*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Wrth Wbth.

Sahabat2 netters, saya tidak bermaksud keluar daripada tajuk perbincangan.
Sesuatu perkara yang menjadi isu sepatutnya isu itu sendiri yang perlu kita
bincang.

Zaman bilapun tak ada maki dan sumpah seranah yang diajar oleh sekalian nabi
lagi Rasul begitu juga para sahabat, Ulama2 Muktabar dan para solihin.

Biarpun Saidina Bilal di hempap dengan batu tak keluar dari mulut beliau
celaka abu jahal yang zalim, abu lahab yang zalim melainkan Ahadun Ahad.

Sahabat2 di luarpun tak mengherdik dan tak menghemburkan sekalian perkataan
yang huduh2, kerana semuanya dilihat sebagai anugerah dari Ilahi yang
dicintai.

Malah mereka merasai nikmat siksaan sebagai kecintaan kepada ilahi yang
kemudiannya membuka mata orang terdahulu dan kini betapa ampuhnya iman
mereka. Setelah mereka terkaluar daripada siksa tiada pula kedengaran
umpatan dan ceritaan yang menyakitkan. Apa yang penting Agama Islam harus
diteruskan.

Jika nak dibandingkan kejahatan orang yang terdahulu dengan yang kini jauh
panggang dari api demikianlah jika nak dibandingkan kebaikan pejuang Islam
dahulu dengan kini jauh panggang dari api. Namun kita mendabik dada yang
kitalah orang paling baik dan terbaik, sehingga sanggup  berkata apa sahaja
yang kita anggap baik.

Mendaulahkan Islam bukan dengan satu jalan, jika sedemikian kita faham maka
tidak mustahil semua hukum yang kita keluarkan berdasarkan jalan yang kita
lalui. Amar ma''ruf yang kita faham akan terkeluar dari fahaman yang kita
berada padanya. Akibatnya kita tidak akan menghukum suatu hukum dengan hukum
Tuhan.Bukankah itu dinamakan Zalim, fasik dan kufur? Kerana menghukum dengan
jemaah atau jalan yang kita lalui.

Kembali kepada Allah dan rasulullah mesti tidak keluar dari acuan yang di
tinggal, sedemikian nak saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan sahabt
netters Al mahdi dan Musa a.s tidak mengikuti jalan yang telah kita bina,
tetapi kita yang akan mengikuti jalan yang mereka bena.

Itulah buktinya apa yang kita bawa adalah tidak mutlak, maka barang yang
tidak mutlak bukanlah suatu ukuran tepat yang diakukan. Sedemikianlah
perselisihan telah banyak timbul dan tidak sepatutnya kita memarahi sesiapa
sebelum yang asli kita temui.

Anggaplah semua itu suatu perjalanan pembelajaran yang banyak kita tidak
tahu mengenainya. mengakulah yang kita masih belajar, dan orang yang sedang
belajar membuat kesilapan adalah di dalam keampunan Tuhan, dengan syarat
jangan melakukan syirik dan membuat dosa fitnah dan mengumpat terhadap
manusia.

Tidak naik pahala ibadah biarpun kelangit pertama dengan adanya dosa
mengumpat pada hari berkenaan.

 Saya menyusun 10 jari sekiranya menyentuh hati para sahabat yang saya
cintai. Wassalam
----- Original Message -----
From: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, August 28, 2001 12:06 PM
Subject: Re: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh Ceramah


