*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ....

maaf sampuk sikit ...... saya ni didikan sekular juge !! cume segala puji bagi
TUHAN kerana memberi taufik dan hidayah untuk masih beriman kepadaNYA... dan
semoga dilipat ganda taufik hidayahNYA untuk masa akan datang ...

saya perhatikan betapa kayu pengukur kite terlalu terikat dengan kesenangan/gaji
lumayan/nikmat harta benda dsbnya...sebagai penentuan kejayaan dalam kehidupan.
betul ke cara ni ???.... kalu ginilah.... camana orang yang tak kenal bangku
sekolah .....tak perlu ke dia orang bersyukur ??? rasa saya kebanyakan dari kite
termasuk saya barangkali telah menyimpang jauh dari landasan sunnah Nabi SAW
...... cuba kita renung .... sejarah mengatakan betapa Nabi SAW makan tak
seberapa , rumah tak seberapa , tidur tak seberapa , kenderaan tak seberapa ,
harta !!??? ...dahlah tu sembahyang banyak sekali sehingga pernah ditegur oleh
isteri beliau ...yang baginda adalah maksum ...apa jawabnya ...... justeru
itulah yang beliau perlu banyak bersyukur ....!!  ini lebih kurang ceritanya
(harap tak ada kesilapan).
Apa dah jadi pada nilai nikmat islam kite ???.macam tak ada apa-apa ... lahir
kite sebagai seorang muslim tu dah jadi macam anak zaman sekarang dapat hadiah
sebuah basikal buruk je !!!  bagi saya bukan  sekolah mana/jurusan mana yang
menjadi persoalan utama ..... tapi asas pengetahuan yang bertunjangkan keimanan
tu yang perlu ditanam betul-betul agar buah nya nanti lazat rasanya ... apalah
lebihnya didikan agama kalau hasilnya lulusan yang menyelewengkan ugama itu
sendiri. Alim ulama sememangnya mulia namun ketakwaannya yang menjadi ukuran.

WALLAHua'lam.
belajar hidup untuk mati.(bersedia menghadapi kematian).

