*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Semasa melayari akhbar online, terjumpa surat pembaca dibawah. 
Kita tak tahu apa punca sebenar beliau tak dapat masuk IPTA.
Mungkin mata pelajaran tertentu lemah, atau ada sebab2 lain,
susah nak cakap.  

Kalau anak kita, apa tindakan kita selanjutnya?  Susah juga
puzzle ni ya.   

Sekian.

-------------

Surat: Pelajar aliran agama mahu perhatian 

21 September 2000 
                
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar di seluruh negara yang berjaya
menempatkan diri di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semoga
belajar dengan sedaya upaya agar tidak mengecewakan harapan
kedua-dua ibu bapa. 

Sebenarnya saya pelajar yang memohon ke IPTA, tetapi malangnya
nasib tidak sebaik mereka. Saya seorang pelajar dalam aliran agama
yang bersekolah di Seberang Perai Utara. 

Meskipun, saya mendapat pangkat satu dalam peperiksaan, tetapi ia
bukan jaminan mendapat tempat di IPTA. Mungkinkah saya bukan
daripada aliran Sains atau Sastera atau mungkin juga nasib tidak
menyebelahi saya. Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal
menuntut di sekolah agama. 

Sebagai pelajar agama juga, saya sering ditanya mengenai masa
depan bersekolah di sana? Pelajaran apakah yang diajar di sana? Ada
kemudahan dan ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di
sana?. 

Namun demikian, saya lebih bersimpati dengan mereka yang masih
bersekolah agama. Ke manakah haluan mereka selepas ini pula?
Bagaimanakah jika hanya mendapat pangkat dua atau tiga? Adakah
masih ada harapan untuk mereka? Peluang pelajar aliran agama bagi
melanjutkan pelajaran ke IPTA mungkin hanya di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIA).

Akhirnya, tiada niat mahu menyinggung perasaan sesiapa, tetapi
sekadar mahu melihat ada pihak sedia memartabatkan sekolah agama
sejajar dengan pembangunan negara supaya dan sekolah agama tidak
lagi dipandang sebelah mata, tetapi dilihat dengan penuh rasa megah
serta bangga. 

PELAJAR SEKOLAH AGAMA, Seberang Perai Utara


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke