah muncul angkatan-angkatan berani mati kelas satu macam
geng-geng Abu Sayyaf, baru semua orang nak celik mata.
YANG DULU-DULU TU, AWAT TAK MAU CELIK MATA; NAK TUNGGU BAHANG PEPERANGAN TU
MASUK DALAM KELAMBU KITA BARU NAK CELIK MATA KA??
Saya ini bukanlah kata nak sokong Abu Sayyaf ka sapa, tapi cuma nak habag kata
kita ini sebagai orang Islam, kadang-kadang priority kita ada yang tak kena.
Awat bila Abu Sayyaf buat hal, kita melenting, tapi bila beribu-ribu orang
Islam dibunuh di Ambon, kita rileks saja?
OPPS, LUPA PULAK - SEBAB RAKYAT KITA PUN DEPA TAHAN SAMA!!
[Ha, sebab kena kat batang hidung kita!!]
Saya sebenarnya, dari hari mula lagi dok agak geng-geng Abu Sayyaf ini tak
akan buat apa punya kat rakyat kita, tambah-tambah pulak yang ada kalimah
tauhid dalam dada depa tu. Sebab itu, saya rasa lega semacam bila terbaca
berita muka depan utama Utusan Malaysia hari ini:
"Usaha untuk membebaskan kesemua 10 rakyat negara ini yang diculik kumpulan
pemisah Abu Sayyaf lima hari lalu tergendala kerana bot yang sepatutnya
membawa mereka keluar dari tempat persembunyian di Pulau Jolo, kepulauan Sulu
mengalami kerosakan enjin. Bot itu dikatakan rosak ketika dalam perjalanan
balik ke perairan Sabah." [UM 28/4/2000]
HANGPA TOK SAH RISAULAH, KALAU PERJUANGAN ABU SAYYAF ITU BETUL-BETUL JIHAD
LILLAH HI TAALA, KALAU ADA ADIK BERADIK HANGPA YG KENA TAWAN TU, TAK LAMA LAGI
DEPA BEBASLAH TU; MANA ADA MUJAHIDEEN YANG TURUN BERJIHAD NAK BUNUH ORANG
ISLAM!!
Dari satu sudut yang lain pula, masuk hari ini, dah kira dekat seminggu dah
kes tebusan ini berlalu; tapi bukan kata selamat tebusan-tebusan itu, tapi
bayang2 depa pun pihak berkuasa negara kita tak jumpa lagi. Ini sekali gus
mencabar kredibiliti dan kemampuan kerajaan kita. Saya secara peribadi,
sebenarnya percaya dan yakin sepenuhnya dengan kemampuan pihak berkuasa kita
dalam menangani isu-isu yang semacam ini; bukannya apa, sama ada pihak
kerajaan kita nak nafi ka tak mau nafi ka, tapi kita yakin spy-spy kita
bersepah di negara-negara jiran; alah biasalah, spy depa pun berlambak juga di
negara kita. Hang Spy Aku, Aku Spy Hang!!
Alah, Malaysia ini kecik saja; kadang-kadang yang jadi Spy itu sepupu kita,
kadang-kadang pulak Pak Menakan kita, jadi biasalah cerita-cerita pasal Spy
Menyepy ini. Saya bagi contoh; suatu ketika dulu dalam satu majlis di rumah
Pak Menakan saya, masa dok bersembang dengan adik beradik sampai larut
semalam, entah macam mana termasuk cerita bab Spy Menyepy; tup-tup keluar
cerita pasal anak seorang Pak Haji itu rupa-rupanya MIO (Military Intelligent
Officer), jadi Spy kerajaan Malaysia pi join geng-geng PULO (Pejuang Pattani)
di Selatan Thailand, siap dengan jubah dan serban serta janggut lagi; dekat 2
tahun dia dok ikut Pejuang-Pejuang PULO masuk hutan keluar hutan, sapa pun tak
tau termasuklah kawan2 dia dalam PULO itu, yang kami tau sesekali dia akan
balik buat laporan risik kpd dia punya superior. Dengan kata lain, dalam bab
spy menyepy ini, kita memang tera.
KALAU PUN MUNGKIN TAK SECANGGIH JAMES BOND, TAPI KALAU SETAKAT MAT BOND,
MEMANG KITA LEBIH PAKAR!!
[Isu Email Parang di Chow Kit dan Khabar-Khabar Angin Demo Black-14 adalah
bukti kepakaran spy-spy kita....ish, lawak saja nie, nanti kalau SPY-SPY itu
mai cari aku kan naya!!]
Semalam pula keluar berita dalam akhbar-akhbar utama kata kumpulan Pemisah
AbuSayyaf itu ada minta duit ransom RM10 juta untuk membebaskan
tawanan-tawanan berkenaan, tapi sampai hari ini tak ada siapa pun yang boleh
confirm kata berita ini benar.
Kerana berita duit ransom ini masih samar-samar, kita tak boleh nak komen
lebih-lebih, cumanya boleh buat spekulasi saja. Rasa-rasanya kalau kita
letakkan diri kita di pihak Pejuang-Pejuang MORO ini, and for that matter,
bukan saja pejuang MORO, tapi cuba letakkan diri kita di pihak angkatan
Mujahideen yg lain; tak kiralah di Chechnya ka, di Afghanistan ka, di Dagestan
ka, Kashmir ka, Acheh ka, Pattani ka, Kosovo ka, Bosnia ka, mana-mana ka;
hangpa pernah terfikir ka depa ambik duit mana dok beli senjata segala jenis
mak nenek tu?
Berapa harga selaras AK-47, berapa harga sebatang Rocket Launcher, berapa
harga sebijik peluru???
Depa bukan ada kerja tetap macam kita, depa bukan ada subsidi dari gomen.
Habis tu depa ambik duit mana??
PERNAH TERFIKIR KA??
Kalau kita tanya agent risik Amerika, jawapan depa senang saja; macam juga
yang depa tulis dalam laporan risik depa mengenai geng Abu Sayyaf ini:
"External Aid: Probably receives support from Islamic extremists in the Middle
East and South Asia." - sumber: Internet.
[Bantuan luar: Kemungkinan menerima bantuan dari Exterimist Islam dari Negara
Arab dan Asia Selatan]
PIIIRAH - HANGPA INGAT TOK-TOK ARAB ITU KAYA SANGAT KA NAK BAGI DUIT UNTUK
ORANG PI JIHAD MACAM TU. HANGPA INGAT RAMAI SANGAT KA TOK ARAB DAN ORANG2
ISLAM KAYA YANG JIWA DEPA SAMA MACAM OSAMA BIN LADEN!!
Kalau sungguh ada ramai Tok Arab atau Orang2 Kaya Islam dok bagi duit kat
tentera-tentera sukarela Mujahid di seluruh dunia itu, tak daklah kita dengar
cerita Mujahideen Islam hampir kebulur di pedalaman MORO, terpaksa berkongsi
sisa-sisa jagung semangkuk untuk satu platoon - yg jagung itu kat sini nak
buat benih pun tak laku; dan tak daklah kita dengar cerita Mujahid2 kita yang
balik dari Afghan bercerita bagaimana mereka terpaksa bertahan lapar apabila
keputusan bekalan semasa di medan perang, dan kalaulah sungguh Mujahid-Mujahid
ini mendapat bantuan macam yang depa dok war-warkan, tentulah senjata depa pun
canggih-canggih juga, tak adalah kita dengar cerita bagaimana mereka terpaksa
mengharapkan kepada kebesaran kalimah Lailahhailallah atau pun zikir
subhanallah dan sebagainya, satu peluru satu zikir, meletup2 dua tiga kali di
medan jihad Bosnia tempoh hari!!
MAKNA KATA, ANGKATAN MUJAHIDEEN DI SERATA DUNIA YANG MUNCUL SECARA SUKARELA
ITU, BUKAN SETAKAT TURUN PERANG SECARA SUKARELA TAPI MAKAN MINUM DEPA,
SENJATA-SENJATA DEPA DAN ALAT2 KOMUNIKASI YANG LAIN SEMUANYA DEPA SENDIRI
YANG SEDIAKAN!!
So, kalau tak dak duit nak beli semua itu, apa langkah terakhir yang boleh
dilakukan?
Dalam hal ini, bukan saya nak kata saya sokong tindakan kumpulan Abu Sayyaf
berkenaan (kalau duit untuk beli senjata adalah matlamatnya); tapi saya nak
habag kata, depa juga tentu ada Ulama depa sendiri, tentunya Ulama-Ulama depa
sudah pun memberi pandangan berdasarkan kesesuaian tempat dan keadaan di mana
mereka berada. Andaikata, cara itu telah dipersetujui mereka, kita tak leh nak
kata apa, sebab khilaf Ulama kadang2 berbeza ikut tempat dan keadaan.
Jadi, saya secara peribadi, tanpa mewakili mana-mana pertubuhan atau
organisasi, cuma nak habag kata saya menghormati tindakan mereka, cuma nak
kena tambah sikit kata:
"Hai, kali ini kena batang hidung kami, nampak!!!"
Dari sudut yang lain pula, pergerakan tentera Abu Sayaf tempo hari mungkin ada
kena mengena dengan strategi peperangan depa sendiri. Kita semua tentunya
sudah tahu kisah tentera2 Filipina sedang mengasak sakan pejuang2 Abu Sayaf
ini untuk membebaskan 27 orang tebusan yang ditawan kira2 sebulan yang lalu.
Dalam satu tuntutan sebagai syarat pembebasan tebusan itu, mereka meminta
Filipina mendesak Amerika Syarikat supaya membebaskan beberapa orang Mujahid
Islam yg sedang ditahan di penjara di Amerika; antaranya ialah Ramzi Yusof dan
Syeikh Omar Abdel Rahman. Mungkinkah tuntutan2 ini telah mengundang kedatangan
angkatan perang Amerika ke lautan Pacific di sebelah sini? Mungkinkah tentera2
Abu Sayaf ini sudah menjangka peluru berpandu Tomahawk dan yang sewaktu
dengannya bila2 masa saja akan dihalakan ke arah mereka seperti mana yg
Amerika lakukan di Afghanistan tempoh hari? Maka itu, menjadikan rakyat Eropah
sebagai tebusan adalah merupakan satu strategi yg sudah dirancang?
Apa-apa pun, sebagai orang Islam, kita seharusnya berhusnuzan (bersangka baik)
dengan geng2 Abu Sayaf ini; mereka kini sedang berada di medan perang, dan
tentulah mereka lebih memahami apa yang mereka lakukan.
Wallah hu aklam.
Berbalik kepada negara kita, ada satu benda penting yang ingin saya tulis di
sini:
DI MALAYSIA HARI INI, ULAMA-ULAMA KITA TELAH BERSETUJU BAHAWA SISTEM YANG ADA,
MEMBENARKAN KITA BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM DENGAN CARA KITA SENDIRI; JADI
UNTUK MASA INI KITA BUAT CARA YANG KITA TENGAH DOK BUAT!!
[Zaman anak cucu kita, pandangan Ulama di waktu itu mungkin berbeza; kita
sama-samalah tunggu dan lihat, itu pun kalau kita semua masih dipanjangkan
usia]
Last sekali, sebab minggu ini kita tulis pasal Abu Sayyaf dan sangkut paut
dengan kita-kita di Malaysia; saya dok pikir-ikir sekali, perjuangan
saudara-saudara kita di Filipina sana, kalau tak banyak pun, sedikit sebanyak
ada juga persamaannya dengan kita di Malaysia ini:
Depa ada MNLF yang berfahaman Nasionalist Sekular, la nie jadi pemerintah di
Wilayah Autonomi Mindanao; walau pun dok kata berjuang untuk Islam, tapi tak
apa sistem sekular pun sekularlah, janji negara Aman.
Di Malaysia pula, kita ada UMNO; ish tak payah hurai panjang kot; kalau tengok
huraian pasal MNLF di atas, sebijik macam yang kita tengah dok tengok dalam
UMNO hari ini.
Kemudian, depa ada MILF, yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai sistem
hidup dan sistem perundangan negara. Ish, kita pun ada juga parti yang serupa;
kalau tak silap saya nama dia Parti Islam Semalaysia. Di Filipina sana, MILF
selalu saja kena bambu dengan tentera Filipina; di Malaysia pula PAS pun
selalu kena bambu, tapi taklah kena bambu dengan tongkat semambu atau pun kena
bom macam yang Estrada selalu buat kat kem-kem MILF di hutan Mindanao sana;
kalau depa buat kat PAS macam itu di Malaysia ini, jadilah macam cerita
Memali.
Ha, kalau dah UMNO macam MNLF, PAS macam MILF, Abu Sayyaf pulak macam siapa?
AIK, ORANG REFORMASI JANGAN PERASAN PULAK; SEBAB KITA SEMUA TAHU GENG-GENG
REFORMASI HANYALAH ADIK BERADIK KITA YANG TERLETAK DALAM KUMPULAN ANTARA PAS
DAN UMNO.
Di Malaysia, kumpulan macam Abu Sayyaf masih belum wujud lagi.
Wujud ka tak wujud kumpulan macam Abu Sayyaf dalam masyarakat kita, banyak
bergantung kepada sejauh manakah kerajaan yang ada terus menerus memberi
tekanan kepada kebangkitan Islam di Malaysia.
Maka itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita ingin berpesan
kepada mereka2 yang punyai kuasa di atas sana:
TOLONGLAH TAPIS APA YANG NAK HANGPA KATA, TOLONG BERHATI-HATI DENGAN SEGALA
KUASA YANG HANGPA ADA - KERANA, KALAU SUNNAH NABI TERUS DICELA, KALAU HUKUM
HAKAM AL-QURAN DAN PERUNDANGAN ISLAM TERUS DIMOMOK-MOMOKKAN, YAKINLAH SUATU
HARI NANTI ANGKATAN SE'DARING' ABU SAYYAF PASTI AKAN MUNCUL DI BUMI MALAYSIA!!
Sama-samalah kita muhasabahkan diri masing-masing.
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>