salam sejahtera wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
>
> Saya sebenarnya nak komen mengenai tajuk itu. Kenapa menyesal sekolah agama?
>
> Saya tidak bersekolah agama tetapi sekolah aliran sains. Universiti pun
> aliran kejuruteraan. Jadi, kenapa menyesal sekolah agama?
>
> Pendapat saya tak perlu menyesal. Kenapa saya kata begitu? Saya bercakap
> dari pengalaman sendiri. Sebelum itu, saya nak beri amaran sikit supaya
> tidak berlaku silap faham disini.
>
> Saya menceritakan semua ni bukannya saya tidak bersyukur dengan apa yang
> ada. Saya bersyukur. Cuma, saya nak cerita sebagai pedoman kepada kalian
> semua.
>
> Saya aliran kejuruteraan. Isteri pula perakaunan. Saya kerja jurutera dan
> isteri akauntan. Kalau orang dengar, kencanglah income tu kononnyalah.
> Mewahlah hidup. Senang lenang, rumah besar dan kereta besar. Hakikatnya
> tidak begitu. Hidup kami alhamdulillah. Nak kata mewah, taklah mewah. Kereta
> ada satu. Itupun Wira. (Alhamdulillah). Haji pun belum cukup duit nak pergi.
> Simpanan bank tu boleh kata tak ada. Kami merasakan dengan kedua-duanya
> berkerja profesional, sekurangnya duduk rumah banglo dan kereta pun
> besarlah. Tapi, tidak menjadi sedemikian. Rumahnya pangsapuri 800 kaki
> persegi.
>
> Bukanlah saya tidak bersyukur. Kami bersyukur. Alhamdulillah. Jangan pula
> ada netters yang reply hentam saya tuduh saya tak bersyukur. Cuma keadaan
> kami membuatkan saya berfikir sedikit mengenai falsafah hidup dan nak komen
> sebagai panduan untuk semua jika ada kebaikannya.
>
> Kemudian saya nak banding dengan sepupu saya yang belajar aliran agama. Dia
> sekolah arab. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Azhar sehingga masters.
> Sekarang dia kerja sebagai pensyarah dan isteri jadi guru. Saya tengok dia
> lebih mewah dari kami. Alhamdulillah. Kereta ada dua. Dengar khabar, akan
> menunaikan Haji tahun ini. Bukan dengan isteri sahaja. Malahan mampu lagi
> bawa ibu dan bapa dia. Kira mewah dan senanglah. Kalau tak ada simpanan 30
> ribu jangan cakaplah.Alhamdulillah. Allah berikan hidup sepupu saya itu
> mewah dan murah rezeki.
>
> Justeru, sebagai kesimpulannya, jangan menyesal belajar apa-apa aliran pun.
> Kalau aliran ugama, lebih-lebih lagi jangan menyesal. Janganlah risau samada
> anak-anak kita akan dapat kerja yang gaji besar atau tidak. Nanti hidup
> senang atau tidak. InsyaAllah, jika ilmunya berkat, rezeki Allah akan datang
> tanpa kita duga. Sebagaimana nasib sepupu saya itu.
>
> Wassalam.
>
> >From: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Kenapa menyesal sekolah agama?
> >Date: Fri, 22 Sep 2000 05:55:32 0100
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamualaikum,
> >
> >Semasa melayari akhbar online, terjumpa surat pembaca dibawah.
> >Kita tak tahu apa punca sebenar beliau tak dapat masuk IPTA.
> >Mungkin mata pelajaran tertentu lemah, atau ada sebab2 lain,
> >susah nak cakap.
> >
> >Kalau anak kita, apa tindakan kita selanjutnya?  Susah juga
> >puzzle ni ya.
> >
> >Sekian.
> >
> >-------------
> >
> >Surat: Pelajar aliran agama mahu perhatian
> >
> >21 September 2000
> >
> >TAHNIAH diucapkan kepada pelajar di seluruh negara yang berjaya
> >menempatkan diri di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semoga
> >belajar dengan sedaya upaya agar tidak mengecewakan harapan
> >kedua-dua ibu bapa.
> >
> >Sebenarnya saya pelajar yang memohon ke IPTA, tetapi malangnya
> >nasib tidak sebaik mereka. Saya seorang pelajar dalam aliran agama
> >yang bersekolah di Seberang Perai Utara.
> >
> >Meskipun, saya mendapat pangkat satu dalam peperiksaan, tetapi ia
> >bukan jaminan mendapat tempat di IPTA. Mungkinkah saya bukan
> >daripada aliran Sains atau Sastera atau mungkin juga nasib tidak
> >menyebelahi saya. Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal
> >menuntut di sekolah agama.
> >
> >Sebagai pelajar agama juga, saya sering ditanya mengenai masa
> >depan bersekolah di sana? Pelajaran apakah yang diajar di sana? Ada
> >kemudahan dan ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di
> >sana?.
> >
> >Namun demikian, saya lebih bersimpati dengan mereka yang masih
> >bersekolah agama. Ke manakah haluan mereka selepas ini pula?
> >Bagaimanakah jika hanya mendapat pangkat dua atau tiga? Adakah
> >masih ada harapan untuk mereka? Peluang pelajar aliran agama bagi
> >melanjutkan pelajaran ke IPTA mungkin hanya di Universiti Islam
> >Antarabangsa Malaysia (UIA).
> >
> >Akhirnya, tiada niat mahu menyinggung perasaan sesiapa, tetapi
> >sekadar mahu melihat ada pihak sedia memartabatkan sekolah agama
> >sejajar dengan pembangunan negara supaya dan sekolah agama tidak
> >lagi dipandang sebelah mata, tetapi dilihat dengan penuh rasa megah
> >serta bangga.
> >
> >PELAJAR SEKOLAH AGAMA, Seberang Perai Utara
> >
> >
> >__________________________________________________________
> >This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
> Share information about yourself, create your own public profile at
> http://profiles.msn.com.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: medang_y <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke