|
Sdra Halidi ,
Waalaikum mus salam ,
Memberi pandangan tidak salah dan tidak harus merasa bodoh , ini forum
perbincangan , yang baik kita terima yang tidak kita hormati .
Cadangan sdra sudah saudara jawab sendiri sebenarnya . DSAI cuba dari
dalam ...dimana DSAI dan apa terjadi pada DSAI sekarang ....
Cukuplah setakat DSAI , kita tidak ada banyak pilihan lagi . Namun pengorbanan
DSAI tetap dihargai , kerana berjaya membuka mata beribu (berjuta ?) rakyat
Malaysia.
halidi wrote:
Assalammualaikum, Maaf
ye kerana mencelah, saya ni sebenarnya bodoh dan tidak berapa pandai macam
yg lain-lain tu tapi saja nak beri cadangan, apa kata kalau kita semua
keluar PAS masuk UMNO lepas tu, kita 'RENOVATE UMNO dari dalam, ini pernah
terjadi di Eropah dimana semua (100 peratus parti Pembangkang keluar parti
dan masuk parti pemenrintah yg tidak disukai ramai, dan bila mereka menang,
mereka ubah dari dalam parti tersebut dan ianya berkesan) Kalau
tak silap saya, Semangat 46 pun cuba buat macam tu tapi malangnya tidak
berjaya kerana kurang kekuatan dari segi Aqidah, Jihad dan Iman, kerana
bapa saudara saya adalah salah seorang daripadanya dan selalu sangat keluar
dalam Duniaku TV3. Semoga ini jadi pengajaran. Orang
ramai mungkin akan mencela pada awalnya tapi Insya-Allah lama kelamaan
mereka sedar, inilah yg juga cuba dibuat oleh DSAI pada tahun-tahun dulu. Maaf
kalau cadangan saya ni bodoh, sebab saya memang bodoh, tidak seperti tuan-tuan
dan puan puan semua yg bijak pandai lagi cerdik. Bukan nak perli tapi saya
sedar akal saya ditahap mana. Sekian
----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:34
PM
Subject: Re: H-Net* Apabila Pas Tak
Boleh Ceramah
Assalamualaikum wrth wbth, Saudari,
Saad bin Abi Waqaf, Mubaligh2 Islam yang datang ke tanah Jawi dahulupun
taklah sangat berceramah namun nikmat islam yang kita perolehi hari ini
sebahagian besar dengan percantuman sistem pondok dan moden. Mereka
merealisasikan Islam dengan penghayatan sehingga datuk nenek kita yang
sebahagiannya hindu, budha dan orang Asli dapat menerima Islam dengan himah
mereka. Mereka mempunyai
karamah yang hebat sehingga para raja dan pahlawan istana telah menerima
islam dengan baik. Peribadi mereka menggambarkan kehidupan mereka, Islam
yang mereka bawa menempati acuan Rasulullah s.a.w . Kita menjadi terang
dengan suluhan mentari yang mereka bawa lantas meninggalkan kekufuran dengan
rela hati dan bukan dengan hasad dengki, dendam kesumat dan buruk sangka. Islam
yang mereka bawa begitu telus dan lurus tanpa mempunyai maksud duniawi
samada untuk menjadi raja, menghimpun harta, menjadi tilik pandang jelitawan
dan keegoan sebagai jaguh yang bergelar YB. Akibat
daripada ketidak telusan telah menjadikan kemenangan sementara di Uhud
telah bertukar kekalahan akibat perebutan ghanimah yang ditinggalkan. Serban
telah bertukar songkok, teluk belanga telah bertukar tali leher dan kot,
usrah telah bertukar balak, muafakat telah bertukar puak dan lain2 yang
tak patut berlaku. Apatah lagi warak bertukar tamak. Semua ini telah mendatangkan
bala daripada Allah s.n.w menjadikan Iman, Islam dan Ehsan yang ada pada
diri sudah tidak ditakuti. Percakapan
dan perbuatan sebelum dan selepas menang telah banyak berubah kepada musnah.
Air mata malam sudah tidak keluar lagi. Adakah ini perjuangan yang kita
tagih dan kunci keridhoan dari Ilahi? Ingatlah
tentera Islam pernah tewas kerana meninggalkan bersugi. Apakah kita yakin
menang dengan meninggalkan kasih sayang. Lebih baik kita tewas sekirany
ausaha kita di redhoi Allah daripada menang dan dilaknati allah. Hentikanlah
menyalahkan orang lain kerana terlalu banyak kesalahan sendiri perlu dihitung.
Apabila di sebut pasal munafiq, Saidina Umar Al Khattab lebih merasakan
beliau yang munafiq sedangkan beliau sudah dijamin syurga. Wassalam
----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:09
AM
Subject: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh
Ceramah
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila
lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net
} { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
} { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]
} *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE
ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Assalamualaikum, Apabila
pas tidak boleh ceramah ramai lah peniaga kecil yang merungut kerana tidak
boleh berniaga , maknanya hilanglah mata pencarian mereka ini. Dekat
kelantan sekarang ini bila pas buat ceramah bertrak trak FRU buat kawalan. disini
ingin kita tanya siapa pencetus huru hara dimalaysia.
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti
? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat
yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab
HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
|