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam,
>
> Itu zaman tahun berapa?   Musuh sekarang bagaimana
> rupa?
>
> Dah ada bukti nyata maka sesetengah YB
> diburuk2sangka. Heran heran, boleh tau mengalir
> atau tidak si air2 mata digelap gulita.
>
> Kalau musuh dah pakai mahafitnah dan mahazalim
> sebagai modal, habis nak senyum aje demi tak nak
> menyalahkan?   Nak ambil amar maaruf sajakah?
> Mana nahi mungkarnya?
>
> Kalau nak diikutkan, cara mereka masih tersangatlah
> lembutnya. Sepatutnya mahaputarbelit ini berdepan
> dengan taleban atau yang sewaktu dengannya. Dah tak
> padan peluru mulut - mereka perlu peluru hidup.
>
> Senanglah bermadah kerana bapa suami ada disamping.
> Tidur nyenyak ditilam empuk, sedangkan bapa suami
> mereka merempat disungai buluh dan taiping. Akibat
> angkara puak zalim dan mahazalim....  Nasib baiklah
> ada puak2 yang berani mengatakan zzzzaaaaliiimmmm
> kepada si zalim. Kalau tidak, lagi mahagilalah
> si mahazalim..
>
> Kalau rasa dakwah lembut masih ada tempatnya.
> Why don't just do it, to complement the other?
> But don't condemn the other. OK brother.
>
> ----- Original Message -----
> From: imranibrahim
> To: zaidah mohd ; [EMAIL PROTECTED]
> Sent: Monday, August 27, 2001 6:34 PM
> Subject: Re: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh Ceramah
>
>
> Assalamualaikum wrth wbth,
>
> Saudari, Saad bin Abi Waqaf, Mubaligh2 Islam yang datang ke tanah Jawi
dahulupun taklah sangat berceramah namun nikmat islam yang kita perolehi
hari ini sebahagian besar dengan percantuman sistem pondok dan moden.
>
> Mereka merealisasikan Islam dengan penghayatan sehingga datuk nenek kita
yang sebahagiannya hindu, budha dan orang Asli dapat menerima Islam dengan
himah mereka.
>
> Mereka mempunyai karamah yang hebat sehingga para raja dan pahlawan istana
telah menerima islam dengan baik. Peribadi mereka menggambarkan kehidupan
mereka, Islam yang mereka bawa menempati acuan Rasulullah s.a.w . Kita
menjadi terang dengan suluhan mentari yang mereka bawa lantas meninggalkan
kekufuran dengan rela hati dan bukan dengan hasad dengki, dendam kesumat dan
buruk sangka.
>
> Islam yang mereka bawa begitu telus dan lurus tanpa mempunyai maksud
duniawi samada untuk menjadi raja, menghimpun harta, menjadi tilik pandang
jelitawan dan keegoan sebagai jaguh yang bergelar YB.
>
> Akibat daripada ketidak telusan telah menjadikan kemenangan sementara di
Uhud telah bertukar kekalahan akibat perebutan ghanimah yang ditinggalkan.
>
> Serban telah bertukar songkok, teluk belanga telah bertukar tali leher dan
kot, usrah telah bertukar balak, muafakat telah bertukar puak dan lain2 yang
tak patut berlaku. Apatah lagi warak bertukar tamak. Semua ini telah
mendatangkan bala daripada Allah s.n.w menjadikan Iman, Islam dan Ehsan yang
ada pada diri sudah tidak ditakuti.
>
> Percakapan dan perbuatan sebelum dan selepas menang telah banyak berubah
kepada musnah. Air mata malam sudah tidak keluar lagi. Adakah ini perjuangan
yang kita tagih dan kunci keridhoan dari Ilahi?
>
> Ingatlah tentera Islam pernah tewas kerana meninggalkan bersugi. Apakah
kita yakin menang dengan meninggalkan kasih sayang. Lebih baik kita tewas
sekirany ausaha kita di redhoi Allah daripada menang dan dilaknati allah.
>
> Hentikanlah menyalahkan orang lain kerana terlalu banyak kesalahan sendiri
perlu dihitung. Apabila di sebut pasal munafiq, Saidina Umar Al Khattab
lebih merasakan beliau yang munafiq sedangkan beliau sudah dijamin syurga.
>
> Wassalam
>
>  Assalamualaikum,
>
> Apabila pas tidak boleh ceramah ramai lah peniaga kecil yang merungut
kerana tidak boleh berniaga , maknanya hilanglah mata pencarian mereka ini.
>
> Dekat kelantan sekarang ini bila pas buat ceramah bertrak trak FRU buat
kawalan.
>
> disini ingin kita tanya siapa pencetus huru hara dimalaysia.
>
>
>
> --
>
> _______________________________________________
> Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
> http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "imranibrahim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke