----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:34
PM
Subject: Re: H-Net* Apabila Pas Tak
Boleh Ceramah
Assalamualaikum wrth wbth,
Saudari, Saad bin Abi Waqaf, Mubaligh2 Islam
yang datang ke tanah Jawi dahulupun taklah sangat berceramah namun nikmat
islam yang kita perolehi hari ini sebahagian besar dengan percantuman sistem
pondok dan moden.
Mereka merealisasikan Islam dengan penghayatan
sehingga datuk nenek kita yang sebahagiannya hindu, budha dan orang Asli
dapat menerima Islam dengan himah mereka.
Mereka mempunyai karamah yang hebat sehingga
para raja dan pahlawan istana telah menerima islam dengan baik. Peribadi
mereka menggambarkan kehidupan mereka, Islam yang mereka bawa menempati
acuan Rasulullah s.a.w . Kita menjadi terang dengan suluhan mentari yang
mereka bawa lantas meninggalkan kekufuran dengan rela hati dan bukan dengan
hasad dengki, dendam kesumat dan buruk sangka.
Islam yang mereka bawa begitu telus dan lurus
tanpa mempunyai maksud duniawi samada untuk menjadi raja, menghimpun harta,
menjadi tilik pandang jelitawan dan keegoan sebagai jaguh yang bergelar
YB.
Akibat daripada ketidak telusan telah
menjadikan kemenangan sementara di Uhud telah bertukar kekalahan akibat
perebutan ghanimah yang ditinggalkan.
Serban telah bertukar songkok, teluk belanga
telah bertukar tali leher dan kot, usrah telah bertukar balak, muafakat
telah bertukar puak dan lain2 yang tak patut berlaku. Apatah lagi warak
bertukar tamak. Semua ini telah mendatangkan bala daripada Allah s.n.w
menjadikan Iman, Islam dan Ehsan yang ada pada diri sudah tidak
ditakuti.
Percakapan dan perbuatan sebelum dan selepas
menang telah banyak berubah kepada musnah. Air mata malam sudah tidak keluar
lagi. Adakah ini perjuangan yang kita tagih dan kunci keridhoan dari
Ilahi?
Ingatlah tentera Islam pernah tewas kerana
meninggalkan bersugi. Apakah kita yakin menang dengan meninggalkan kasih
sayang. Lebih baik kita tewas sekirany ausaha kita di redhoi Allah daripada
menang dan dilaknati allah.
Hentikanlah menyalahkan orang lain kerana
terlalu banyak kesalahan sendiri perlu dihitung. Apabila di sebut pasal
munafiq, Saidina Umar Al Khattab lebih merasakan beliau yang munafiq
sedangkan beliau sudah dijamin syurga.
Wassalam
----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:09
AM
Subject: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh
Ceramah
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej
anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan
barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH
PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Apabila pas tidak boleh ceramah ramai lah peniaga kecil yang
merungut kerana tidak boleh berniaga , maknanya hilanglah mata pencarian
mereka ini.
Dekat kelantan sekarang ini bila pas buat ceramah bertrak
trak FRU buat kawalan.
disini ingin kita tanya siapa pencetus huru hara
dimalaysia.
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala
pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi &
bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi
[EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "zaidah mohd"
<[EMAIL PROTECTED]>