*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hantar anak ke skolah tujuan nya beri peluang anak anak menuntut ilmu supaya 
mereka menjadi Insan yang berbakti kepada masyarakat nya, HablumminAllah dan 
Hablumminnanas. Kalau kecenderungan anak tu untuk menjadi ulamak, hantar 
mereka ke sekolah agama sepenuh nya, mudah mudahhan mereka dapat melanjutkan 
pelajaran ke IPT dimana tertumpunya para ilmuan berkaitan. Atau pun hantar 
mereka pada tok guru yang Mursyid (o payah oooo nak cari guru sebegini zaman 
sekarang - kalau adapun  kita tak berapa pasti camana nak kenal mereka). 
Bagi anak yang lebih cenderung ke bidang profasional, sekolah kan mereka ke 
sekolah kebangsaan biasa, penting untuk hantar  mereka ke sekolah agama. 
bagi negeri negeri yang takde sekolah agama, menjadi tanggungjawab 
masyarakat setempat mengadakan nya, kerana sudah jatuh hukum wajib fardu 
kifayah mendirikan sekolah sedemikian. sekolah agama penting oooo, kekadang 
ada juga amanah ilmu yang kita tak berapa tergamak nak sampaikan pada anak 
anak secara terus terang, terutama dalam bab baligh membaligh nih. Lagi pun 
banyak lagi ilmu yang memang perlu mereka tau sebagai persedian menjadi 
muslim dewasa. bila sekolah menengah sekolah kan mereka ke sekolah menengah 
agama dibawah kementerian pendidikan sebab silibus pelajaran nya standat 
dengan semua sekolah menengah seluruah Malaysia. Tak jadi masalah kalau 
,kita terpaksa berpindah kenegeri negeri lain. Kalau sekolah menengah 
kerajaan negeri, biasanya silibus ditentukan oleh kerajaan negeri (standat 
yang berbeza). yang istimewanya sekolah Menengah agama kementerian 
pendidikan nih berasrama penuh, para ustaz menjadi pembimbing mereka semasa 
diasrama dalam semua segi, masa ini mereka mula mempraktikkan pelajaran 
agama yang mereka belajar selama ini. baik disiplin, tatacara berpakaian, 
makan minum, peergaulan, aktiviti ko kurikulum dlll. Mereka boleh 
melanjutkan pelajaran mereka kemana mana IPT. nak bidang agama sepenuh nya 
atau pun ke bidang profasional. Jangan kita anggap kalau jadi doktor, 
jurutera, bussimessmen tu tak islamaik. Bidang bidang ini sudah jadi wajib 
fardhu kifayah dalam  masyarakat islam sekarang. kalau ikut betul betul 
prinsip islam merka akan dapat pendapatan lumayan, dan pahala yang berlipat 
gannda. Insyaalah. bahagiia didunia bahagia di akhirat. Bayang kan lkalau 
takda langsung profasional Islam, kita terpaksa meminta hidmat orang kaper. 
hendak tak hendak kita terpaksa ikut acuan mereka lah. Ringkasnya aliran 
mana yang kita pilih kedua duanya wajib dituntut HABLUM MINALLAH DAN HABLUM 
MUNANNAS.



>From: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Kenapa menyesal sekolah agama?
>Date: Sun, 24 Sep 2000 16:28:17 GMT
>
>Wa'alaikumussalam,
>
>Apa yang medang kata tu ada betulnya.
>Cuma, tak dapat tidak, duit masih diperlukan untuk hidup sebab sekarang ini
>zaman tak seperti zaman dahulu. Semua hal kena pakai duit. Nak makan pucuk
>ubi pun kena beli satu ringgit seikat. Kalau zaman dulu2 lainlah. Pergi
>sahaja ke kebun, semuanya free. Pucuk ubi ke. Pucuk paku ke. Bunga kantang
>ke. Semuanya free. Sekarang tak lagi. Kalau tinggal kampung pun, beras kena
>beli juga.
>
>Justeru, duit masih relevanlah walaupun kita boleh kata duit tu bukanlah
>perkara utama. Yang lebih penting, ni'mat iman dan Islam. Betullah tu
>sebagaimana medang tulis.
>
>Walaubagaimanapun, kisah benar yang saya paparkan itu menggambarkan Allah
>subhanahuwata'ala yang menentukan rezeki masing2. Mungkin ada ibubapa yang
>kurang minat nak hantar anak ke sekolah agama, takut bila besar tak ada
>kerja. Jadi, mudah-mudahan kisah itu menjadi iktibar. InsyaAllah, rezeki di
>tangan Allah.
>
>Wassalam.
>
>
>>From: medang_y <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: salam sejahtera <[EMAIL PROTECTED]>
>>CC: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* Kenapa menyesal sekolah agama?
>>Date: Sun, 24 Sep 2000 23:51:46 +0800
>>
>>Assalamualaikum ....
>>
>>maaf sampuk sikit ...... saya ni didikan sekular juge !! cume segala puji
>>bagi
>>TUHAN kerana memberi taufik dan hidayah untuk masih beriman kepadaNYA...
>>dan
>>semoga dilipat ganda taufik hidayahNYA untuk masa akan datang ...
>>
>>saya perhatikan betapa kayu pengukur kite terlalu terikat dengan
>>kesenangan/gaji
>>lumayan/nikmat harta benda dsbnya...sebagai penentuan kejayaan dalam
>>kehidupan.
>>betul ke cara ni ???.... kalu ginilah.... camana orang yang tak kenal
>>bangku
>>sekolah .....tak perlu ke dia orang bersyukur ??? rasa saya kebanyakan 
>>dari
>>kite
>>termasuk saya barangkali telah menyimpang jauh dari landasan sunnah Nabi
>>SAW
>>...... cuba kita renung .... sejarah mengatakan betapa Nabi SAW makan tak
>>seberapa , rumah tak seberapa , tidur tak seberapa , kenderaan tak 
>>seberapa
>>,
>>harta !!??? ...dahlah tu sembahyang banyak sekali sehingga pernah ditegur
>>oleh
>>isteri beliau ...yang baginda adalah maksum ...apa jawabnya ...... justeru
>>itulah yang beliau perlu banyak bersyukur ....!!  ini lebih kurang
>>ceritanya
>>(harap tak ada kesilapan).
>>Apa dah jadi pada nilai nikmat islam kite ???.macam tak ada apa-apa ...
>>lahir
>>kite sebagai seorang muslim tu dah jadi macam anak zaman sekarang dapat
>>hadiah
>>sebuah basikal buruk je !!!  bagi saya bukan  sekolah mana/jurusan mana
>>yang
>>menjadi persoalan utama ..... tapi asas pengetahuan yang bertunjangkan
>>keimanan
>>tu yang perlu ditanam betul-betul agar buah nya nanti lazat rasanya ...
>>apalah
>>lebihnya didikan agama kalau hasilnya lulusan yang menyelewengkan ugama 
>>itu
>>sendiri. Alim ulama sememangnya mulia namun ketakwaannya yang menjadi
>>ukuran.
>>
>>WALLAHua'lam.
>>belajar hidup untuk mati.(bersedia menghadapi kematian).
>>
>>salam sejahtera wrote:
>
>> > Assalamu'alaikum,
>> >
>> > Saya sebenarnya nak komen mengenai tajuk itu. Kenapa menyesal sekolah
>>agama?
>> >
>> > Saya tidak bersekolah agama tetapi sekolah aliran sains. Universiti pun
>> > aliran kejuruteraan. Jadi, kenapa menyesal sekolah agama?
>> >
>> > Pendapat saya tak perlu menyesal. Kenapa saya kata begitu? Saya 
>>bercakap
>> > dari pengalaman sendiri. Sebelum itu, saya nak beri amaran sikit supaya
>> > tidak berlaku silap faham disini.
>> >
>> > Saya menceritakan semua ni bukannya saya tidak bersyukur dengan apa 
>>yang
>> > ada. Saya bersyukur. Cuma, saya nak cerita sebagai pedoman kepada 
>>kalian
>> > semua.
>> >
>> > Saya aliran kejuruteraan. Isteri pula perakaunan. Saya kerja jurutera
>>dan
>> > isteri akauntan. Kalau orang dengar, kencanglah income tu kononnyalah.
>> > Mewahlah hidup. Senang lenang, rumah besar dan kereta besar. Hakikatnya
>> > tidak begitu. Hidup kami alhamdulillah. Nak kata mewah, taklah mewah.
>>Kereta
>> > ada satu. Itupun Wira. (Alhamdulillah). Haji pun belum cukup duit nak
>>pergi.
>> > Simpanan bank tu boleh kata tak ada. Kami merasakan dengan kedua-duanya
>> > berkerja profesional, sekurangnya duduk rumah banglo dan kereta pun
>> > besarlah. Tapi, tidak menjadi sedemikian. Rumahnya pangsapuri 800 kaki
>> > persegi.
>> >
>> > Bukanlah saya tidak bersyukur. Kami bersyukur. Alhamdulillah. Jangan
>>pula
>> > ada netters yang reply hentam saya tuduh saya tak bersyukur. Cuma
>>keadaan
>> > kami membuatkan saya berfikir sedikit mengenai falsafah hidup dan nak
>>komen
>> > sebagai panduan untuk semua jika ada kebaikannya.
>> >
>> > Kemudian saya nak banding dengan sepupu saya yang belajar aliran agama.
>>Dia
>> > sekolah arab. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Azhar sehingga masters.
>> > Sekarang dia kerja sebagai pensyarah dan isteri jadi guru. Saya tengok
>>dia
>> > lebih mewah dari kami. Alhamdulillah. Kereta ada dua. Dengar khabar,
>>akan
>> > menunaikan Haji tahun ini. Bukan dengan isteri sahaja. Malahan mampu
>>lagi
>> > bawa ibu dan bapa dia. Kira mewah dan senanglah. Kalau tak ada simpanan
>>30
>> > ribu jangan cakaplah.Alhamdulillah. Allah berikan hidup sepupu saya itu
>> > mewah dan murah rezeki.
>> >
>> > Justeru, sebagai kesimpulannya, jangan menyesal belajar apa-apa aliran
>>pun.
>> > Kalau aliran ugama, lebih-lebih lagi jangan menyesal. Janganlah risau
>>samada
>> > anak-anak kita akan dapat kerja yang gaji besar atau tidak. Nanti hidup
>> > senang atau tidak. InsyaAllah, jika ilmunya berkat, rezeki Allah akan
>>datang
>> > tanpa kita duga. Sebagaimana nasib sepupu saya itu.
>> >
>> > Wassalam.
>> >
>> > >From: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>
>> > >To: [EMAIL PROTECTED]
>> > >Subject: H-Net* Kenapa menyesal sekolah agama?
>> > >Date: Fri, 22 Sep 2000 05:55:32 0100
>>
>> > >Assalamualaikum,
>> > >
>> > >Semasa melayari akhbar online, terjumpa surat pembaca dibawah.
>> > >Kita tak tahu apa punca sebenar beliau tak dapat masuk IPTA.
>> > >Mungkin mata pelajaran tertentu lemah, atau ada sebab2 lain,
>> > >susah nak cakap.
>> > >
>> > >Kalau anak kita, apa tindakan kita selanjutnya?  Susah juga
>> > >puzzle ni ya.
>> > >
>> > >Sekian.
>> > >
>> > >-------------
>> > >
>> > >Surat: Pelajar aliran agama mahu perhatian
>> > >
>> > >21 September 2000
>> > >
>> > >TAHNIAH diucapkan kepada pelajar di seluruh negara yang berjaya
>> > >menempatkan diri di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semoga
>> > >belajar dengan sedaya upaya agar tidak mengecewakan harapan
>> > >kedua-dua ibu bapa.
>> > >
>> > >Sebenarnya saya pelajar yang memohon ke IPTA, tetapi malangnya
>> > >nasib tidak sebaik mereka. Saya seorang pelajar dalam aliran agama
>> > >yang bersekolah di Seberang Perai Utara.
>> > >
>> > >Meskipun, saya mendapat pangkat satu dalam peperiksaan, tetapi ia
>> > >bukan jaminan mendapat tempat di IPTA. Mungkinkah saya bukan
>> > >daripada aliran Sains atau Sastera atau mungkin juga nasib tidak
>> > >menyebelahi saya. Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal
>> > >menuntut di sekolah agama.
>> > >
>> > >Sebagai pelajar agama juga, saya sering ditanya mengenai masa
>> > >depan bersekolah di sana? Pelajaran apakah yang diajar di sana? Ada > 
>> >kemudahan dan ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di
>> > >sana?.Namun demikian, saya lebih bersimpati dengan mereka yang masih> 
>> > >bersekolah agama. Ke manakah haluan mereka selepas ini pula?
>> > >Bagaimanakah jika hanya mendapat pangkat dua atau tiga? Adakah
>> > >masih ada harapan untuk mereka? Peluang pelajar aliran agama bagi> 
>> >melanjutkan pelajaran ke IPTA mungkin hanya di Universiti Islam>> > 
>> >Antarabangsa Malaysia (UIA).Akhirnya, tiada niat mahu menyinggung 
>>perasaan sesiapa, tetapi sekadar mahu melihat ada pihak sedia 
>>memartabatkan sekolah  >>agama>> > >sejajar dengan pembangunan negara 
>>supaya dan sekolah agama >>tidak>> > >lagi dipandang sebelah mata, tetapi 
>>dilihat dengan penuh rasa >>megah>> > >serta bangga.ELAJAR SEKOLAH AGAMA, 
>>Seberang Perai Utara
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Dang Tut" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke