*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Memula minta maaf sebab menyampuk ye, w/pun saya bukan dikalangan ibu
bapa...Terpanggil rasanye utk memberi sedikit komen dan pandangan mengenai
tajuk nie.. Em, memula tengok tajuk, nampak cam menarik, bila dah baca rasa
sedih pun ada... Sebenarnye, saya pun bersekolah agama agama gak bawah
JAIS, dan selama beberapa tahun di sini, saya takde terdengar pulak senior2
lepasan SPM susah utk futher study ke mana2 IPT hanya disebabkan mereka
bersekolah agama.... Malahan, sepatutnya mereka yg bersekolah agama perlu
rasa bersyukur sebab diberi peluang menimba ilmu agama lebih dr. sahabat2
yg sekolah men. biasa.. Sekurang2nya, bila keluar nanti, ada gak yg kita
nak kongsi pd. sahabat2 kita di luar sana...
Alhamdulillah, sepanjang saya belajar di. s.a(sekolah agama), saya tak
pernah rasa menyesal apatah lagi berputus asa. Malah, saya rasa bersyukur
sangat sekurang2nye di s.a banyak peringatan yg diberikan kpd kita & kita
lebih belajar mengenai sesuatu hukum yg mungkin tak diketahui oleh
kengkawan di luar sana... Kalau kita menyesal bersekolah agama, rugilah
segala ilmu yg kita pelajari, bayangkan kalau cikgu yg mengajar tu dengar,
tak ke sedih... Seterusnya ilmu yg sebenarnya bermanfaat tu, tak mandapat
keberkatan dr. guru yg mengajar, hanya krn kita menyinggung perasaan guru
tu dgn kata2 kita... Kalau ilmu tak berkat nie lagila bahaya....
Eh, terlajak.. Berbalik pd. tawaran IPT tu.. Saya rasa tawaran U tu
bergantung dengan aliran apa yg diambik.. Kalau aliran sains, & keputusan
baik, dapatlah IPT yg menawarkan bidang sains.. kalau cam kat sekolah saye,
takde aliran sains sejak zaman dulu lagi (memula diuka), so, selalunye
senior2 kitorang futher study mengikut aliran yg diorang minat. Ada yg
teruskan ambil bidang agama; Syari'ah, Usuluddin, Pend. Islam, B.Arab, Ilmu
Wahyu etc ada yg kat UIA, KISDAR, KUSZA, JAIPETRA dll.. Ada juga yg ambil
bidang lain; IT, undang2, dll. Cumanya, majoriti yg futher study nie anbil
bidang agama gak, sebab subject akademik terhad...
Mungkin sahabat saya yg tak dapat tawaran tu ada something wrong kat
mana2 subject kot.... Wallahua'lam... Whateverpun, kalau bole janganla kita
menghukum sesuatu tu hanya berdasarkan pada pandangan kita jer... Eh betul
ke saya cakap nie? Mungkin bukan rezeki kita, dan peluang tu masih banyak,
kita kena usaha cara lain... Sememangnye kalau boleh, bila kita dah
melakukan sesuatu perkara tu di atas usaha kita, janganlah disesali
MELAINKAN perkara yg tak bermanfaat & hanya mendapat dosa kalau dibuat..
Akhir kalam, sebagai manusia yg tak lari dr. kesilapan, maafkan di atas
segala kekurangan. Sekiranya ada teguran teramatlah dialu2kan, lebi2 lagi
saya adalah dikalangan paling muda di ruangan nie, perlukan lebih tunjuk
ajar utk memperbaiki diri ... Kiranya ada yg terguris perasaannya tanpa
disengajakan, pohon diampunkan.. Kita datang dengan cara baik, pulang pun
cara yg baik... Do'akanlah saya berjaya di medan peperiksaan, penetu masa
depan.....
FirmanNya yg bermaksud:
"DEMI MASA, MANUSIA DI DALAM KERUGIAN..
KECUALI ORANG YG BERIMAN JUGA
ORANG YG BERAMAL SOLEH. YG
BERPESAN PADA KEBENARAN
JUGA BERPESAN PADA
KESABARAN..."
(surah
Al-Asr: 1-3)
Ma'as salamah..
At 05:55 AM 9/22/00 +0000, En Quiet wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Semasa melayari akhbar online, terjumpa surat pembaca dibawah.
>Kita tak tahu apa punca sebenar beliau tak dapat masuk IPTA.
>Mungkin mata pelajaran tertentu lemah, atau ada sebab2 lain,
>susah nak cakap.
>
>Kalau anak kita, apa tindakan kita selanjutnya? Susah juga
>puzzle ni ya.
>
>Sekian.
>
>-------------
>
>Surat: Pelajar aliran agama mahu perhatian
>
>21 September 2000
>
>TAHNIAH diucapkan kepada pelajar di seluruh negara yang berjaya
>menempatkan diri di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semoga
>belajar dengan sedaya upaya agar tidak mengecewakan harapan
>kedua-dua ibu bapa.
>
>Sebenarnya saya pelajar yang memohon ke IPTA, tetapi malangnya
>nasib tidak sebaik mereka. Saya seorang pelajar dalam aliran agama
>yang bersekolah di Seberang Perai Utara.
>
>Meskipun, saya mendapat pangkat satu dalam peperiksaan, tetapi ia
>bukan jaminan mendapat tempat di IPTA. Mungkinkah saya bukan
>daripada aliran Sains atau Sastera atau mungkin juga nasib tidak
>menyebelahi saya. Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal
>menuntut di sekolah agama.
>
>Sebagai pelajar agama juga, saya sering ditanya mengenai masa
>depan bersekolah di sana? Pelajaran apakah yang diajar di sana? Ada
>kemudahan dan ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di
>sana?.
>
>Namun demikian, saya lebih bersimpati dengan mereka yang masih
>bersekolah agama. Ke manakah haluan mereka selepas ini pula?
>Bagaimanakah jika hanya mendapat pangkat dua atau tiga? Adakah
>masih ada harapan untuk mereka? Peluang pelajar aliran agama bagi
>melanjutkan pelajaran ke IPTA mungkin hanya di Universiti Islam
>Antarabangsa Malaysia (UIA).
>
>Akhirnya, tiada niat mahu menyinggung perasaan sesiapa, tetapi
>sekadar mahu melihat ada pihak sedia memartabatkan sekolah agama
>sejajar dengan pembangunan negara supaya dan sekolah agama tidak
>lagi dipandang sebelah mata, tetapi dilihat dengan penuh rasa megah
>serta bangga.
>
>PELAJAR SEKOLAH AGAMA, Seberang Perai Utara
>
>
>__________________________________________________________
>This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ilyana Syadwan <[EMAIL PROTECTED]>