----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:34
PM
Subject: Re: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh
Ceramah
Assalamualaikum wrth wbth,
Saudari, Saad bin Abi Waqaf, Mubaligh2 Islam yang
datang ke tanah Jawi dahulupun taklah sangat berceramah namun nikmat islam
yang kita perolehi hari ini sebahagian besar dengan percantuman sistem pondok
dan moden.
Mereka merealisasikan Islam dengan penghayatan
sehingga datuk nenek kita yang sebahagiannya hindu, budha dan orang Asli dapat
menerima Islam dengan himah mereka.
Mereka mempunyai karamah yang hebat sehingga para
raja dan pahlawan istana telah menerima islam dengan baik. Peribadi mereka
menggambarkan kehidupan mereka, Islam yang mereka bawa menempati acuan
Rasulullah s.a.w . Kita menjadi terang dengan suluhan mentari yang mereka bawa
lantas meninggalkan kekufuran dengan rela hati dan bukan dengan hasad dengki,
dendam kesumat dan buruk sangka.
Islam yang mereka bawa begitu telus dan lurus
tanpa mempunyai maksud duniawi samada untuk menjadi raja, menghimpun harta,
menjadi tilik pandang jelitawan dan keegoan sebagai jaguh yang bergelar
YB.
Akibat daripada ketidak telusan telah menjadikan
kemenangan sementara di Uhud telah bertukar kekalahan akibat perebutan
ghanimah yang ditinggalkan.
Serban telah bertukar songkok, teluk belanga
telah bertukar tali leher dan kot, usrah telah bertukar balak, muafakat telah
bertukar puak dan lain2 yang tak patut berlaku. Apatah lagi warak bertukar
tamak. Semua ini telah mendatangkan bala daripada Allah s.n.w menjadikan Iman,
Islam dan Ehsan yang ada pada diri sudah tidak ditakuti.
Percakapan dan perbuatan sebelum dan selepas
menang telah banyak berubah kepada musnah. Air mata malam sudah tidak keluar
lagi. Adakah ini perjuangan yang kita tagih dan kunci keridhoan dari
Ilahi?
Ingatlah tentera Islam pernah tewas kerana
meninggalkan bersugi. Apakah kita yakin menang dengan meninggalkan kasih
sayang. Lebih baik kita tewas sekirany ausaha kita di redhoi Allah daripada
menang dan dilaknati allah.
Hentikanlah menyalahkan orang lain kerana terlalu
banyak kesalahan sendiri perlu dihitung. Apabila di sebut pasal munafiq,
Saidina Umar Al Khattab lebih merasakan beliau yang munafiq sedangkan beliau
sudah dijamin syurga.
Wassalam
----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:09
AM
Subject: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh
Ceramah
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* {
Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej
anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan
barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]
} *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH
PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Apabila pas tidak boleh ceramah ramai lah peniaga kecil yang
merungut kerana tidak boleh berniaga , maknanya hilanglah mata pencarian
mereka ini.
Dekat kelantan sekarang ini bila pas buat ceramah bertrak trak
FRU buat kawalan.
disini ingin kita tanya siapa pencetus huru hara
dimalaysia.
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala
pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi &
bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi
[EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "zaidah mohd"
<[EMAIL PROTECTED]>